Oleh pada 04 Aug 2018 kategori

Setiap tahun, negara-negara Nordik iaitu Denmark, Finland, Iceland, Norway dan Sweden mengungguli senarai teratas sebagai negara yang mempunyai rakyat paling gembira dan bahagia di dunia.

Walaupun negara-negara ini mempunyai keadaan iklim yang ekstrem dan kekurangan cahaya matahari, namun ia tidak membuatkan mereka sedih dan tertekan.

Terdapat trend dunia baru-baru ini berkenaan dengan konsep Norway iaitu hygge, yang bermaksud menjalani kehidupan mudah dan selesa dengan dikelilingi orang yang anda sayangi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bukan Norway sahaja, malah negara-negara Nordik lain juga mempunyai resepi tersendiri untuk mendapatkan kehidupan yang bahagian, dan ia sangat berbaloi untuk dipraktikkan dalam hidup kita.

1. Sisu - Finland

warga finland mempratikkan konsep sisu

Pada tahun 2017, The Times meletakkan konsep orang Finland iaitu Sisu, dalam senarai trend utama yang berasal dari negara Scandinavia.

Perkataan ini tidak dapat diterjemahkan secara tepat ke dalam Bahasa Melayu, namun secara kasarnya ia bermakna: "Jika sesuatu perkara ini perlu dilakukan, ia akan dilakukan", dalam keadaan apa sekalipun.

Sisu membawa maksud ketahanan dan keberanian.

Ia mengajar anda bagaimana untuk menghapuskan perkataan yang tak perlu diucapkan dan emosi yang berlebihan.

Untuk merasai semangat Sisu, The Times mencadangkan anda untuk mengatakan kata-kata tertentu tanpa membuat ekspresi muka.

Namun, hal ini bukanlah cara bagaimana untuk bercakap tetapi bercakap mengenai perkara tersebut sahaja. Sisu bermakna tiada lagi perbualan tak bermanfaat, aduan, dan menunjuk-nunjuk.

Falsafah Sisu membuatkan orang Finland menghargai kesaksamaan sosial dan itulah sebabnya mereka sangat tenang, gigih dan berdikari.

2. Lagom - Sweden

konsep lagom oleh orang sweden 229

Lagom adalah kemahiran khusus yang diperlukan dalam menjalani kehidupan yang seimbang. Konsep ini diterjemahkan sebagai "sekadar cukup, tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit".

Lagom dipraktikkan di mana-mana sahaja dalam masyarakat Sweden, termasuklah dari segi ekonomi dan pengurusan perniagaan.

Konsep lagom yang sebenar bermula apabila seseorang itu meletakkan segala perkara dalam hidupnya dengan tersusun, melakukan secara terkawal dan dikelilingi oleh golongan yang mempratikkan prinsip yang sama.

Tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai.

Namun jika anda menyukai konsep lagom, cara terbaik untuk memulakannya adalah dengan diri sendiri kerana rasional pratikal tidak akan menyakiti sesiapa pun.

Untuk menjadi gembira berdasarkan prinsip lagom, adalah disyorkan untuk mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan anda, mengurangkan penggunaan tenaga dan air, mengurangkan jumlah sampah dan menggunakan semula barangan lama daripada membeli yang baru.

3. Arbejdsglæde - Denmark

konsep gembira arbejdsgl de oleh orang denmark

Keupayaan untuk menikmati apa yang anda lakukan dalam hidup anda iaitu pekerjaan anda, Arbejdsglæde, adalah satu lagi konsep kebahagian bagi orang Denmark.

Setiap tahun, perisikan pasaran dan majikan penjenamaan syarikat Universum Global menerbitkan hasil kajian untuk mengukur kepuasan pekerja dengan kerja mereka di pelbagai negara di seluruh dunia.

Seperti yang dijangkakan, negara-negara Nordik sentiasa mendahului senarai ini. Untuk mendalami konsep ini, anda harus memberikan jawapan yang jujur kepada soalan ini: "Mengapa anda bekerja di mana anda bekerja sekarang?"

Cari manfaat dan faedah dalam pekerjaan anda, cuba untuk bergaul dengan rakan sekerja dan majikan, laksanakan tugas seperti yang diharapkan dan berusaha meningkatkan kemahiran anda.

Jika semua ini dilihatkan mustahil bagi anda, maka sudah tiba masanya anda untuk memikirkan tentang menukar profesion anda.

Lagipun, menurut orang Denmark, seseorang itu benar-benar gembira apabila mereka gembira untuk pergi kerja dan mempunyai perasaan yang sama tentang pulang ke rumah pada waktu petang.

4. Friluftsliv - Norway

friluftsliv konsep orang norway

Falsafah "friluftsliv" adalah berkenaan menghabiskan masa bersendirian dengan alam semulajadi untuk kembali kepada diri sendiri yang sebenar.

Ia bukan hanya tentang mendaki bukit, tetapi idea utama adalah untuk membebaskan diri daripada tergesa-gesa dalam hal-hal am dan perkara rutin.

Kerja yang melibatkan aktiviti fizikal di kawasan terbuka juga sesuai dengan konsep friluftsliv, sebagai contoh, memotong kayu.

Lars Mitting, pengarang bukut Norwegian Wood: Chopping, Stacking and Drying Wood the Scandinavian Way menganggap memotong kayu sebagai satu amalam rohani.

Beberapa nasihat diberikan oleh orang Norway, termasuklah jangan bawa kamera dan jangan muatnaik gambar yang anda ambil ke Facebook.

Sebaliknya daki bukit atau berjalan-jalan, dan alami untuk diri sendiri.

5. Kalsarikänni

konsep kalsarik nni oleh orang finland

Kalsarikännit adalah cara orang Finland menghabiskan masa di rumah bersendirian dengan pakaian yang anda gemari sambil menikmati minuman.

Kalsarit adalah sejenis seluar dalam dan Kännit bermaksud mabuk, namun ia tidak semestinya anda menikmati alkohol, sebaliknya berasa tenang serta gembira dengan minuman yang anda minum.

Jadi, jika anda ingin menyelami konsep Kalsarikänni, apabila anda diajak ke acara yang anda tak ingin hadir, beritahu rakan anda bahawa anda ingin menghabiskan masa bersendirian di rumah dengan melalukan hal sendiri.

Orang Finland bukanlah satu-satunya yang mempunyai konsep ini, tetapi juga orang Belanda, iaitu Niksen. Niksen adalah keupayaan untuk berheat dan melakukan apa-apa tanya berasa bersalah mengenainya.

Niksen boleh menjadi penyelamat kepada ramai bagi orang yang bergelut dengan pelbagai tugas di tempat kerja dan mengalami tekanan yang tidak dapat dielakkan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)