Tidak keterlaluan untuk kita katakan bahawa Coca-Cola merupakan antara minuman paling popular di dunia. Malah, ada negara seperti Mexico dimana ketagihan rakyatnya terhadap minuman berkarbonat ini di tahap yang membimbangkan.

Di Iluminasi kami pernah menulis mengenai sejarah Coca-Cola, resipi Coca-Cola dan pelbagai lagi artikel berkaitan minuman ini. Namun, pernahkah anda kaji apakah faktor kejayaan minuman ini menguasai pasaran minuman ringan di seluruh dunia? Menurut syarikat iniKini orang ramai di lebih 200 negara meminum 1.9 bilion hidangan ini setiap hari. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Faktor kejayaan Coca-Cola bukanlah sekadar kebetulan dan nasib semata-mata. Sebaliknya, 7 strategi telah dikenalpasti digunakan oleh syarikat pengeluar minuman ini untuk memasarkan minuman ini dengan meluas ke seluruh dunia. Jika ada seorang pemilik bisnes, artikel ini mungkin bermanfaa bagi anda.

1. Ia bermula dengan formula unik yang diuji di pasaran

coca wain 753

Selepas berkhidmat sebagai kolonel dalam Perang Saudara, John Pemberton mahu membangunkan versi wain koka (pada asasnya kola dengan alkohol dan kokain) yang popular pada masa itu. Pada tahun 1886, Atlanta meluluskan undang-undang larangan yang memaksa pengeluar minuman untuk menghasilkan versi minuman mereka yang tidak beralkohol.

Pemberton menghantar anak saudaranya Lewis Newman dengan sampel formulanya ke farmasi tempatan tempat orang ramai berkumpul untuk minum soda versi awal ini. Newman menyampaikan maklum balas kepada bapa saudaranya tentang pelbagai ramuan, dan menjelang akhir tahun Pemberton mempunyai resipi yang unik dan disesuaikan dengan citarasa pelanggan. Resipi asal masih dikunci dalam peti besi di Atlanta.

Kokain telah dibuang daripada Coke pada tahun 1903. Terdapat sedikit perubahan kecil pada resipi tetapi sebahagian besarnya kekal tidak berubah. Keputusan ini membantu syarikat berkembang kerana mereka tidak perlu membazirkan masa cuba menyesuaikan citarasa dengan pasaran serantau di seluruh dunia.

2. Mengekalkan penggunaan logo 

logo coca cola

Pembantu Pemberton, Frank Mason Robinson, memutuskan bahawa logo Coca-Cola harus ditulis dalam skrip Spencerian yang digunakan oleh akauntan kerana ia akan membezakannya daripada pesaingnya. Syarikat itu menyeragamkan logo pada tahun 1923.

Seperti resipi, syarikat ini memutuskan bahawa walaupun pembungkusan boleh diubah sesuai dengan masa, logo teras tidak boleh disentuh. Keputusan ini menghasilkan logo ikonik berusia lebih 100 tahun yang sudah tertanam dalam fikiran orang ramai di seluruh dunia.

3. Ia diedarkan dalam botol ikonik dan unik

botol coca cola

Selepas ahli perniagaan Georgia, Asa Griggs Candler menjadi pemegang saham majoriti Coca-Cola pada tahun 1888, beliau meletakkan sasarannya untuk menjadikan Coke sebagai kola paling popular di negara ini melalui pemasaran dan perkongsian dengan pembotolan serantau.

Menjelang 1915, Candler kehilangan sebahagian pasaran kepada ratusan pesaing. Beliau melancarkan peraduan di peringkat kebangsaan untuk reka bentuk botol baharu yang akan memberi isyarat kepada pengguna bahawa Coke adalah produk premium yang tidak boleh dikelirukan dengan beberapa cola lain dalam botol kaca jernih yang serupa.

Coca-Cola menggunakan reka bentuk botolnya sebagai sebahagian strategi pemasaran defensif, tetapi mula mempromosikan bentuk sama seperti logo dan produknya. Walaupun selepas plastik menggantikan kaca sebagai cara standard minum Coke di banyak negara, syarikat itu terus mempromosikan imej botol Coke sebagai ikon.

4. Mewajibkan peruncit bertanggungjawab untuk mengekalkan standardnya yang tinggi

strategi kola cola paling terkenal

Syarikat Ernest Woodruff's Trust Company of Georgia membeli Coca-Cola daripada Candler pada tahun 1919. Woodruff menumpukan perhatian untuk mengekalkan standard kecemerlangan apabila syarikat itu semaki berkembang.

Syarikat Coke memutuskan bahawa minumannya harus dihidangkan pada 36 darjah Fahrenheit (sekitar 2.2 darjah Selsius) dan akan menghantar jurujual mereka kepada peruncit baharu untuk memberitahu mereka bahawa produk itu tidak boleh dihidangkan melebihi 40 darjah Fahrenheit (sekitar 4.4 darjah Selsius).

5. Ia mengekalkan harga selama 70 tahun

harga coca cola

Hari ini adalah perkara biasa bagi syarikat pemula teknologi untuk memulakan dengan menawarkan perkhidmatan secara percuma dan kemudian mengenakan harga yang lebih tinggi kepada pengguna dan/atau pengiklan setelah mereka terpikat dengan perkhidmatan atau servis yang ditawarkan.

Coca-Coca turut menggunakan pendekatan yang sama untuk berkembang di Amerika Syarikat dan kemudian ke seluruh dunia. Dari 1886 hingga 1959, sebotol Coke hanya berharga lima sen (matawanng dollar Amerika) sahaja. Ya, harga Coca-Cola kekal selama 70 tahun.

6. Merancang dengan baik kempen mulut ke mulut

kempen poster coca cola

Candler memulakan inisiatif kupon besar-besaran yang menyebabkan 10% daripada semua produk dari 1887 hingga 1920 diberikan untuk membina kesedaran jenam Coca-Cola. Beliau juga menyediakan peruncit barangan Coca-Cola seperti poster dan hiasan untuk hiasan dan kalendar dan jam untuk pelanggan.

Menurut Butler, Coke adalah perinti dalam memaparkan jenama pada barangan yang tidak berkaitan dengan produk tersebut. Dan akhirnya, semua pengiklanan nasional, dan kemudian global, mengandungi variasi "Minum Coca-Cola/Sedap dan menyegarkan" dan sesuai dengan pelbaga gaya hidup.

7. Ia menggunakan model francais

kilang membotolkan coca cola

Pada tahun 1899, dua peguam Tennessee, Benjamin F. Thomas dan Joseph B. Whitehead, mendekati Candler dan bertanya sama ada beliau akan membenarkan mereka membtolkan minnuman Coke.

Minuman itu dijual sebagai sirap yang akan dicampurkan oleh peruncit dengan air soda., Candler memutuskan untuk menyerahkan hak pembotolan hanya dengan harga satu dolar (yang tidak pernah dikumpulkan) kerana beliau sudah berpuas hati dengan mengekalkan hak terhadap sirap minuman itu.

Ini menandakan permulaan apa yang syarikat itu secara dalaman memanggil "Sistem Coca-Cola", iaitu perkongsian francais dengan pembotolan yang membolehkan jenama itu benar-benar berkembang. Hari ini, terdapat kira-kira 275 syarikat pembotolan bebas di seluruh dunia.

Kredit:

  1. Business Insider
  2. NPR



Hakcipta iluminasi.com (2017)