hidup gembira 454

Tidak ada seorang pun daripada kita yang tak inginkan kebahagian hidup di dunia walaupun kita sedar hidup ini hanya sementara. Ia merupakan lumrah dalam diri manusia yang dicipta sejak azali.

Kebahagian boleh datang dari pelbagai segi dan sudut, mengikut pandangan dan perspektif seseorang. Namun, ia boleh menjadi rumit kepada mereka yang keliru dengan defnasi sebenar kebahagian.

iluminasi.com kongsikan 8 perkara yang anda perlu buang daripada hidup untuk rasa gembira.

1. Menghakimi diri sendiri dan orang lain

menghakimi diri sendiri dan orang lain

Terlalu menghakimi sendiri adalah jalan yang paling membawa anda kepada ketidakbahagiaan. Dr. Roland Alexander (Ph.D) mendakwa bahawa penghakiman diri secara negatif menghalang kita daripada mencapai potensi diri sepenuhnya dan mempunyai kuasa yang sangat merosakkan.

Berhenti daripada menumpukan perhatian kepada kelemahan anda sebaliknya mengembangkan dan menggunakan kekuatan anda.

Pada mulanya ia kelihatan seperti tak ada hubungan antara menghakimi orang lain dan hidu gembira. Namun, terdapat kaitan langsung, iaitu penghakiman adalah pantulan dunia batin anda.

Dengan mengkritik orang lain, anda menghasilkan aura negatif dalam hidup anda.

Adalah tidak menjadi masalah untuk berasa tidak bersetuju dengan orang lain, tetapi anda harus ingat orang lain tak perlukan persetujuan daripada anda untuk melakukan apa sahaja dalam hidup mereka.

2. Rasa bersalah, penyesalan dan masa lampau

tinggalkan masa lalu

Lumrah manusia sentiasa melakukan kesilapan, ia adalah cara kita hidup. Namun, jangan biarkan kesilapan-kesilapan ini menghantui minda anda dan mempengaruhi masa depan anda.

Satu-satunya perkara yang anda boleh lakukan adalah belajar daripada kesilapan-kesilapan tersebut dan jadi orang yang lebih baik.

Jika anda berbuat kesalah kepada seseorang, minta maaf dan teruskan hidup. Jangan biarkan rasa menyesal dan bersalah di masa lampau menghancurkan kegembiraan hidup anda.

3. Takut kepada yang perkara yang tidak diketahui

takut kepada yang perkara yang tidak diketahui

Bimbang tentang perkara yang anda tak familiar adalah sesuatu yang normal. Namun anda harus ingat bahawa sesuatu perkara yang baik dalam hidup sering berlaku apabila anda keluar daripada zon selesa.

Sekiranya anda sudah lama mahu mencuba melakukan sesuatu namun takut, teruskan sahaja dan cuba lakukannya, asalkan ia tidak menyalahi undang-undang dan hukum agama. 

4. Tanggapan dunia hanya ada betul dan salah

tanggapan dunia hanya ada betul dan salah

Berfikir secara keterlaluan juga merupakan sesuatu yang menghalang anda daripada mengecapi bahagia. Tiada apa yang kelihatan sama dalam dunia ini, kerana ia mengikut perspesktif masing-masing.

Apa yang baik untuk orang lain mungkin tak baik untuk anda, dan sebaliknya. Di dunia moden ini, tiada siapa pun yang benar-benar betul atau salah.

Cuba cari perkara positif dalam hidup anda, walaupun hidup anda dalam keadaan sukar.

5. Rasa cemburu

cemburu

Cemburu terhadap kejayaan atau kebahagiaan orang lain membuatkan anda tidak bahagia. Jangan bandingkan diri anda dengan sesiapa sahaja, kerana kehidupan, latar belakang dan persekitaran anda tidak sama.

Satu-satunya orang yang harus anda bandingkan dengan diri anda adalah masa lalu anda. Ingat, jika kehidupan seseorang itu nampak bahagia dan sempurna, namun ia tidak bermakna ia benar-benar apa yang anda lihat.

Cuba untuk gembira bagi pihak orang lain dan raikan kejayaan mereka. Cari inspirasi dalam kisah-kisah orang lain dan pelajari daripadanya.

6. Rasa ingin mengawal

rasa mengawal

Keinginan untuk mengawal segala-galanya dalam hidup membawa kepada peningkatan tahap tekanan dalam diri. Kehidupan adalah sesuatu yang agak spontan dan kita tidak dapat mengawal segala-galanya.

Wakilkan beberapa tanggungjawab anda kepada orang lain, dan cuba untuk lebih relax.

Perkara lain yang perlu anda buang adalah rasa ingin mengawal orang lain. Menjadi seseorang yang terlalu mengawal boleh memusnahkan hubungan dan persahabatan.

Terdapat beberapa teknik yang boleh membantu anda menangani perkara ini seperti penuhkan hari dengan aktiviti, menenangkan kegelisahan anda, menguruskan emosi anda, dan menjalani terapi.

Membuktikan bahawa anda sentiasa betul kepada semua orang juga merupakan satu cara untuk mengawal segala-galanya. Apa yang kelihatan betul kepada anda, mungkin kelihatan salah kepada orang lain.

Buang pemikiran bahawa anda perlu membuktikan segalanya kepada orang lain. Terima bahawa kita semua mempunyai perbezaan dan orang mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengan anda.

7. Media sosial

media sosial 839

Sindrom media sosial adalah penyakit serius abad ke-21. Kita bangun pagi dan perkara pertama yang kita lihat adalah telefon pintar.

Kita sentiasa berfikir tentang "like", berita terkini, komen, foto, dan lain-lain. Ini cenderung untuk membuatkan minda kita kusut dan mengalihkan perhatian kita dari apa yang benar-benar penting.

Untuk menghentikan kegelisahan media sosial dan merasakan kebahagiaan sebenar, anda harus ingat beberapa peraturan.

Matikan notifikasi anda dari semasa ke semasa, dan batasi jumlah masa yang anda digunakan untuk media sosial. Cari hobi lain dan luangkan lebih banyak masa bersama orang tersayang.

8. Kesempurnaan hidup

kesempurnaan hidup

Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri anda adalah kualiti peribadi yang hebat, tetapi anda tidak perlu menekankan untuk mencapai kesempurnaan.

Tidak ada pasangan yang sempurna, badan sempurna, pekerjaan yang sempurna, atau kehidupan yang sempurna. Tanamkan impian yang besar dan kerja keras untuk mengecapinya, tetapi jangan terlalu obses dengan idea kehidupan sempurna.

Kadang-kala media sosial boleh membuatkan seseorang itu berasa cemas dengan kehidupannya.

Anda harus ingat bahawa kehidupan orang yang kelihatan sempurna di media sosial hanyalah sebahagian daripada apa yang ingin mereka kongsi sahaja.

Hakikatnya, semua orang mempunyai susah senang sendiri. Bak kata pepatah:

"Don’t wait for the perfect moment. Take the moment and make it perfect,".


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)