Industri pembuatan permainan kanak-kanak (toys) pada ketika ini sedang melalui penurunan jualan yang sangat ketara, dengan beberapa jenama terkenal dilaporkan mengalami penurunan keuntungan tahun ke tahun - kecuali beberapa jenama yang dilihat berjaya melawan arus.

Era digital sedikit sebanyak membuatkan kanak-kanak (dan orang dewasa) zaman sekarang pasti ada yang lebih gemar untuk menghabiskan masa bersama avatar dalam bentuk maya berbanding dengan permainan fizikal yang mempunyai interaktiviti terhad.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Syarikat-syarikat pengeluar permainan dilihat terpaksa menerapkan banyak unsur pembaharuan untuk kekal relevan, namun realitinya secara keseluruhan industri pembuatan permainan menguncup sebanyak 3 peratus tahun lepas. Berikut adalah 10 syarikat pengeluar permainan paling bernilai, terkaya atau paling kaya di dunia untuk tahun 2017, seperti yang dilaporkan oleh konsultansi penyelidikan Brand Finance.

10. My Little Pony (RM774 juta)

my little pony jenama paling kuaty

Menjadi jenama permainan paling bernilai untuk syarikat induknya, Hasbro, 'My Little Pony' mula kembali popular pada tahun 2010 selepas diimaginasikan kembali dalam bentuk lebih moden.

9. Hasbro (RM824 juta)

hasbro transformers jenama paling berkualiti

Hasbro banyak dibantu oleh populariti 'My LIttle Pony' dan jenama 'Nerf' selain daripada jenama Transformers, Play-Doh, GI Joe dan Mr. Potato Head. Selain itu Hasbro juga adalah pengeluar kepada permainan papan Monopoly dan dua permainan kad popular dunia, 'Magic the Gathering' serta 'Dungeons and Dragons.' Bagaimanapun, secara keseluruhan Hasbro hanya berjaya mencatatkan peningkatan jualan 1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

8. Hot Wheels (RM907 juta)

hot wheels jenama bernilai

Tidak boleh dinafikan populariti Hot Wheels bukan sekadar pada kanak-kanak, malahan ramai orang dewasa menjadi pengumpulnya. Semua itu dibantu oleh kos pemilikan rendah, produk berkualiti tinggi dan keseronokan memiliki kereta miniatur berasaskan rekaan kereta sebenar.

7. Mobile Suit Gundam (RM965 juta)

gundam jenama bernilai

Memberikan pengaruh besar kepada dunia sehingga sekarang, siri permainan Mobile Suit Gundam menjadi pilihan ramai peminat dewasa khasnya, yang menjadikan koleksi Gundam sebagai satu hobi yang mengisi masa lapang mereka.

6. Mattel (RM985 juta)

mattel syarikat bernilai

Syarikat pembuat permainan nombor 1 di Amerika Syarikat ini banyak dibantu oleh beberapa jenama mereka yang menjadi rebutan ramai seperti jenama Barbie, Fisher Price dan Hot Wheels. Mattel secara keseluruhannya berjaya mencatatkan peningkatan jualan 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.

5. NERF (RM1.16 billion)

nerf jenama bernilai

Siri senjata yang menggunakan peluru span ini cukup popular serta mempunyai banyak siri yang telah dikeluarkan, seperti Nerf Blasters, N-Force, Super Soaker dan Nerf Rival. Bagi admin, melihat harga pelurunya saja sudah cukup untuk membuat admin cuba mengelakkan diri daripada cuba membelinya, walaupun nampak macam seronok tembak orang lain.

4. Barbie (RM1.516 billion)

barbie jenama bernilai

Jenama bernilai untuk syarikat Mattel sejak mula diperkenalkan pada tahun 1959 sehingga kini. Walaupun jualan Barbie menurun pada peratusan 32 peratus berbanding tahun sebelumnya, jenama Barbie tetap kukuh ekoran pengaruhnya pada kanak-kanak perempuan dan juga dunia fesyen.

3. Fisher Price (RM3.022 billion)

fisher price jenama bernilai

Fisher Price sentiasa meletakkan asas sesuatu permainan sebagai perkara paling diutamakan dalam rekaan permainan mereka, dengan fokus diberikan kepada rekaan, nilai serta binaan kukuh yang tidak boleh dinafikan lagi. Kekal sebagai jenama permainan paling bernilai untuk syarikat Mattel tahun ke tahun.

2. Bandai Namco (RM4.003 billion)

bandai namco jenama bernilai

Mempunyai banyak cabang portfolio permainan yang meliputi produk berbentuk fizikal dan maya, banyak jenama terkenal berada di bawah payung Bandai Namco dengan Digimon, Tamagotchi, Power Rangers, Masked Rider, Ultraman, Virtual Pet dan sudah pastilah Mobile Suit Gundam menjadi kegilaan seluruh dunia.

1. LEGO (RM29.7 billion)

lego syarikat permainan bernilai

Mengalami kerugian tahun ke tahun sejak awal 2000, nasib LEGO mula berubah selepas mula mengubah prinsip permainan mereka, menjadi lebih spesifik pada jantina dan mula melebarkan promosi melalui pembukaan taman tema, permainan video dan juga filem. Kini, jenama LEGO adalah jenama permainan nombor satu di dunia dengan nilai jenamanya mencapai 7 kali ganda pesaing terdekatnya.

Rujukan

TIme Money

Brand Finance




Hakcipta iluminasi.com (2017)