Oleh pada 06 Dec 2017 kategori

kate mcclure dibantu gelandangan

Ini ialah Kate McClure. Kate pernah dibantu oleh seorang gelandangan yang membelanjakan wang terakhirnya berjumlah 20 dolar untuk membeli minyak petrol buat Kate.

Ketika itu, Kate sedang dalam perjalanan ke Philadelphia apabila lampu isyarat tangki minyaknya mula menyala. Dia cuba untuk pergi sejauh mungkin namun akhirnya keretanya mati di tengah jalan. Kate panik kerana tidak membawa wang langsung bersamanya.

fundraising kate untuk membalas jasa johnny gelandangan hati mulia

Setelah keretanya terhenti, Kate turun untuk mencari stesen minyak terdekat. Ketika itulah Johnny datang untuk menghulurkan bantuan. Johnny menyuruh Kate masuk semula ke dalam kereta dan mengunci pintu. Dia kemudian bergegas menghilangkan diri sebelum kembali bersama sebekas petrol. Kate mendapat tahu yang Johnny telah membelanjakan wang 20 dolar terakhirnya untuk membeli minyak tersebut.

Selepas kejadian itu, Kate mesti singgah berhenti untuk berjumpa dan berbual dengan Johnny setiap kali melalui jalan tersebut. Selain itu, Kate telah membayar semula wang 20 dolar itu dan memberikan jaket, sarung tangan dan stokin kepadanya untuk memanaskan badan. Namun, Kate masih berasa pemberiannya itu belum cukup untuk membalas kebaikan dan jasa Johnny.

fundraising kate untuk membalas jasa johnny 3 gelandangan hati mulia 399

Kate mendapat idea dan memulakan satu program pengumpulan dana daripada orang ramai untuk membantu Johnny.

Pada mulanya Kate hanya mahu mengumpulkan 10,000 dolar sahaja untuk dihadiahkan kepada Johnny untuk memulakan hidup baru, membayar sewa rumah dan sebagainya. Namun, kisah kemuliaan hati Johnny telah menyentuh perasaan ramai orang sehingga menyebabkan wang terkumpul (ketika artikel ini ditulis) mencecah hampir $400 ribu dalam masa 24 hari sahaja.

fundraising kate untuk membalas jasa johnny

Setiap perkara yang anda lakukan mesti akan sedikit sebanyak memberikan kesan kepada orang lain dan juga sekalian alam. Jadi, buatlah lebih banyak kebaikan dan sentiasalah membantu mereka yang memerlukan.

Dan jangan sesekali memandang hina pada orang gelandangan. Mungkin hati mereka lebih suci murni daripada kita semua yang berasa 'sempurna' ini.

Sumber: GoFundMe


tags : , , , , , , , , , , , , ,








Hakcipta iluminasi.com (2017)