Industri makanan sememangnya antara salah satu industri yang dikatakan tak akan ditelan zaman. Tatkala industri lain sedang bergelut disebabkan krisis ekonomi yang tidak menentu, industri makan terus bergerak ke hadapan. Dan peluang ini dilihat oleh seorang pemuda yang telah menggunakan peluang tersebut untuk mencabar dirinya dan berjaya memperoleh pulangan yang lumayan. Hasilnya, beliau memperolehi pendapatan mencecah RM6,000 sehari, dengan hanya menjual kentang goreng yang diberi nama "Katoshka".

hasif 3

Hasif Othman, 26, merupakan graduan Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Melbourne yang berasal dari Singapura. Beliau yang menamatkan pelajaran dalam bidang ekonomi dan kewangan namun bercita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri. Idea untuk menjual kentang goreng terhasil ketika sedang berborak bersama rakan baiknya. Yakin dan tekad dengan ideanya, Hasif yang tiada pengalaman dalam bidang F&B mula mengorak langkah.

katoshka 5

Sumber: Instagram

Menurut Hasif, beliau menamakan "Katoshka" kerana ingin jenamanya kelihatan seperti jenama antarabangsa, yang bermaksud kentang dalam bahasa Rusia. Untuk menggerakkan ideanya ini, Hasif telah menggunakan wang simpanannya sebanyak SGD 10,000 (RM31,500) dan sedikit sumbangan daripada ibu bapanya. Beliau menghabiskan masa 4 bulan dalam menghasilkan resepi istimewa dan memilih pelan perniagaan yang paling efektif. 

katoshka 2

Sumber : Instagram

Kentang goreng Katoshka yang diinspirasikan oleh kentang goreng Amsterdam ini dihasilkan menggunakan kentang berkualiti tinggi, iaitu kentang Russet yang diimport dari Amerika Syarikat dan dihidangkan di dalam cawan kertas. Kentang tersebut dipotong menjadi kepingan dan digoreng sebanyak dua kali agar lebih garing, dan dihidangkan dengan pilihan sos yang sangat lazat. Kentang goreng bersos istimewa tersebut diberikan terlebih dahulu kepada keluarga dan rakan-rakan untuk dicuba dan memberi pendapat.

katoshka 4

Sumber : Instagram

Hasif yang tiada pengalaman berniaga mula menjual kentang goreng di pasar malam di Geylang. Dan seperti yang dijangkakan, cabaran demi cabaran dilalui anak muda ini. Katoshka mengalami masalah sistem operasi di mana ia memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan hidangan kerana hanya mempunyai 2 penggoreng. Ketika itu, pulangan yang diperoleh sangat rendah.

"Disebabkan kekurangan sumber dan kentang goreng ini perlu digoreng serta merta sebelum dihidangkan, kami memerlukan masa yang lama, dan pelanggan terpaksa menunggu antara 30 hingga 40 minit. Pada mulanya kami meminta nombor telefon pelanggang dan memberitahu akan menelefon mereka apabila kentang goreng mereka siap," jelas Hasif.

Respon pada mulanya agak perlahan, namun pada minggu kedua kami mula mendapat pelanggan hasil daripada liputan media dan bantuan keluarga serta rakan-rakan. Hasif berkata mereka mendapat perhatian media kerana menjual makanan yang lain daripada yang lain yang biasanya dijual di pasar malam. 

Menurut Hasif, industri makanan di Singapura sangat mencabar dan terlalu tepu, dan untuk sentiasa diterima, kita perlu sentiasa inovatif dan jangan takut untuk melakukan perubahan.

katoshka

Sumber : Instagram

Setelah mendapat tumpuan dari penduduk Singapura, kini pulangan harian yang diperolehi agak lumayan di antara RM4,700 hingga RM6,300 bergantung kepada lokasi, dengan purata jualan sebanyak 300 cawan kentang setiap hari.

Apabila ditanya mengenai nasihat kepada mereka yang ingin menjadi usahawan, Hasif menjawab :

"Terus mulakan, jangan takut. Kita dapat belajar di sepanjang jalan. Tak kisahlah apa pun hasilnya, pengalaman yang kita dapat itu akan menjadikan kita lebih baik di masa hadapan.

Sumber : Asia One


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)