Führerbunker merupakan sebuah tempat perlindungan daripada serangan udara yang terletak berdekatan dengan Canselori Reich di Berlin, Jerman. Ia merupakan sebahagian daripada bunker bawah tanah yang dibina dalam dua fasa pada tahun 1936 dan 1944. 

Selepas perang itu, kedua-dua bangunan Canselori baru dan lama telah dimusnahkan dan diratakan oleh Kesatuan Soviet. Kompleks bawah tanah kekal tak diganggu sehinga tahun 1988 dan 1989 walaupun terdapat beberapa cubaan perobohan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

adolf hitler dan eva braun

Apa yang menarik mengenai bunker ini adalah ia menjadi tempat persembunyian terakhir Adolf Hitler ketika Perang Dunia Kedua. Pada 16 Januari 1945, Hitler menjadikan bangunan ini sebagai kediamannya dan menjadi pusat rejim Nazi di ketika kejatuhan tentera Jerman sehinggalah ke minggu terakhir Perang Dunia Kedua.

Ia juga merupakan ibu pejabat Fuhrer terakhir yang digunakan oleh Hitler. Führerbunker menjadi tempat di mana Hitler dan kekasihnya, Eva Braun berkahwin pada 29 April 1945. 

Sehari kemudian, pada 30 April 1945, Hitler dan isterinya telah menembak diri sendiri selepas berkahwin kurang daripada 40 jam.

iluminasi.com kongsikan gambar-gambar tempat persembunyian terakhir diktator Nazi Jerman ini.

fuhrerbunker tempat persembunyian terakhir adolf hitler sebelum bunuh diri 2

Ini merupakan rupa sebenar bangunan Führerbunker ketika mana Adolf Hitler bersembunyi di dalamnya. Ia juga merupakan lokasi di mana Hitler dan isterinya Eva Braun melangsungkan perkahwinan mereka, sebelum membunuh diri sehari kemudian.

fuhrerbunker tempat persembunyian terakhir adolf hitler sebelum bunuh diri 3

Gambar ini yang diambil pada 29 April 1945 ini iaitu sehari sebelum hari kematiannya dipercayai gambar terakhir Hitler. Hitler kelihatan sedang melihat kerosakan yang berlaku terhadap canselori Reich di Berlin bersama pembantunya, Julius Schaub.

fuhrerbunker tempat persembunyian terakhir adolf hitler sebelum bunuh diri 4

fuhrerbunker tempat persembunyian terakhir adolf hitler sebelum bunuh diri 5 534

Kelihatan sebuah lukisan abad ke-16 yang tak dapat dikenal pasti di atas tong minyak di antara serpihan yang dijumpan dalam bilik Hitler. Lukisan itu dipercayai dirompak dari muzium di Milan, Itali.

Juga terdapat peninggalan barang-barang di atas meja Hitler.

fuhrerbunker tempat persembunyian terakhir adolf hitler sebelum bunuh diri 6

Kotak yang mengandungi kertas terbiar di atas sebuah kerusi panjang dalam bangunan ini.

fuhrerbunker tempat persembunyian terakhir adolf hitler sebelum bunuh diri 7

Kelihatan dokumen-dokumen dan fail-fail berselerak di atas rak yang ditinggalkan begitu sahaja selepas kematian Hitler.

fuhrerbunker tempat persembunyian terakhir adolf hitler sebelum bunuh diri 8

fuhrerbunker tempat persembunyian terakhir adolf hitler sebelum bunuh diri 9

Keadaan bunker Führerbunker yang musnah selepas diserang oleh pihak musuh.

fuhrerbunker tempat persembunyian terakhir adolf hitler sebelum bunuh diri 10

Ini merupakan gambar yang didakwa sebagai mayat Hitler yang dijumpai dalam Führerbunker. Hitler mengambil nyawanya sendiri dengan menembak diri bagi mengelakkan tentera Kesatuan Soviet memberkasnya.

Namun begitu, gambar ini telah lama menjadi topik pertikaian mengenai sama ada Hitler benar-benar bunuh diri. Namun terdapat teori yang mengatakan Hitler dan isterinya Eva berjaya meloloskan diri dan lari ke bandar Berlin.

Tiada siapa tahu ke mana perginya Hitler dan isterinya, namun kenyataan bahawa beliau membunuh diri adalah lebih kuat.

fuhrerbunker tempat persembunyian terakhir adolf hitler sebelum bunuh diri 11

Gambar 3D yang dijana oleh komputer ini menunjukkan lokasi bunker ini di atas tanah canselori Reich di Berlin, Jerman.

fuhrerbunker tempat persembunyian terakhir adolf hitler sebelum bunuh diri 12

Gambar ini menunjukkan pelan lantai kawasan dalaman Führerbunker yang terdiri daripada lebih 30 buah bilik.

fuhrerbunker tempat persembunyian terakhir adolf hitler sebelum bunuh diri 13

Gambar yang diambil pada November 1995 ini menunjukkan saki baki Furrerbunker ketika kejatuhan Canselori Reich di kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai "The Death Strip" di antara Berlin Timur dan Barat.

fuhrerbunker tempat persembunyian terakhir adolf hitler sebelum bunuh diri 15

Ini merupakan lokasi di mana tempat Führerbunker satu ketika dahulu yang hanya mempunyai satu papan tanda yang dipasang pada tahun 2006 dan mengandungi maklumat mengenai bangunan tersebut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)