kumpulan gerila

Peperangan gerila adalah satu bentuk peperangan yang tidak teratur di mana kumpulan pejuang kecil, seperti anggota tentera, orang awam bersenjata atau individu-individu yang mempunyai objektif tertentu menggunakan taktik ketenteraan termasuk serang hendap, sabotaj, serbuan, peperangan kecil dan taktik hit-and-run  untuk melawan tentera tradisional yang lebih besar dan kurang bergerak. 

Kumpulan gerila sering bergantung pada sokongan logistik dan politik dari penduduk tempatan atau penyokong asing yang tidak terlibat dalam perjuangan bersenjata tetapi bersimpati dengan usaha kumpulan gerila. Sekadar untuk perkongsian semata-mata, kali ini pihak Iluminasi ingin kongsikan seanrai  7 pasukan gerila paling besar dan berpengaruh di seluruh dunia. 

1. Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia

angkatan bersenjata revolusi colombia

Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia yang lebih dikenali dengan akronim bahasa Sepanyol, FARC adalah kumpulan gerila yang tidak akan berhenti menjayakan usaha mereka. Mereka telah memulakan pemberontakan mereka sejak tahun 1964. Mereka asalnya ditubuhkan sebagai sayap bersenjata untuk Parti Komunis negara itu.

Pada tahun kemuncak mereka pada tahun 2002, FARC memiliki sekitar 20,000 pejuang sebelum jumlah tersebut kini sudah berkurang antara 6000-7000 pejuang aktif ditambah dengan 8500 orang awam yang mendukung mereka dengan bekalan dan intel.

2. Bagong Hukbong Bayan

bagong hukbong bayan

Bakong Hukbong Bayan atau Tentera Rakyat Baru Filipina bermula sebagai satu ideologi dalam parti Komunis negara itu. Ia adalah sayap parti Marxis-Leninis yang menentang cabang ideologi pro-Maois dan pro-Soviet. Namun, pada tahun 1969,  perdebatan atau 2 idealogi ini membawa kepada penubuhan Bagong Hukbong Bayan sebuah sayap bersenjata yang mulai mengambil bahagian dalam kegiatan gerila pada awal tahun 1970-an.

Pada tahun 1986, pihak Amerika Syarikat menganggarkan bahawa kumpulan itu memiliki jumlah 24,430 anggota  dan setahun sebelum itu mereka dilaporkan membunuh tentera musuh dengan kadar 100 orang setiap bulan. Kumpulan ini masih aktif dan pada tahun 2017 Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan mereka sebagai organisasi pengganas.

3. Goryani

goryani

Goryani adalah pasukan penentang yang terdiri daripada orang Bulgaria yang tidak begitu peduli dengan tentera Soviet yang menguasai negara itu pada tahun 1944 dan bertindak melancarkan serangan gerila dari hutan. Goryani aktif dari 1944 hingga 1955 dan pada puncak kekuatan mempunyai kira-kira 2,000 anggota aktif.

Namun, pasukan ini  dibantu oleh sekurang-kurangnya 8,000 orang yang membekalkan pasukan tempur gerila ini dengan makanan, pakaian, senjata dan maklumat, jadi secara keseleruhannya kumpulan anti-komunis ini dianggarkan berjumlah 10,000 orang.

4. Angry Brigade

angry brigade

Angry Brigade adalah ikon radikal kiri British tahun 1970-an yang beroperasi secara gerila penuh dan mengatur rangkaian serangan bom terhadap pendudukan British . Antara tahun 1970 dan 1971, mereka berjaya melakukan 25 serangan yang merupakan masalah serius bagi kerajaan British.

Angry Brigade adalah alasan Britain menubuhkan Skuad Bom pada Januari 1971 yang objektif tunggal mereka adalah untuk menangkap kumpulan ini. Pada bulan Ogos tahun tersebut, mereka berjaya mengesan tempat operasi kumpulan ini yang berpangkalan di sebuah rumah di London, seterusnya melumpuhkan operasi mereka.

5. Tentera Demokratik Greece

tentera demokratik greece

Apabila Perang Dunia Kedua tamat sekitar tahun 1945, negara Eropah lain kebanyakannya melalui fasa pemulihan. Namun, bagi Greece pula negara itu terus berkocak dengan pelbagai konflik politik termasuklah beberapa siri rampasan kuasa antara kerajaan Monarkis, republik dan komunis.

Salah satu kumpulan yang paling menakutkan dalam pergolakan itu adalah Tentera Demokratik Greece yang asalnya merupakan kumpulan dari unit gerakan gerila gerakan penentangan Greece era Perang Dunia Ke 2, ELAS.  Dengan pengalamannya dalam taktik gerila, itu adalah kelebihan mereka yang menakutkan bagi pihak lawan.

6. Primorsky Partizany

primorsky partizany 258

Pada tahun 2010, enam pemuda dari kampung kecil Kirovsky di wilayah Primorye di Timur Rusia telah muak dengan apa yang mereka anggap sebagai penyalahgunaan kuasa secara berterusan oleh polis tempatan. Oleh itu, mereka bertindak membalas dendam dengan membentuk kumpulan yang mereka sebut Primorsky Partizany.

Kumpulan ini telah melakukan beberapa siri serangan, keganasan, mengejar para pegawai polis daerah itu dan mensasasarkan mereka dalam rangkaian serangan ganas yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang. Mereka juga merilis sejumlah video, di mana mereka menjelaskan agenda anti-polis mereka dan sepenuhnya menerima kenyataan bahawa tindakan gerila mereka akan berakhir dengan teruk.

7. Montoneros

montoneros

Montoneros adalah kumpulan sayap kiri yang diasaskan oleh Jeneral Juan Peron, mantan presiden dan lebih terkenal sebagai suami Eva "Evita" Peron yang terkenal di sana. Montoneros ditubuhkan keluar untuk menggulingkan pemerintah dan membiayai operasi gerila mereka dengan rompakan bank dan penculikan berprofil tinggi warga kaya.

Keganasan yang dilakukan kumpulan ini berterusan walaupun setelah kematian Peron pada tahun 1974 tetapi Montoneros akhirnya dihapuskan oleh kerajaan pada akhir 1970-an. Sebilangan kecil anggota gerila menghilang secara misteri tetapi sebilangan anggota berprofil tinggi mereka akhirnya diberikan keampunan dan memulakan kehidupan baru dalam politik yang lebih konvensional.

Kredit:

  1. The Guardian
  2. The Moscow Times
  3. Britannica Encyclopaedia
  4. BBC


Hakcipta iluminasi.com (2017)