Ia mungkin kelihatan bertentangan dengan logik tentang hakikat bahawa organ-organ pembiakan lelaki yang sangat penting terdedah kepada unsur-unsur di luar tubuh, namun saintis mempunyai beberapa teori mengenai persoalan yang sangat penting ini.

Mengapa buah zakar tidak disimpan dengan selamat di dalam tubuh badan lelaki.

Menurut pakar, kawalan suhu adalah jawapan yang paling jelas untuk persoalan membingungkan ini.

Penghasilan sperma oleh buah zakar yang paling berkesan adalah pada suhu 35 ° Celcius, iaitu 2° C lebih rendah di bawah suhu yang dikekalkan di dalam tubuh manusia.

Organ yang berfungsi dalam keadaan yang paling baik pada suhu 37 ° C dilindungi oleh tulang di dalam rongga badan, termasuk otak dan buah pinggang.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ketidaksepakatan dalam komuniti saintifik mengenai tesis berkenaan dengan suhu ini. 

Tidak jelas sama ada buaz zakar "turun" atau keluar daripada badan kerana ia perlu lebih sejuk daripada tubuh badan atau sama ada ia  berkembang untuk berfungsi dengan lebih baik pada suhu tersebut kerana ia berada di luar. kerana ia adalah luar.

Tesis tentang penyejukan buah zakar ini berasal dari Universiti Cambridge pada tahun 1890-an.

kenapa buah zakar terletak di luar badan

Saintis tersebut, Joseph Griffiths, melakukan satu eksperimen terhadap anjing, menolak buah zakar haiwan ini masuk kembali ke dalam perut dan menjahit organ tersebut agar tidak terkeluar.

Kurang daripada seminggu kemudian, Joseph mendapati bahawa organ  itu telah merosot, dengan tiub di mana penghasilan sperma berlaku menjadi sempit dan sperma tidak muncul.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan suhu yang lebih tinggi di dalam badan membuatkan teori ini terhasil. 

Kajian ini telah disemak pada tahun 1920 oleh Carl Moore dari University of Chicago.

Menggunakan hasil kerja Charles Darwin, Carl berhujah bahawa apabila mamalia telah beralih daripada haiwan berdarah sejuk kepada berdarah panas, suhu dalaman sangat menghalang pengeluaran sperma.

Spesis jantan yang dilahirkan dengan buah zakar di luar badan menjadi "penternak" yang paling berjaya dan melepaskan bahan genetik, serta mengekalkan sifatnya.

Walau bagaimanapun, mereka yang menentang teori ini menggunakan contoh mamalia yang masih mengekalkan buah zakar di dalam badan dan terus berjaya membiak.

cristiano ronaldo 633

Banyak mamalia dengan buah zakar dalaman seperti gajah dan burung, mempunyai suhu teras yang lebih tinggi daripada manusia dan primata, yang dikatakan boleh menafikan teori tentang suhu ini.

Sesetengah ahli akademik percaya bahawa suhu yang lebih sejuk ini mungkin untuk menghentikan DNA daripada bermutasi, manakala yang lain percaya bahawa sperma di bawah suhu badan membolehkan kehangatan faraj berfungsi sebagai isyarat mengaktifkan sperma.

Adalah mungkin kedudukan buah zakar luaran dapat dijelaskan oleh teori suhu, yang mana jika spesis betina terpaksa memilih antara dua jantan yang telah menewaskan semua persaingan lain, ia akan memilih jantang yang terpaksa mengatasi halangan terbesar.

Ini adalah kerana kerana ia merupakan petunjuk kepada kekuatan yang lebih hebat.

Sebagai contoh, memanjat Gunung Everest adalah sesuatu yang sangat mengagumkan, tetapi memanjat ke puncak dengan satu tangan diikat di belakang anda adalah lebih hebat, bukan?

Teori kontroversi memainkan beberapa cara untuk menjelaskan beberapa fenomena evolusi yang bermasalah, seperti warna bulu burung jantan yang berwarna-warni dan siulan burung yang kelihatannya direka untuk menarik pemangsa.

Sekiranya teori suhu yang dilihatkan seperti cacat ini adalah betul, maka genetik skrotum atau buah zakar di luar ini diwariskan kerana kebolehan berfungsi dengan organ-organ penting ini yang digantung di luar badan ini boleh menarik pasangan yang berpotensi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)