Melakukan penggambaran khasnya filem dan drama memerlukan banyak garis panduan dipatuhi, melibatkan aspek keselamatan pekerja dan mereka yang terlibat dalam pembikinannya.

Walaupun kita sebagai penonton melihat apa yang ditayangkan sebagai hiburan berbentuk fiksyen, proses penghasilan yang dijalankan berrisiko tinggi khasnya ketika melibatkan aksi lagak ngeri atau penggunaan perlatan prop senjata api.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perancangan sebaik mana pun ada kalanya tidak mampu mengelakkan kemalangan berlaku. Berikut adalah lima insiden kemalangan yang berlaku secara tidak sengaja disebabkan oleh kelemahan atau kesilapan semasa produk filem berlangsung.

1. The Crow

brandon lee the crow

Sayang karier anak kepada mendiang Bruce Lee, Brandon Lee tamat sebelum benar-benar meletup ekoran kematian beliau yang tidak disengajakan, semasa penggambaran filem 'The Crow.'

Dalam satu adegan, serpihan peluru hidup tertembak keluar dari laras pistol yang digunakan untuk menembak peluru kosong, terkena pada bahagian perut Brandon seterusnya menusuk bahagian tulang belakang beliau.

Insiden yang berlaku pada 1 April 1993, merupakan kemuncak kepada beberapa siri kemalangan yang membelenggu produk filem tersebut. Brandon dikejarkan ke hospital sempat menjalani 6 pembedahan, tetapi sayangnya menghembuskan nafas terakhir 12 jam selepas kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

'The Crow' disiapkan dengan menggunakan bantuan pelakon lagak ngeri Brandon sebagai ganti serta penggunaan visual komputer, menjadi antara filem yang sering disebut-sebut sebagai adaptasi komik yang berjaya sehingga layak digelar sebuah filem klasik

2. Midnight Rider

sarah jones kemalangan keretapi

Pengambaran filem biografi 'Midnight Rider' yang dilakukan secara bebas, memerlukan pasukan penerbit melakukan beberapa keputusan besar.

Ekoran kekangan bajet, produksi itu diteruskan tanpa mengambil berat aspek-aspek keselamatan walaupun membariskan nama-nama besar seperti William Hurt, Eliza Dushku dan Wyatt Russell.

Malangnya produksi filem itu berdepan insiden ngeri pada hari pertama pengambaran yang melibatkan keretapi.

Tanpa mendapat permit serta kebenaran, kru filem memilih untuk memasang sebuah katil pada trek keretapi berdasarkan kepada jadual keretapi yang telah mereka perolehi, di sebuah jambatan sempit di atas sungai.

Selepas dua buah keretapi selamat melepasi lokasi mereka, kru penggambaran mula bersedia untuk bekerja. Datang keretapi ketiga di luar jangkaan pada kelajuan sekitar 90km/j, menyebabkan pasukan kru mula kelam-kabut mencari ruang menyelamatkan diri dalam jambatan itu.

Pembantu jurugambar, seorang wanita bernama Sarah Jones gagal mengelak rempuhan berkemungkinan besar disebabkan dia ditolak katil yang dilanggar keretapi tersebut, mengakibatkan dia jatuh ke laluan keretapi tersebut.

Produksi filem itu dihentikan serta merta selepas insiden itu dan kesemua produser filem 'Midnight Rider' berhadapan perbicaraan mahkamah atas dakwaan cuai sehingga mengakibatkan kematian.

Tiga penerbit filem itu dibuktikan bersalah dan dihukum penjara 10 tahun tetapi berjaya meringankan hukuman yang diterima.

3. Resident Evil - The Final Chapter

olivia jackson lagak ngeri kemalangan

Filem ini membawa badi malang yang tak berhenti.

Pada peringkat awal, pelakon lagak ngeri kepada bintang utama Milla Jovovich, Olivia Jackson mengalami kemalangan ngeri selepas aksi tungangan motorsikal pada kelajuan tinggi mengakibatkan beliau berlanggar dengan kren kamera.

Olivia dikejarkan ke hospital dalam keadaan parah, koma selama 17 hari ekoran daripada pelbagai kecederaan yang dialami. Lebih malang bagi wanita itu, tangan kirinya terpaksa dipotong.

Walaupun begitu penggambaran filem itu tetap diteruskan.

Dua bulan selepas insiden kemalangan itu, seorang lagi kru pengambaran bernama Ricardo Cornelius meninggal dunia selepas kenderaan berat jenis Humvee yang digunakan sebagai peralatan filem, tergelincir dari landasan lalu menghempap beliau.

Ricardo dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan.

Olivia bertindak menyaman syarikat pengendali kren tersebut yang berpusat di Afrika Selatan pada tahun 2016, menang kes tersebut dalam keputusan penghakiman pada bulan April 2020 - berjaya membuktikan dia hilang mata pencarian akibat insiden itu.

Kini tidak lagi boleh bekerja, Olivia yang sebelum itu menempa nama sebagai pelakon lagak ngeri utama bagi pelakon-pelakon wanita dalam filem seperti Star Wars - The Force Awakens, Mad Max : Fury Road, Guardians of the Galaxy dan Avengers : Age of Ultron terpaksa menerima hakikat karier beliau dalam industri hiburan telah tamat.

4. Deadpool 2

meninggal ketika pengambaran

Dalam kita seronok dan tertawa menonton filem aksi komedi Deadpool 2, produksi filem tersebut sebenarnya berdepan tragedi hitam yang sukar dilupakan.

Salah seorang pelakon lagak ngeri wanita bernama Joi Harris terbabas dalam kemalangan motorsikal semasa pengambaran, ketika memainkan watak Domino dalam filem tersebut.

kemalangan ngeri kematian deadpool 2

Adegan lagak ngeri itu memerlukan Joi menunggang pada kelajuan tinggi tanpa memakai topi keledar, merupakan kali pertama bekerja wanita tersebut bekerja dalam produksi filem.

Joi bukanlah penunggang cap ayam. Dia hadir dengan latar belakang hebat sebagai wanita kulit hitam pertama bergelar pelumba motorsikal profesional di Amerika Syarikat.

Walaupun sesi latihan selama lebih 2 hari berjaya dijalankan melibatkan 5 kali percubaan, malangnya insiden buruk menimpa produksi itu pada hari pengambaran. Joi meninggal dunia di tempat kejadian.

5. Rust

alec baldwin selepas kejadian

Insiden terbaru ini sangat mirip dengan apa yang telah menimpa Brandon Lee, tetapi kali ini situasi sebaliknya pula yang berlaku.

Pelakon terkenal Alec Baldwin ketika penggambaran filem 'Rust' di New Mexico dengan tidak sengaja tertembak dua kru produksi - pengarah fotografi Halyna Hutchins dan pengarah filem Joel Souza.

Halyna meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital sementara Joel pula berada dalam keadaan stabil, dibenarkan keluar dari fasiliti perubatan.

Pistol yang digunakan Alec ketika penggambaran masih dalam siasatan bagi mengenalpasti puncanya.

Setakat ini dipercayai pistol tersebut telah beberapa kali mengalami kegagalan fungsi. Menurut kru, pistol tersebut telah 3 kali tertembak secara sendiri mengakibatkan ketakutan di kalangan mereka yang bertugas.

Selain itu, kru produksi juga dikatakan telah bertindak memboikot penggambaran sehari sebelum kejadia, ekoran kegagalan produser filem itu menyediakan fasiliti dan ruangan kerja yang selesa untuk semua pertugas.




Hakcipta iluminasi.com (2017)