Setiap kelahiran akan diikuti dengan kematian dan seperti yang kita semua tahu, mati itu pasti. Namun apa yang tidak pasti adalah bila dan cara kita mati.

Jika ia telah ditakdirkan, tiada siapa yang dapat lari daripada kematian dan hal ini telah dibuktikan dalam banyak kisah.

Dan seperti dalam filem Final Destination, seseorang itu akan tetap mati walaupun berkali-kali terlepas daripadanya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 6 kisah individu berjaya lari daripada kematian namun akhirnya terbunuh juga.

6. Ye Meng Yuan

ye meng yuan

Ye Meng Yuan berusia 16 tahun pada tahun 2014 ketika dia menaiki pesawat Asiana Airlines 214. Ketika itu dia dalam perjalanannya dari China ke California Barat untuk kem musim panas.

Pesawat yang dinaiki Ye terbang terlalu rendah dan perlahan membuatkannya terhempas. Namun, Ye Meng terselamat daripada nahas ini dan mengalami kecederaan. Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran yang berlaku.

Namun, malang bagi Ye Meng apabila trak bomba yang dalam perjalanan telah menggilisnya yang baring di atas tanah sebaik sahaja keluar daripada pesawat yang terhempas. Akibat daripada gilisan itu, Ye Meng mati di tempat kejadian.

Terdapat 3 kematian termasuk Ye Meng, 2 yang lain akibat nahas tersebut. Banyak tindakan undang-undang diambil ke atas syarikat penerbangan tersebut termasuk daripada ibu bapa Ye Meng.

5. Fagilyu Mukhametzyanov

fagilyu mukhametzyanov dan suami

Semua orang melakukan kesilapan kan? Namun ada sesetengah kesilapan dilihatkan sangat tak masuk akal. Pada tahun 2011, Fagilyu Mukhametzyanov, 49, disahkan mati oleh doktor selepas dia pengsan di rumahnya akibat serangan jantung.

Akan tetapi, Fagilyu tidak benar-benar mati. Dia bangun ketika berada dalam keranda di majlis pengebumiannya.

fagilyu mukhametzyanov mati sebanyak 2 kali

Terkejut melihat apa yang beralku, Fagilyu mula menjerit dan pengsan sekali lagi selepas diserang sakit jantung, sekali lagi. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital.

12 minit kemudian, Fagilyu disahkan mati secara rasmi, untuk kali kedua. Namun, kali ini ia adalah kematian yang sebenar. Suaminya sangat berang dengan hal ini dan membuat keputusan untuk menyaman pihak hospital.

4. David Furr

pasukan bola keranjang purple aces 1977

Pada 13 Disember 1977, pasukan bola keranjang Universiti Evansville menuju ke Middle Tennessee State University di Murfreesboro, Tennessee untuk sebuah perlawanan.

Sebaik sahaja berlepas, pesawat yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terhempas di kawasan sekitar. Kesemua 29 orang penumpang mati dengan 25 daripadanya mati serta-merta akibat impak letupan dan 3 yang lain mati kemudiannya.

Seorang lagi mangsa dilaporkan mati di hospital. Seluruh ahli pasukan ini terbunuh, kecuali seorang pemain iaitu David Furr.

david furr 549

David terselamat kerana dia tidak pergi bersama-sama pasukannya kerana kecederaan buku lali. Ada yang menggelarkannya tersangat bernasib baik, namun perkara ini tidak bertahan lama.

2 minggu selepas nahas tersebut, David dan adiknya terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan dengan pemandu mabuk.

Kematiannya menandakan bahawa kesemua pasukan bola keranjang Purple Aces mati pada tahun 1977.

3. Jessica Ghawi

jessica ghawi elak daripada mati namun terbunuh

Jessica Ghawi, yang lebih dikenali sebagai Jessica Redfield, adalah seorang penyampai sukan yang bercita-cita tinggi yang terselamat daripada insiden tembakan di medan makan Eaton Centre di Toronto pada Jun 2012.

Ketika kejadian, dia memesan makanan dan memutuskan untuk duduk di bahagian luar medan makan.

Beberapa minit sahaja selepas dia keluar, seorang penembak melepaskan tembakan di medan makan tersebut, membunuh 2 orang dan ramai yangtercedera di sekitar kawasan yang sepatutnya Jessica berada.

Selepas itu, dia menyatakan bahawa dia telah mengalami perasaan aneh yang menyebabkannya meninggalkan kawasan medan makan tersebut. Nasib baik, perasaan ganjil itu menyelamatkan nyawanya.

Namun, sebulan kemudian, Jessica Ghawi terbunuh ketika insiden tembakan yang mengerikan di Aurora, Colorado.

Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah teater filem pada tayangan tengah malam menyebabkan 12 terbunuh.

2. Johanna Ganthaler

johanna ganthaler

Seorang warga emas dari Itali, Johanna Ganthaler pergi bercuti bersama suaminya di Brazil. Sebelum itu mereka telah menempah penerbangan ke Paris pada 31 Mei 2009 dengan pesawat Air France.

Akan tetapi, pasangan ini terlepas penerbangan tersebut yang kemudiannya dilaporkan terhempas di lautan Atlantik dan membunuh kesemua 228 orang penumpang.

Berikutan nahas itu, mereka memutuskan untuk pulang ke rumah. Johanna dan suami terbang ke Eropah sehari kemudian dan menyewa kereta untuk pulang ke Itali.

Ketika dalam perjalanan di Kufstein, Austria, kereta yang dipandu mereka tiba-tiba masuk ke jalan bertentangan dan melanggar sebuah trak.

Johanna disahkan meninggal dunia di hospital manakala suaminya mengalami kecederaan serius.

1. Jessica de Lima Rohl

jessica de lima rohl dan teman lelakinya

Pada tahun 2013, sebuah kebakaran yang mengerikan di kelab malam Brazil telah meragut lebih 200 nyawa dan beratus yang lain tercedera.

Jessica de Lima Rohl, 21, adalah salah seorang yang telah menganjurkan pesta itu. Pada malam tersebut, teman lelakinya meminta Jesicca untuk tinggal di rumah.

Dia bersetuju walaupun dia telah membantu merancang pesta berkenaan dan dia bernasib baik kerana keputusannya itu telah menyelamatkan Jessica daripada terbunuh. Beratus-ratus pelajar universiti terbunuh atau cedera selepas bunga api menyebabkan syiling terbakar.

Beberapa hari kemudian, Jessica melawat teman lelakinya di tempat kerja. Dalam perjalanan pulang, pasangan ini terbunuh dalam satu kemalangan yang sangat aneh.

Polis melaporkan bahawa kereta mereka bertembung trak dalam pertembungan bahagian hadapan kenderaan.

Jesicca mati di tempat kejadian manakala teman lelakinya menghembuskan nafas terakhir di hospital.

Rujukan:

  1. Pri
  2. CBC
  3. USA Today



Hakcipta iluminasi.com (2017)