Majoriti manusia pasti pernah meminum minuman Coca-Cola sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan Coca-Cola juga merupakan minuman paling popular di dunia yang dijual di hampir semua negara.

Walaupun Coca-Cola bukanlah sejenis minuman yang berkhasiat, terdapat juga segelintir manusia yang ketagih akan minuman ini. Selain itu, rasanya juga sangat unik. Terdapat juga teori mengatakan resipi menghasilkan minuman ini tersangatlah rahsia dan dijaga penuh rapi sehinggakan hanya beberapa orang sahaja di dunia yang mengetahui resipi sebenar Coca-Cola.

BESARKAN TEKS     A-  A+

pencipta coca cola daripada cocain 714

Siapakah sebenarnya yang mencetuskan idea minuman ini? Siapakah manusia yang menghasilkan resipi rahsia Coca-Cola ini?

Jawapannnya, John Pemberton. Nama ini memang cukup asing bagi majoriti peminum Coca-Cola, tapi beliaulah manusia yang bertanggunjawab menghasilkan minuman popular ini.

Kisah Hidup John Pemberton

john pemberton pencipta coca cola

Kisah hidup pencipta Coca-Cola ini mungkin tidak diketahui ramai dan penuh tragis. Beliau menghasilkan minuman ini pada awalnya bukanlah bertujuan untuk menjadi kaya dengan menjualnya, sebaliknya minuman ini dihasilkan kononnya untuk mengurangkan ketagihannya terhadap morfin, iaitu sejenis dadah.

Ya, John Pemberton merupakan seorang penagih dadah tegar dan antara sebab kamatiannya adalah akibat ketagihannya terdapat morfin ini. Beliau lahir pada tahun 1831 di Georgia, Amerika Syarikat. 

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Reform Medical College of Georgia dan pada tahun 1850 beliau berjaya memperoleh lesen dalam bidang farmaseutikal. Pada tahun 1853, beliau berkahwin dengan Ann Eliza Clifford Lewis dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Apabila terjadinya Perang saudara di Amerika Syarikat, beliau telah diarahkan bertugas bersama pasukan Georgia State Guard. Ketika Perang Columbus (Battle of Columbus) beliau telah tercedera dan terpaksa bergantung kepada pengambilan morfin sebagai ubat tahan sakit.

Daripada pengambilan morfin inilah, lama kelamaan beliau semakin ketagih dengannya.

Idea Penghasilan Minuman Coca-Cola

kilang coca cola

Akibat masalah ketagihannya ini, beliau telah berusaha pelbagai cara untuk mengurangkan ketagihannya itu. Dengan ilmu yang dimilikinya dalam bidang farmaseutikal, beliau telah bereksperiman dengan coca, iaitu tumbuhan dari mana kokain diperolehi.

Pada satu hari, beliau telah mencampurkan ekstrak coca dengan kacang kola, lalu terhasilla sirap unuk Coca-Cola. Apabila merasainya buat pertama kali, beliau amat menyukainya dan menjangkakan bahawa resipinya ini akan menjadi popular pada masa hadapan. Ternyata, jangkaannya tidak silap.

Beliau kemudiannya menghasilkan sirap ini dalam jumlah yang banyak dan membawanya ke farmasi untuk tujuan persampelan. Ramai pihak yang menggemari rasanya yang sangat unik. Beliau kemudiannya mencampurkan sirap tersebut bersama dengan air berkarbonat dan telah bekerjasama dengan Willis E. Venable, iaitu seorang pemilik kedai farmasi untuk menambah baik resipinya itu.

Pada peringkat awal, minuman Coca-Cola dipasarkan sebagai sebuah minuman kesihatan yang baik untuk otak. Lama-kelamaannya, ianya mula dipasarkan sebagai sejenis minuman ringan.

Frank Mason, iaitu seorang agen pemasaran merupakan orang yang bertanggungjawab menghasilkan nama Coca-Cola hasil daripada gabungan bahan utama untuk menghasilkan minuman ini.

Walaupun penciptaan minuman ini pada awalnya bertujuan untuk mengurangkan ketagihannya terhadap morfin, ianya sama sekali tidak membantu penciptanya mengurangkan ketagihannya itu. Malah, pernah satu ketika beliau hampir bankrap kerana ketiadaan wang untuk membeli morfin.

Penjualan hakcipta resipi Coca-Cola

Bagi mengatasi masalah kewangan serius yang dihadapinya, beliau telah mengambil keputusan menjual resipinya dan sebahagian pegangan dalam syarikatnya. Beliau mengambil keputusan untuk mengekalkan sebahagian pegangan hakcipta terhadap resipi Coca-Cola kerana yakin ianya akan menjadi popular suatu hari nanti.

Selain itu, beliau juga bercadang untuk mewariskan pegangannya itu kepada anaknya kelak. Dengan penjualan resipinya itu, beliau berpendapat bahawa syarikat lain boleh menggunakan resipi Coca-Cola, tetapi beliau masih lagi mempunyai pegangan terdahap hakcipta jenama Coca-Cola itu sendiri.

penghasilan coca cola

Walau bagaimanapun, Charley Pemberton, iaitu anak John Pemberton sangat tamak dan mahukan wang segera. Hal ini telah membawa kepada penjualan keseluruhan hakcipta dan paten resipi Coca-Cola ini kepada Asa Candler yang merupakan seorang jutawan perniagaan.

Pada 1888, beberapa bulan selepas menjual perniagaannya, John Pemberton akhirnya mati. Kematiannya dikatakan disebabkan penyakit kanser perut yang dihadapinya. Sehingga saat kematiannya, beliau dikatakan hidup dalam kemiskinan dan masih berada dalam ketagihan terhadap morfin.

Sementara itu, dibawah pemilikan Asa Candler, beliau telah menubuhkan Coca-Cola Company dan syarikatnya telah berjaya menjadi pelopor pengilang dan peruncit minuman ringan di dunia.

Kredit:

  1. World of Coca-Cola
  2. WikiPedia
  3. Encyclopaedia Britannica



Hakcipta iluminasi.com (2017)