Oleh pada 07 Apr 2023 kategori

Menyebut perkataan kurang elok merupakan satu perbuatan yang tidak sepatutnya kita lakukan. 

Kita sebagai penutur memang sensitif dengan penggunaan istilah yang kurang sesuai, khususnya yang menghina atau merujuk sesuatu yang kita rasakan jijik. Walaupun demikian dalam bahasa Inggeris, wujud istilah yang bunyinya seakan kotor, lucah dan kurang sesuai tetapi membawa makna yang harmoni sebenarnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 8 yang kami kumpulkan, untuk anda kenalpasti walaupun mungkin anda tak akan gunakannya dalam dialog hari-hari.

1. Niggardly

perkataan pelik disebut

Bunyinya seakan-akan merujuk kepada masyarakat kulit hitam bukan?

'Niggardly' membawa makna seseorang yang kedekut dalam semua aspek. Orang kita gelarkan 'Haji Bakhil.'

Walaupun 'niggard' atau 'niggardly' realitinya tidak membawa makna yang sensitif seperti yang kita salah anggap, penggunaannya tidak lagi popular kerana bunyinya yang seakan-akan sama dengan istilah 'itu.'

2. Ballcock

cockball sebutan tak sedap didengar

Seorang lelaki membetulkan ballcock milik beliau

Kami yakin anda pernah menggunakan ballcock berseorangan di tandas. Siapa tak pernah guna, tipu!

Ballcock adalah istilah kepada sistem pelampung yang mengawal paras air dalam tangki jamban anda.

Jika anda merasa aneh menggunakannya khususnya kepada wanita, gantikanlah istilah ini dengan float valve. Tapi ballcock lebih mudah dan kelakar bila disebut.

3. Uvula

uvula bengkak ini langkah penanganan yang bisa dilakukan

Sebelum ini, memang penulis kerap merasa aneh mendengar istilah ini - kerana bunyinya mudah dikelirukan di antara uvula dengan vulva, organ sulit kaum wanita.

Uvula merujuk kepada anak tekak yang ada di dalam kerongkong setiap individu.

Kami pernah menulis artikel panjang berkenaan uvula yang menerangkan kenapa 'daging' yang tergantung itu perlu ada dalam setiap tubuh manusia.

4. Cockerel

ayam jantan cockerel

Apa saja istilah yang mempunyai sebutan 'cock' pasti didengari aneh.

Begitulah juga dengan cockerel. Apa bendanya cockerel ni?

Cockerel merujuk kepada ayam jantan muda yang masih belum dewasa. Apabila seekor ayam jantan dah dianggap dewasa, gelarannya naik pangkat sama ada bergelar cock atau rooster.

5. Angina

angina perkataan bunyi pelik

Rasanya ramai pernah mengalami angina tanpa sedar.

Angina sebenarnya merujuk kepada sakit dada yang boleh dirasai, akibat berlakunya tekanan meningkat di bahagian dada seseorang. Seandainya anda bertemu doktor akibat sakit dada dan doktor menyebut anda ada angina, janganlah terkejut pula ya.

Khususnya kalau anda seorang lelaki. Janganlah fikir bukan-bukan pula.

6. Dreamhole

dreamhole

Gejala pornografi telah menyebabkan apa saja perkataan yang terkandung perkataan 'hole' dilihat dengan senyuman sinis.

Lagilah bila istilah itu digabungkan dengan perkataan 'dream.' Jangan fikir jauh-jauh dan menyeleweng.

Dreamhole adalah rekaan tetingkap atau lubang yang dibuat biasanya di binaan menara, bagi membolehkan cahaya masuk ke ruangan dalamannya.

7. Jaculate

baling dart jaculate

Seorang lelaki sedang fokus agar jaculate-nya tepat ke sasaran

Kami yakin ramai lelaki akan tersenyum membaca istilah ini, kan?

Ya, kami faham. 

Jaculate bagaimanapun merujuk kepada perbuatan membaling atau melontarkan sesuatu supaya objek itu menuju ke sasaran.

Jika anda gemar bermain permainan damak (dart) atau melontar lembing, anda sebenarnya sedang jaculate di depan orang ramai.

8. Fuksheet

fuksheet kapal ship

Kami tahu bunyi istilah ini melampau.

Tetapi tahukah anda istilah 'fuk' sebenarnya berkait dengan aktiviti pelayaran? Istilah ini datang daripada istilah fukkon yang merujuk kepada 'belayar dengan angin'.

Daripada situ, masyarakat Inggeris menggunakan istilah gabungan fuk (belayar) dan sheet (kain) menghasilkan fuksheet merujuk kepada layar kapal.

Sekiranya anda mendengar orang lain menyebut istilah ini semak dulu sama ada dia seorang pelayar kapal atau bukan. Manalah tahu dia memang sedang memperbetulkan layar kapal miliknya dan dia handal bahasa Inggeris lama.




Hakcipta iluminasi.com (2017)