Bagi kebanyakan daripada kita yang pernah membaca buku komik atau menonton animasi Dragon Ball, watak Son Goku tidak lebih daripada sebuah watak fiksyen. Namun, tidak ramai yang tahu ada segelintir peminat siri Dragon Ball begitu obses dengan watak Goku sehingga menganggapnya sebagai jelmaan Tuhan sehingga terlahir kepercayaan Gokuism.

Dragon Ball ialah siri manga dan anime yang sangat berjaya yang mengikuti pengembaraan Son Goku (protagonis utama). Pengembaraan ini termasuk latihan dalam seni mempertahankan diri dan meneroka dunia untuk mencari Dragon Balls. Dragon Ball ada tujuh biji kesemuanya, dimana ianya digunakan untuk memanggil tuhan naga bernama Shenron (Shen Long) yang boleh menunaikan apa jua hajat seseorang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sepanjang perjalanannya, Goku bertemu dengan ramai kawan dan lawan yang turut mencari Bola Naga (selalunya dengan niat yang mengancam dunia).

Apa itu Gokuism?

gokuisme

Gokuisme ialah kepercayaan bahawa prinsip Dragon Ball menyediakan kisah-kisah ketuhanan dan paparan moral untuk kehidupan seseorang. Dikatakan bahawa Son Goku adalah model penting yang ideal sebagai orang yang sederhana beretika tinggi.

Mengikut pengiku penganut fahaman Gokuism, mereka percaya Son Goku sendiri pada dasarnya adalah seperti Jesus (mengikut kepercayaan orang Kristian). Malah, ada penganut fahaman ini percaya dan berpendapat bahawa Goku lebih hebat dan sempurna daripada Jesus.

Dakwaan ini kerana menurut mereka, Goku mati tiga kali (dan hidup kembali) untuk menyelamatkan manusia manakala Jesus hanya mati sekali untuk menyelamatkan pengikutnya. Oleh yang demikian, Goku dianggap sebagai suri teladan agama bagi pengamal Gokuisme.

Sepanjang siri Dragon Ball, Goku menghadapi kesukaran luar biasa yang kemudiannya berjaya diatasi dengan keazaman, ketabahan dan kepercayaan luar biasanya menghadapi sejumlah besar penderitaan untuk melampaui batas dirinya sendiri. Justeru membolehkan dia mengatasi lawannya.

Perkara ini dijelaskan oleh Derek Padula, seorang peminat fanatik Dragon Ball yang juga pengarang buku "Dragon Ball Culture dan pengasas laman The Dao of Dragon Ball. Dia walau bagaimanapun menekankan bahawa dia bukan pengasas Gokuisme  dan  sesiapa yang bertanggungjawa mewujudkan fahaman ini masih tidak diketahui.

Laman web ini telah menimbulkan banyak kontroversi kerana ramai pengikut fahaman Gokuism menggunakan artikel-artikel di dalamnya sebagai dalil.

Sejarah dan sumber inspirasi

super saiya 488

Menurut Derek lagi, kemungkinan besar fahaman Gokuisme timbul daripada penulisannya dalam buku berjudul Dragon Soul: 30 Years of Dragon Ball Fandom - ia dipenuhi dengan cerita daripada peminat yang mendakwa bahawa Dragon Ball, Son Goku dan watak-watak lain (Vegeta, Gohan dan Piccolo) memberi inspirasi kepada mereka yang hidup dalam kesusahan, untuk menjadi orang yang lebih baik dan berusaha ke arah hidup yang lebih baik.

Kerana Dragon Ball, mereka  menjadi  berani mengejar impian mereka dan impian itu membolehkan mereka menjadi artis, komposer, pelukis, ahli falsafah dan sebagainya. Orang ramai mula menggunakan Dragon Ball sebagai model untuk kehidupan mereka, dan dari situ falsafah itu dengan sendirinya menjadi apa yang kini kita panggil Gokuisme.

Menariknya, Dragon Ball sendiri mempunyai kaitan keagamaan yang kuat. Goku adalah berdasarkan legenda Raja Monyet purba (Sun Wukong). Kisah itu sudah 5,000 tahun dalam budaya Cina, kebanyakannya berkaitan dengan kerohanian. Kepercayaan ini dihubungkaitkan untuk membenarkan ajaran Gokuism.

derek gokuism

Antara hantaran yang telah dibuat oleh Derek Padula. Namun dinafikan olehnya bahawa dia adalah pengasas Gokuism. Pautan

Kepercayaan Buddha dan kepercayaan Taoism bergabung bersama untuk mencipta Agama Gokuism — kemudian, mereka menambah elemen Jackie Chan dan Bruce Lee untuk mencipta epik seni mempertahankan diri ini mereka. Apabila orang biasa menonton Goku, mereka mungkin tidak menyedarinya, tetapi bagi mereka itulah falsafah-falsafah kehidupan yang wajib dicontohi.

Kontroversi kepercayaan Gokuism

peminat dragon ball

Walaupun tiada gereja atau pusat keagamaan khusus untuk penganut fahaman, segelintir penganut Gokuism di Amerika Selatan kadang-kadang mengadakan perarakan yang dikhaskan untuk Goku.

Orang di Amerika Latin (Selatan) mengadakan perarakan ini untuk Goku seolah-olah Goku seorang tokoh suci. Perarakan sedemikian walau bagaimanapun tidak digemari oleh kumpulan Kristian tempatan yang mendakwa Gokuism ingin bersaing dengan agama Kristian. Antara kepercayaan Gokuism :

  • Percaya Goku mengatasi Jesus.
  • Percaya selepas mati, manusia akan bertemu dengan Raja Enma untuk diberi keputusan layak ke syurga atau neraka.
  • Percaya ada makhluk yang ditugaskan tuhan untuk memantau bumi seperti popo dan Dewa Kame
  • Percaya untuk bertemu dengan mahadewa, perlu melalui titian ular. Kalau terjatuh dari titian ini, akan terus ke neraka.
  • Dan yang terbaru, mereka percaya wujudnya kosmos atau bimasakti yang lain di mana terdapat makhluk-makhluk lain dan tuhan lain yang menjaga jajahan tersendiri.

raja enma dewa kame dan goku

Raja Enma, Dewa kame dan Son Goku di alam sesudah mati

raja enma jepun

Raja Enma dalam ajaran Buddha (Jepun)

Akibatnya, penganut Kristian di America Selatan menganggap bahawa Dragon Ball adalah salah satu anime yang mengandungi unsur-unsur syaitan kerana menjauhkan orang ramai daripada kepercayaan Kristian. 

Tetapi Derek Padula menekankan bahawa Gokuisme bukanlah tentang menjadi seorang Goku kerana Goku adalah satu watak kartun. Gokuisme adalah tentang memanfaatkan potensi penuh anda dengan cara yang sama seperti Goku.

Kedit:

  1. Gokuism Movement
  2. Perarakan menonton Dragon Ball Super
  3. Agama Goku
  4. Afterlife in Dragon Ball



Hakcipta iluminasi.com (2017)