Oleh pada 27 Aug 2018 kategori

kim jong un 956

Kuasa-kuasa besar dunia harus bersedia untuk segala kemungkinan. Lagipun, perang boleh meletus pada bila-bila masa sahaja dan ini membuatkan mereka perlu bersedia untuk bertarung.

Adalah berkemungkinan besar bahawa kebanyakan negara di dunia mempunyai rancangan masing-masing untuk menyerang setiap jiran mereka.

Namun, tak semua rancangan dapat dirahsiakan dengan baik. Beberapa plot-plot untuk telah terbocor membuatkannya tidak berlaku.

Pelan-pelan ini mungkin kedengaran agak gila pada hari ini namun jika perkara berlaku sedikit berlainan, ia hanya akan menjadi sebahagian daripada sejarah dunia.

6. Pelan Perang Merah: Rancangan Amerika Syarikat menyerang Kanada

pelan merah perang

Ada satu ketika di mana Amerika Syarikat tidak benar-benar yakin untuk menyebelahi pihak mana dalam Perang Dunia Kedua.

Mereka masih mempertimbangkan kemungkinan untuk mengambil peluang mengisytiharkan perang ke Great Britain dan ia akan bermula dengan pencerobohan Kanada.

Mereka menduga, jika Great Britain menyerang Amerika Syarikat, maka mereka akan meletakkan pasukan tentera mereka di Kanada. Amerika tidak mahu membiarkannya berlaku, jadi mereka akan membuat serangan pencegahan.

Rancangan mereka adalah untuk menyerang Kanada terlebih dahulu dan menguasai untuk Halifax supaya British tidak dapat menggunakannya sebagai pelabuhan.

Untuk mempercepatkannya, mereka akan mengebom bandar tersebut dengan gas beracun. Kemudian mereka akan berpindah ke Niagara Falls dan mengambil alih loji kuasa di sana.

Dari sana, serangan penuh akan berlaku di mana tentera Amerika memasuki Quebec dan Winnipeg lalu menakluki lombong nikel di Ontario Barat. Sementara itu, Tentera Laut AS akan bergerak ke selatan dan menakluk Jamaica, Bahamas, dan Bermuda.

Sebaik sahaja mereka menawan British Amerika, mereka beranggapan bahawa Great Britain akan merayu untuk berdamai. 

Satu-satunya yang menjadi kebimbangan adalah Kanada akan mengisytiharkan dirinya sebagai neutral dan enggan untuk bertempur yang mana mereka merancang untuk tidak membiarkan negara itu aman.

Jika Kanada cuba untuk tidak terlibat dalam peperangan, maka mereka perlu memberikan pelabuhan dan tanah mereka, jika tidak, Tentera Darat AS akan menyerang.

5. Rancangan Israel menyerang Iran

rancangan israel menyerang iran

Dari tahun 2010 hingga 2012, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan menteri pertahanan Ehud Barak bertemu sekurang-kurangnya tiga kali untuk membincangkan rancangan untuk menyerang Iran.

Dan rancangan tersebut terus akan diteruskan, jika ketua Angkatan Pertahanan Israel, Gabi Ashkenzi tidak mengentikan mereka.

Tiga rakaman yang menunjukkan Benjamin dan Ehud membincangkan rancangan mereka telah tersebar di Internet. Rancangan tersebut paling hampir berlaku pada tahun 2010, dengan hanya perlu meyakinkan para menteri supaya bersetuju untuk melaksanakannya.

Walaubagaimanapun, Gabi Ashkenazi berjaya mengubah fikiran mereka dengan satu ucapan yang mengasyikkan mengenai nyawa yang akan terbunuh. Namun, itu tidak dapat menghalang mereka sepenuhnya.

Pada tahun 2012, mereka merancakkan lagi rancangandan kali ini, kelihatan seperti Tentera AS akan menyokong mereka.

Mereka juga menjalankan latihan ketenteraan dalam bersiap sedia untuk serangan bersama ke atas Iran. Akan tetapi, atas alasan yang tidak diketahui, mereka akhirnya membatalkan serangan itu.

4. Rancangan Nazi menyerang Jepun

tentera nazi

Bagi Nazi Jerman, mereka tak pernah percaya bahawa pakatan mereka bersama Jepun akan bertahan selama-lamanya. Gabungan mereka adalah disebabkan oleh kemudahan dan apabila perang berakhir, perkara akan berubah.

"Cepat atau lambat," Hitler memberi amaran kepada petugasnya, "harus ada pertarungan di antara kaum putih dan kaum kuning." Dia percaya tidak akan terjadi dalam masa terdekat, meramalkan bahawa selepas 100 tahun dunia berdamai, sebelum Jepun dan Nazi bertempur.

Namun, mereka perlu bersedia untuk itu. Heinrich Himmler ditugaskan untuk memastikan tentera Nazi bersedia untuk bertarung. Kebimbangan terbesarnya adalah bahawa orang Jerman akan bertambah leka dan lemah ketika dunia sedang aman.

