Apabila memperkatakan mengenai perbezaan rakyat dari Amerika Syarikat, pastinya slang atau dialek bahasanya terlintas di minda. Walaupun kedua-duanya menggunakan English sebagai bahasa utama, terdapat perbezaan daripada dialek dan penggunaan beberapa perkataan. 

Sebenarnya, terdapat beberapa lagi budaya rakyat daripada kedua negara ini yang berlainan antara satu sama lain. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 7 daripadanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Teh dan kopi

teh dan kopi

Antara perbezaan paling ketara yang dapat dilihat adalah pemilihan minuman sewaktu sarapan pagi. Kebanyakan rakyat Amerika Syarikat memilih kopi sebagai minuman sementara rakyat British rata-ratanya lebih gemarkan teh pada waktu pagi.

Memandangkan Malaysia merupakan bekas negara jajahan British, sebahagian besar daripada kita juga sudah terbiasa dengan budaya meminum teh pada waktu pagi. Namun, pembukaan kedai kopi seperti Starbucks dan kedai-kedai kopi kecil yang lain telah sedikit sebanyak mengubah budaya ini terhadap golongan muda terutamanya.

2. Budaya kerja

budaya kerja

Secara umumnya, pekerja di Amerika Syarikat bekerja lebih lama dalam sehari berbanding pekerja di Britain. Di Amerika Syarikat, biasanya pekerja hanya mempunyai 1 kali waktu rehat ketika waktu makan tengah hari. Sementara itu, di Britain mereka biasanya mempunyai rehat untuk makan tengah hari dan 1 hingga 2 waktu rehat pendek untuk sesi "tea break".

Pekerja Amerika tidak mempunyai banyak cuti tahunan, hanya sekitar 10 hari bercuti sahaja ditawarkan setiap tahun. Sementara itu, di Britain pula secara purata pula cuti tahunan sebanyak 20 hingga 28 hari diberikan.

3. Pemberian "tip" kepada pelayan restoran

tip pelayan restoran

Tip biasanya diberikan kepada pelayan restoran sebagai simbolik penghargaan pelanggan terhadap layanan baik yang diberikan. Rakyat Amerika Syarikat dikatakan lebih pemurah dalam memberikan tip kepada pelayan restoran. 

Bagi orang British pula, tip hanya diberikan di restoran-restoran mewah dan juga hanya sekali-sekala. Dalam hal ini, rasanya kita di Malaysia lebih mengikut budaya British. Malah, jangan terkejut sekiranya ramai juga rakyat negara kita tidak mengetahui kewujudan budaya pemberian tip kepada pelayan restoran.

4. Undang-undang jalan raya

sistem pemanduan jalan raya

Satu lagi perbezaan yang ketara. Kita di Malaysia mengikut undang-undang Britain yang memandu di belah kiri jalan. Sementara itu, di Amerika Syarikat pula pemanduan adalah di sebelah kanan jalan.

Di Amerika Syarikat, persimpangan jalan biasanya diuruskan dengan menggunakan lampu isyarat. Sementara itu, di Britain roundabout lebih banyak digunakan. Di Malaysia, kita menggunakan kedua-duanya dengan lampu isyarat lebih banyak digunakan di merata kawasan.

5. Akses perkhidmatan kesihatan

sistem kesihatan

Rakyat British mempunyai akses percuma ke hospital dan khidmat doktor. Selain itu, ubat-ubatan juga kebanyakan adalah percuma dan segelintir daripadanya diberikan subsidi. Namun, bagi yang berkemampuan boleh ke hospital swasta. Polisi yang hampir sama diamalkan di Malaysia.

Di Amerika Syarikat, semuanya berbayar. Amerika Syarikat mempunyai sistem berdasarkan pembayaran insurans yang memberikan akses cepat ke penjagaan kesihatan, asalkan anda sudah membayar membayar premium.

6. Sistem persekolahan

sistem pendidikan sekolah

Sistem persekolahan di British meliputi banyak peperiksaan setiap tahun, tidak seperti di Amerika Syarikat. Selain itu, cuti persekolahan musim panas di Britain juga lebih pendek sekitar 6 minggu sahaja berbanding 10 - 12 minggu di Amerika Syarikat. 

Sekolah di Britain juga memberi penekanan kepada penampilan pelajar dimana mereka diwajibkan memakai uniform sekolah. Sebaliknya di Amerika Syarikat para pelajar lebih bebas berpakaian asalkan sopan. 

7. Sistem perumahan

rekabentuk rumah british

Majoriti rumah di Britain dibina daripada bata, sedangkan rumah Amerika Syarikat dibina dari bingkai kayu. Hal ini mungkin kerana cuaca lembap yang tinggi di Amerika Syarikat. Disebabkan penggunaan bata ini, rumah-rumah di Britain dianggarkan mampu bertahan minimum 100 tahun.

Di Amerika Syarikat, kebanyakan penduduk luar bandar tinggal di rumah yang dibina atas tanah sementara rumah apartment lebih popular di kawasan bandar. Sementara itu, penduduk British tidak gemar tinggal di apartment (digelar flat) walaupun tinggal di kawasan bandar.

Kredit:

  1. NY Times
  2. Politico 
  3. Business Insider
  4. Relocate Magazine



Hakcipta iluminasi.com (2017)