Kebolehan berbahasa selain daripada bahasa ibunda adalah satu perkara yang sangat menakjubkan. Ia membolehkan kita berkomunikasi dengan individu yang mempunyai latarbelakang yang lain.

Dan bagi pemain bola antarabangsa pula, ia adalah satu kelebihan menguasai bahasa asing, membolehkan mereka lebih mudah memahami, jika berpindah ke kelab di negara lain.

iluminasi.com ingin berkongsi 7 pemain bola sepak antarabangsa yang menguasai lebih daripada 4 bahasa.

1. Edin Dzeko

edin dzeko boleh bertutur dalam 4 bahasa

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bahasa : Bosnia, Czech, Jerman, Inggeris

Pemain kelahiran Bosnia ini kini bermain untuk kelab AS Roma dan mampu menguasai 4 bahasa. Bahasa ibunda beliau adalah Bosnia, dan Edin menguasai bahasa Czech ketika bermain untuk kelab FK Telpice selama 2 tahun. Beliau kemudiannya berpindah ke Jerman bagi menyertai kelab VfL Wolfsburg dan menetap selama 4 tahun. 

Pada tahun 2011, Edin berpindah ke kelab di Liga Perdana Inggeris menyertai kelab Manchester City sehingga 2016, apabila sekali lagi berpindah ke AS Roma. Namun Edin masih belum menguasai bahasa kelimanya iaitu bahasa Itali.

2. Simon Mignolet

simon mignolet boleh bertutur dalam 4 bahasa

Bahasa : Perancis, Belanda, Jerman, Inggeris

Pemain kelahiran Belgium ini kini mewakili kelab Liverpool sebagai penjaga gawang. Simon menghabiskan masa 6 tahun bersama kelab Belgium iaitu Sint-Truiden bagi karier remaja dan senior, sebelum berpindah ke Sunderland pada tahun 2010.

Setelah 3 musim bersama Sunderland, beliau berpindah ke Liverpool. Ketika ini Simon menguasai bahasa Inggeris bagi memudahkan pergaulan bersama rakan sepasukan. Bagi bahasa Perancis, Dutch dan Jerman pula, ia merupakan bahasa rasmi di Belgium.

3. Arjen Robben

arjen robben boleh bertutur dalam 4 bahasa

Bahasa : Belanda, Inggeris, Sepanyol, Jerman

Sepanjang karier seniornya, Arjen Robben pernah bermain untuk beberapa kelab handalan dunia. Bermula dengan FC Groningen, Arjen kemudiannya berpindah ke PSV Eindhoven bagi musim 2002 hingga 2004. 

Beliau kemudiannya menghabiskan 3 musim di Chelsea FC, sebelum dibeli kelab gergasi Real Madrid. 2 musim di Sepanyol, Arjen akhirnya berpindah ke kelab yang paling menyerlah dalam kariernya iaitu Bayern Munich. Beliau bersara dari mewakili Belanda pada tahun 2017.

4. Kaka

kaka boleh bertutur dalam 4 bahasa

Bahasa : Portugis, Sepanyol, Itali, Inggeris

Boleh dikatakan sebagai lagenda bola sepak Brazil, Kaka merupakan salah seorang daripada 4 pemain Brazil yang pernah menerima Anugerah Ballon d'Or bersama Ronaldo, Ronaldinho dan Rivaldo.

Memulakan karier seniornya bersama Sao Paolo, Kaka kemudian berpindah ke AC Milan yang merupakan kelab paling berjaya dalam karier bola sepaknya. 6 musim di AC Milan, Kaka berjaya membantu kelab itu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah menewaskan Liverpool dengan jaringan 2-1 pada tahun 2007.

5. Zlatan Ibrahimovic

zlatan ibrahimovic boleh bertutur dalam 5 bahasa

Bahasa : Swedish, Bosnia, Inggeris, Sepanyol, Itali

Pemain yang menjadi idola ramai ini bukan sahaja dianugerahkan tali pinggang hitam dalam Taekwando, malah mampu bertutur dalam 5 bahasa. Pemain di bahagian serangan Manchester United ini juga dikatakan telah merasa segala kegemilangan yang mampu dikecapi oleh seorang pemain bola iaitu menjuarai 5 liga premier di negara berlainan.

Bermula dengan AFC Ajax menjuarai Liga Belanda (2001/2002 dan 2003/2004), Zlatan kemudiannya mengangkat trofi juara Serie A sebanyak 4 kali, iaitu 3 kali bersama Inter Milan dan sekali bersama AC Milan. Beliau bersama-sama kelab FC Barcelona menjuarai La Liga pada musim 2009/2010, dan kemudiannya menggondol kejuaraan sebanyak 4 tahun berturut-turut bersama PSG.

6. Patrice Evra

patrice evra boleh bertutur dalam 5 bahasa

Bahasa : Perancis, Inggeris, Itali, Sepanyol, Portugis

Lahir di Senegal, Patrice Evra dibesarkan di Perancis. Beliau pada mulanya bermain sebagai penyerang, namun lebih hebat di bahagian pertahanan. Bagi Patrice, kelab yang paling membuahkan hasil paling lumayan adalah ketika beraksi untuk kelab Manchester United.

Beliau menjulang pelbagai trofi kejuaraan termasuklah 5 kali bagi Liga Perdana Inggeris, 3 kali Piala Liga Inggeris dan 1 kali Liga Juara-Juara Eropah. 

7. Mateo Kovacic

mateo kovacic boleh bertutur dalam 5 bahasa

Bahasa : Croatia, Inggeris, Itali, Sepanyol, Portugis

Pemain muda dan berbakat dari Croatia ini juga mampu bertutur dalam 5 bahasa. Baru berusia 23 tahun, namun beliau sudah beraksi di 2 kelab gergasi dunia iaitu Inter Milan dan Real Madrid. 

Lahir di Austria, bapanya merupakan Bosnian Croat yang berpindah dari Bosnia dan Herzegovina, membolehkan beliau bertutur dalam bahasa Croatia. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)