Selain kucing, anjing merupakan pilihan kebanyakan manusia (yang bukan beragama Islam) yang mahukan haiwan peliharaan di rumah. Berbanding kucing, anjing adalah sejenis haiwan yang sangat taat pada pemiliknya.

Anjing juga mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki haiwan lain. Ianya boleh dilatih untuk melakukan sesuatu perkara. Selain itu, anjing terkenal sebagai haiwan yang mempunyai deria bau yang kuat dan sangat luar biasa. Maka tidak hairanlah anjing digunakan oleh skuad forensik dan anti-dadah polis di mana-mana negara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terdapat banyak baka anjing yang wujud di dunia ini tetapi untuk tujuan mengesan dadah ini, biasanya anjing daripada baka German Shepherd dan Beagle biasanya menjadi pilihan. Kedua baka anjing ini dikatakan mempunyai sensitiviti bau yang lebih hebat berbanding baka lain.

Melatih anjing untuk mengesan dadah

Terdapat sesetengah manusia berpendapat bahawa anjing mudah mengesan dan menghidu dadah kerana anjing memang gemar memakan dadah. Ada juga yang berpendapat secara semulajadinya, anjing mempunyai ketagihan terhadap dadah. Kedua-dua pendapat ini adalah mengarut dan tidak benar sama sekali. 

anjing 50

Realitinya, anjing perlu dilatih untuk tujuan ini. Anjing ini akan dilatih oleh individu yang kompetensi dan berpengalaman. Selain dadah, terdapat banyak lagi barangan yang boleh dikesan oleh anjing yang dilatih ini antaranya bahan letupan, senjata api, wang dan banyak lagi.

Di Amerika Syarikat pula, terdapat hanya 5 anjing yang telah dilatih khas untuk mengesan peranti khas elektronik. Pada tahun 2015, seekor anjing bernama Bear telah berjaya mengesan satu kad memori yang disorokkan yang tidak dapat dijumpai oleh para penyiasat. Penemuan kad memori tersebut berjaya menyelesaikan kes jenayah pornografi kanak-kanak.

Terdapat beberapa langkah untuk melatih anjing bagi tujuan ini.

anjing dilatih untuk kesan dadah

Langkah 1 - Anjing akan dilatih untuk bermain-main dengan satu permainan tertentu. Untuk tujuan ini, bola atau gulungan tuala biasanya akan digunakan. Untuk langkah pertama ini, anjing tersebut akan dilatih sehingga ianya benar-benar tertarik dengan permainannya ini.

Langkah 2 -  Kemudian, anjing akan dilatih untuk bermain permainan menangkap barangan ini. Baling permainannya ini dan latihnya supaya membawa permainannya ini kepada pelatihnya. Apabila anjing ini sudah mahir melakukannya, barulah ianya benar-benar bersedia untuk langkah seterusnya.

Langkah 3 - Kemudiannya, sorokkan permainannya ini di dalam sebuah beg atau kotak bersama sejenis 'bau' yang ingin dilatih. Untuk permulaan, latih ia untuk mengesan sejenis bau sahaja sebelum melatihnya dengan pelbagai bau lain. Latih anjing tersebut sehinggalah ia benar-benar tahu apa yang perlu dilakukannya. Untuk hasil terbaik, bahan/barang sebenar seperti dadah (dalam kuantiti yang sangat sedikit dan tidak merbahaya) juga digunakan.

anjing pengesan dadah jenis syabu ganja dan lain lain

Langkah 4 - Biarkan dan biasakannya menghidu bau pada permainannya itu. Apabila anjing tersebut tahu apa yang dilakukannya, latihnya untuk duduk sebagai signal ia berjaya menjumpai sesuatu. Latih ianya untuk duduk dengan memberi insentif seperti makanan, belaian dan pujian.

Langkah 5 - Sedikit demi sedikit, alihkan perhatian anjing daripada bola atau permainannya itu dengan dadah atau barangan yang ingin dikesannya itu. Apabila anjing tersebut berjaya mengesan dadah tersebut dan duduk (untuk memberi signal kepada anda bahawa dadah sudah dijumpai), maka berikannya bermain bola sebagai insentif.

Langkah 6 - Lama-kelamaan, sorokkan dadah (bau) di tempat yang lebih sukar. Ulang banyak kali sehingga ia menjadi semakin mahir. Pastikan anjing tersebut diberikan insentif bermain bola dan pujian setiap kali berjaya melakukan tugasan terebut.

Kredit:

  1. How Stuff Works
  2. ICTS
  3. The Daily Puppy
  4. NBC News



Hakcipta iluminasi.com (2017)