Salah satu produk yang paling biasa dilihat di seluruh dunia ialah Coca-Cola kerana boleh dikatakan hampir kesemua kedai runcit menjual minuman berkarbonat ini. Malah, harganya juga boleh dikatakan mampu milik. 

Permintaan besar untuk Coca-Cola di seluruh dunia membawa kepada pengeluaran yang lebih banyak dan pengedaran yang lebih luas yang menjadikannya sangat mudah diakses oleh semua orang, tanpa mengira lokasi geopolitik atau keupayaan sosial mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau bagaimanapun, terdapat satu negara yang dimana rakyatnya mengalami ketagihan melampau terhadap minuman ini dimana secara puratanya rakyat di negara kini mengambil minuman ini 7 kali lebih banyak daripada negara lain di dunia. Negara itu, tidak lain dan tidak bukan adalah Mexico.

Mexico ialah sebuah negara besar di bahagian selatan Amerika Utara dan terdiri daripada penduduk yang sangat pelbagai. Walau bagaimanapun, seluruh negara itu mempunyai satu ketagihan yang sama iaitu terhadap Coca-Cola. Bagaimanakah perkara yang tidak menyihatkan ini boleh terjadi?

Budaya sejak kecil

ketagihan coca cola

Adalah dipercayai bahawa orang Mexico mengambil hampir 700 cawan minuman manis berbahaya ini dalam satu tahun dan angka ini amat membimbangkan. Apa yang lebih mengejutkan ialah bukan hanya orang dewasa yang meminum Coke dalam kuantiti yang meresahkan ini malah kanak-kanak dan kanak-kanak kecil juga turut meminumnya.

Di samping itu, kadang-kala kanak-kanak d Mexico meminum Coca-Cola lebih daripada mereka minum susu atau minuman sihat yang lain. Salah satu sebab yang paling ketara di sebalik kecuaian ini adalah kebenaran dan sokongan yang diberikan oleh ibu bapa untuk anak-anak mengambil jumlah Coke yang berlebihan dari usia muda.

Sesetengah orang Mexico menganggap minuman berbahaya dan bergula tinggi ini sebagai penawar diabetes. Tambahan pula, ramai orang di Mexico yang menghidap diabetes yang tinggi dan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan endokrinologi mengambil Coca-Cola sebagai satu bentuk perubatan.

Orang sebegini percaya bahawa minuman bergas seperti Coca-Cola bukan sahaja menyembuhkan diabetes tetapi juga mempunyai ciri penyembuhan lain.

Kepercayaan karut mengenai Coca-Cola

ritual coca cola

Orang Mexico juga dilihat menggunakan Coca-Cola dalam pelbagai ritual dan tradisi keagamaan terutamanya disebabkan oleh sebab mereka percaya ia sebagai minuman suci. Tahap penghormatan dan ketagihan terhadap  Cocca-Cola secara langsung menyebabkan kemudaratan kepada penduduk Mexico.

Kerosakan alam sekitar yang disebabkan oleh minuman ini adalah kekurangan air minuman di beberapa bahagian negara. Wartawan alam sekitar Stephen Leahy mendapati hampir 175 liter air diperlukan untuk menghasilkan 500ml Coke. Ini menjadikan Coca-Cola mudah didapati dan lebih murah daripada air minuman bersih.

Pengambilan Coca-Cola yang berlebihan juga telah menyebabkan banyak kematian akibat diabetes yang luar biasa tinggi di negara ini. Bagaimanapun, kerajaan tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang serius untuk mengawal pengeluaran dan pengedaran minuman ini.

Bekas Presiden Mexico, Vicente Fox, adalah bekas pengerusi Coca-Cola, dan syarikat itu sebahagian besarnya menaja kempen pilihan rayanya juga. Akibatnya, beliau menyokong dan menggalakkan Coca-Cola di Mexico.

Selain itu, syarikat itu mempunyai hubungan kukuh dengan kerajaan persekutuan yang menghalangnya daripada mengambil sebarang tindakan tegas terhadap syarikat itu. Atas hubungan baik inilah kerajaan tidak mengambil langkah-langkah proakfif untuk memberi amaran tentang bahayanya minuman ini kepada kesihatan. 

Bahaya Coca-Cola kepada kesihatan

gula kerosakan gigi

Kira-kira 10% kanak-kanak diberi soda dari usia sifar hingga enam bulan. Pada masa mereka mencapai dua ia kira-kira 80% daripada kanak-kanak sudah diberikan minuman ini." kata Dr Salvador Villalpando, pakar obesiti kanak-kanak di hospital kanak-kanak Federico Gomez di Mexico City. ""

Masalah ini diperburuk oleh fakta bahawa kanak-kanak di sana sering pendek, perkembangan mereka kadang-kadang terhalang dari segi fizikal dan mental oleh diet tinggi makanan ringan dan rendah nutrien.

Golongan emak disana gemarkan anak kecil mereka mempunya badan berisi dan memberikan merek minuman tinggi gula seperti COca-Cola sudah menjadi kebiasaan. Ia sudah menjadi budaya bagi ibu bapa di sana. 

Kanak-kanak yang datang ke klinik sering menunjukkan tanda-tanda awal diabetes - tompok-tompok kulit gelap di leher mereka dan paras gula dalam darah mereka meningkat. Kanak-kanak yang mempunyai pra-diabetes tidak boleh memproses gula dengan cara yang sama seperti kanak-kanak yang sihat dan selepas mengambil makanan manis atau minum gula darah mereka meningkat secara mendadak.

Kredit:

  1. Channel4
  2. BBC News
  3. Truth Theory
  4. The Guardian



Hakcipta iluminasi.com (2017)