Oleh pada 30 Jan 2020 kategori

polis wanita police

Dalam mempelajari bahasa lain selain daripada bahasa ibunda sendiri, ada waktunya kita akan mengalami kesukaran dalam memahami dan benar-benar mengerti bagaimana kita nak menyebut sesuatu perkataan.

Berbeza dengan bahasa Melayu yang mempunyai kaedah sistem sebutan yang jelas dan agak senang difahami, bahasa Inggeris pula mempunyai sistem sebutan yang pelbagai walaupun mempunyai struktur huruf yang serupa. Ini bermakna walaupun sesuatu suku kata dibentuk dengan penggunaan huruf yang sama - ada kalanya cara sebutannya mempunyai dua atau tiga cara berbeza.

zlatan sebut ikea

Disebabkan itu, akan wujud beberapa perkataan yang unik; seringkali kita sebut tetapi sebenarnya salah sebutannya - tetapi disebabkan kebiasaan, kita anggap sebutan kita betul.

1. Almond

almond cara sebutan

Penulis harus akui, penulis juga menyebut perkataan 'almond' dengan cara yang salah selama ini. 'Almond' sepatutnya disebut tanpa menyebut huruf 'L' yang ada dalam perkataan itu. Jadi cara sebutannya adalah 'ah-mond'. Pastikan bila tiba musim hari raya, kita sebutkan kuih 'almond london' dengan cara yang betul - walaupun mungkin ada yang akan memandang aneh pada anda.

2. Schedule

template jadual waktu

Salah satu perkataan paling mengelirukan untuk disebut, jadi mari kita perjelaskan isu ini sekarang juga. Berdasarkan kepada cara sebutan Amerika Syarikat, 'schedule' disebut sebagai 'sked-jool' tetapi mengikut cara sebutan Inggeris British, sebutannya pula adalah 'shedjool'. Yang mana satu perlu dianggap cara sebutan rasmi di Malaysia? Secara rasmi kita masih lagi mengamalkan penggunaan bahasa Inggeris British.

3. Genre

sebutan genra

Tunjukkan perkataan ini pada rakan anda dan anda akan dapat bermacam cara sebutan yang berbeza. Ramai menyebutkannya ibarat ejaannya 'jen-re' tetapi cara sebutan sebenar 'genre' agak unik iaitu 'zhon-ruh' atau 'jaan-ruh.' Jangan malu untuk mula menyebutnya dengan betul ya!

4. Police

polis anggota oenguatkuasa

Dari segi ejaan 'polis' dalam bahasa Melayu, kita tak akan menghadapi kesukaran untuk menyebutnya. Tetapi dalam bahasa Inggeris, walaupun ejaanya nyata hampir serupa - sebutannya pula berbeza. 'Police' disebut seperti 'puh-lees' bukan 'pow-lees.' Bunyinya lebih mirip dengan 'please' berbanding 'polis.'

5. Plumber

plumber tukang paip

Seringkali disebut sebagai 'pelam-berr' bagi masyarakat Malaysia, cara sebutan yang sebenar bagi perkataan 'plumber' agak berbeza. Ini kerana huruf 'B' dalam perkataan tersebut sebenarnya jenis huruf senyap, jadi sebutan sebenarnya adalah 'pelam-mer' tanpa kedengaran bunyi B di dalamnya.

6. Pizza

pizza hidangan itali

Pizza adalah antara perkataan yang sangat mengelirukan, kerana ejaan dan sebutannya jauh lari di antara satu sama lain. Ini kerana sejarah perkataan ini mempunyai ceritanya yang tersendiri. Dalam bahasa Inggeris, cara sebutan 'pizza' adalah 'peet-zah' dengan bunyi 'T' kuat kedengaran dalam sebutannya walaupun ditulis dengan dua huruf 'Z'. Ini adalah berdasarkan kepada cara sebutan asalnya di Itali walaupun ejaannya berbeza.

7. Often

perkataan often

Satu lagi perkataan yang mempunyai huruf senyap di dalamnya sehingga mengelirukan kita. Ramai juga yang menyebutkannya sebagai 'off-ten' tetapi sebetulnya, 'often' disebut terus sebagai 'offen.' Bagaimanapun, ada juga pihak yang merasakan sebutan sebenarnya adalah dengan turu sama menyebut huruf 'T' yang ada. Oleh kerana itu, kedua-dua versi dianggap diterima serta diiktiraf oleh kamus Oxford dan Cambridge secara rasmi.

8. Data

data star trek55853689978200069 18

Perkataan paling pendek dalam senarai ini dibentuk hanya dengan empat huruf - sebutannya dalam bahasa Melayu agak jelas iaitu 'daa-taa' sama seperti ejaannya. Bagaimanapun dalam bahasa Inggeris British, sebutannya yang sebenar adalah 'dei-ta' atau 'day-ta', tidak disebut menurut ejaan asalnya dengan penambahan lenggok kepada sebutan 'da'.

9. Wednesday

wednesday cara sebutan

Pasti ramai yang tak menyangka cara sebutan kita terhadap hari Rabu atau 'Wednesday' dalam bahasa Inggeris, sebenarnya salah. Ini kerana kita sudah terbiasa dengan sebutannya mengikut ejaan asal. Tetapi cara sebutannya berbeza - dengan huruf 'D' tidak disebut dan suku kata 'nes' dimatikan bunyinya. Cara sebutan 'Wednesday' sebenar adalah 'wenzdei'; agak berbeza dengan ejaannya.

10. IKEA

Ya, kami tahu ini perkataan dalam bahasa Sweden. Cuba borak dengan orang Malaysia, pasti ramai yang akan menyebut jenama perabot terkenal ini sebagai 'AI-KI-AH' tetapi sebutan sepatutnya adalah 'EE-KI-AH.'



Hakcipta iluminasi.com (2017)