Tak dapat dinafikan emas adalah antara elemen yang paling mahal di dunia. Ia dijadikan barang perhiasan bagi kaum hawa dan digunakan sejak zaman purba lagi. 

Walaupun masih digunakan sebagai perhiasan di zaman milenium ini., emas juga digunakan dalam menghasilkan produk-produk yang sangat pelik dan tak masuk akal.

Jadi, iluminasi.com ingin kongsikan 7 item yang dihasilkan dan disalut dengan emas yang paling pelik di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Kereta Porsche

kereta sport porsche emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas 2

Sebuah Porsche 996 Turbo Cabriolet telah dibuka untuk pembelian di Rusia. Jika memandu kereta ini, ia sudah cukup untuk menarik perhatian orang ramai, tapi bagi pemiliknnya, iat belum masih cukup. 

kereta sport porsche emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas

kereta sport porsche emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas 3

Dengan harga jualan RM1.57 juta, apa yang istimewa mengenaai jentera sport ini ialah ia telah disalut dengan 20 kilogram emas di seluruh bahagian luarannya. Hasil ukiran pada kereta ini telah disempurnakan oleh artis terkemuka Rusia, Denis Simachev.

2. Basikal

basikal emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas

Jika ada kereta yang disalut emas, mungkin boleh diterima. Tetapi basikal? Goldgenie, sebuah syarikat British telah mengeluarkan sebuah model basikal lumba yang disaluti dengan emas 24 karat.

Dijual dengan harga RM1.35 juta, setiap inci daripada badan basikal ini tidak terlepas daripada disaluti emas.

basikal emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas 3

basikal emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas 5

basikal emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas 2

Harga yang sangat tak masuk akal bagi sebuah basikal ini juga datang daripada usaha dan masa yang dihasiskan dalam menyalut basikal ini, termasuklah pemegang hadapaan dan juga setiap butiran rantai.

Ia juga dilengkapi dengan pelana San Marco edisi terhad dan tayar lumba SR4. Basikal ini dikatakan lebih daripada sebuah basikal dan menjadi satu simbol kekayaan.

3. Konsol Wii

wii supreme 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas 6

Jika Ratu Elizabeth nak bermain permainan video, beliau melakukannya dengan stail yang sangat hebat! Beliau menggunakan konsol Wii yang bersalut emas berharga RM1.87 juta yang diberi nama Wii Supreme.

Dan Wii Supreme ini dihadiahkan kepada Ratu Elizabeth bersama-sama salinan pertama permainan BIG Family Games. Pengeluar perisian hiburan iaitu THQ menghasilkan Wii bersalut emas ini bagi menandakan pelancaran permainan BIG Family Games.

wii supreme 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas 2

Ratu Elizabeth tak perlu menunggu untuk ia dilancarkan seperti orang lain. "Kami rasa Ratu Elizabeth tak bermain konsol biasa, jadi kami rasa terpanggil untuk menghasilkan sesuatu yang lebih daripada biasa," kata THQ.

Hanya 3 unit sahaja Wii Supreme dihasilkan di dunia.

4. Mangkuk tandas

tandas emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas

Lam Sai Wing yang berasal dari Hong Kong adalah seorang ahli perniagaan yang sangat meminati Vladimir Lenin, seorang revolusioner komunis Rusia. Bagi menunjukkan rasa penghargaan kepada idola beliau, Lam telah menghabiskan sebanyak RM147 juta bagi membina mangkuk tandas emas.

Sama seperti sarung komputer dalam senarai ini, tandas ini tidak disalut emas, tetapi dibuat daripada emas 100%. Penghasilan tandas emas ini diilhamkan oleh petikan yang ditulis oleh Vladimir Lenin pada tahun 1921, yang berkata selepas kemenangan sosialisma, emas patut digunakan bagi menghasilkan tandas.

Tandas ini didaftarkan oleh Guinness Book of Records sebagai tandas termahal di dunia.

5. Sarung komputer

sarung komputer 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas 6

Ramai gamers yang obses dalam membina komputer paling hebat dan dahsyat, bersaing antara satu sama lain. Dengan teknologi canggih yang ada sekarang, pelbagai jenis sarung komputer yang terdapat di pasaran.

Namun, sarung komputer mewah berwarna kuning yang dihasilkan oleh syarikat Zeus Computer berpangkalan di Tokyo ini jauh meninggalkan sarung-sarung yang lain. Ia berwarna kuning disebabkan dihasilkan menggunakan emas 100%, serta dilengkapkan dengan berlian-berlian.

Diberi nama Mars, ia merupakan sarung komputer paling mahal di dunia, dengan harga RM2.2 juta. Juga terdapat versi platinum yang lebih murah daripada Mars.

6. Pil

pil emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas 6

Di antara item-item yang dihasilkan dan disaluti emas, ini lah yang paling tak masuk akal. Pill emas merupakan hasil kerjasama Tobias Wong dan Ken Courtney pada tahun 2005.

Sebagai tambahan kepada obses mereka terhadap kemahsyuran, selebriti dan komoditi, mereka telah menghasilkan pill bersalut emas ini dengan saiz 20 milimeter dan berharga RM1,641 seunit.

pil emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas

Dengan menelan pil ini, anda akan menghasilkan najis yang sangat berharga namun tidak jelas tentang berapa banyak kotoran emas yang akan dihasilkan.

7. Papan kekunci

papan kekunci emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas

Berita baik bagi mereka yang suka menggunakan komputer, seperti sarung komputer emas, kita juga mempunyai papan kekunci emas. Ia tersangatlah pelik menggunakan papan kekunci yang disaluti emas tulen.

Namun itulah yang telah dihasilkan oleh syarikat daripada Jepun ini iaitu Wakazura Koubou.

papan kekunci emas 7 item pelik yang dihasilkan dan disalut emas 6

Mereka telah mengeluarkan papan kekunci bersalut emas HHKB yang dijual dengan harga RM1,050.

Ya, walaupun ia kelihatan seperti sangat mahal, namun ia tidaklah seperti yang anda sangka. Ia berfungsi seperti papan kekunci yang lain menggunakan USB.

Rujukan:

1. SCMP

2. Cycling Weekly

3. Everybody




Hakcipta iluminasi.com (2017)