Dia merancang untuk mengekalkan kekuatan tenteranya dengan mengarahkan mereka meneruskan pembasmian kaum tanpa belas kasihan. Dan apabila mereka kelihatan lemah, dia akan menghantar mereka ke Siberia yang tersangat sejuk.

Namun, kuncinya adalah dengan memiliki populasi yang boleh melaksanakannya. Dia menghabiskan sedekad seterusnya dalam menjadikan orang Jerman membiak seperti "taman botani" untuk menjadikan populasi mereka sebesar yang boleh.

Apabila tiba masanya, dia meramalkan bahawa Jepun akan mempunyai tentera lebih daripada satu bilion orang dan Jerman perlu bersedia untuk menyamai jumlah ini.

Akan tetapi, semua ini tak berlaku apabila pakatan Axis tewas dalam Perang Dunia Kedua.

3. Operasi Dropshot: Pelan Amerika Syarikat mengebom Kesatuan Soviet

operasi dropshot amerika syarikat

Sekiranya sejarah hanya sedikit berbeza daripada apa yang berlaku, Perang Dingin tidak akan menjadi "sejuk" sama sekali. Ia akan menjadi satu kehancuran nuklear besar-besar yang akan menghapuskan Rusia dari peta dunia.

Pada awalnya, Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang mempunyai akses kepada senjata nuklear, dan mereka mempunyai setiap rancangan untuk menggunakannya.

Mereka menghasilkan sekurang-kurangnya sembilan rancangan berasingan untuk memusnahkan Kesatuan Soviet sepenuhnya.

Salah satu rancangan yang paling dahsyat adalah serangan mengejut melibatkan 300 bom nuklear terhadap 200 sasaran di Kesatuan Soviet.

Ia diikuti dengan pencerobohan daratan besar-besaran yang mana mereka jangkakan akan berlaku dengan begitu pantas. Malah, kerajaan Amerika Syarikat telah menentukan tarikh serangan tersebut.

Pada 1 Januari 1957, mereka akan menunjukkan kuasa nuklear mereka kepada Kesatuan Soviet.

Akan tetapi, rancangan itu dibatalkan apabila Kesatuan Soviet melancarkan ujian bom atom yang pertama. Sekiranya ujian ini tidak berlaku, atau tentera Soviet tidak mengembangkan senjata nuklear mereka, Rusia pasti tidak akan wujud seperti sekarang.

2. Projek A119: Rancangan Amerika Syarikat mengebom Bulan

projek a119

Pada tahun 1959, Angkatan Tentera AS memutuskan bahawa menyerang dan menceroboh negara-negara yang ada di Bumi sahaja tidak cukup.

Mereka akan mengambil satu langkah lagi ke hadapan, iaitu menyerang Bulan dengan senjata nukear. Sebahagian daripada rancangannya adalah untuk menjalankan eksperimen sains dan juga menakut-nakutkan Kesatuan Soviet.

Mereka mengarahkan para saintis untuk berfikir cara untuk memastikan letupan tersebut boleh dilihat dari Bumi, dan yakin bahawa Soviet akan berada dalam ketakutan jika AS meletupkan Bulan.

Walaubagaimanapun, AS tidak meneruskan rancangan tersebut kerana seseorang telah berjaya meyakinkan mereka bahawa mengebom Bulan adalah akan menjejaskan reputasi dan pandangan orang awam terhadap mereka.

Namun, mereka hampir-hampir melakukannya. Malah, mereka turut mengupah Carl Sagan datang mengejutkan untuk melakukannya. Malah, mereka juga mengupah ahli astronomi, Carl Sagan, untuk mengusahakan plot rahsia menyerang Bulan.

Dan jika mereka telah melakukannya, serangan tersebut akan berlaku sebelum mereka sempat menjejakkan kaki ke Bulan.

1. Pelan Perang Putih: Rancangan Amerika melawan rakyatnya sendiri

pelan perang putih

Semasa tempoh separuh pertama abad ke-20, Amerika Syarikat merancang untuk menyerang setiap negara di bumi-termasuk negara mereka sendiri.

Ia dikenali sebagai Pelan Perang Putih dan ia merupakan rancangan Amerika untuk menangani "gangguan dalaman". Dengan kata lain, untuk melawan rakyatnya sendiri.

Ketika itu, kesatuan pekerja di seluruh negara berjuang untuk hak buruh dan kerajaan Amerika Syarikat bimbang ia akan menghasilkan satu revolusi komunis. Pelan Perang Putih adalah rancangan mereka untuk menangani apa yang mereka sebut sebagai "pemberontakan radikal haluan kiri."

Kor Jurutera Tentera dirancangkan untuk mengambil alih setiap utiliti awam sementara Angkatan Laut pula melindungi peralatan ketenteraan dan Tentera Darat mengawasi rakyat untuk memastikan mereka berada dalam keadaan teratur.

Sementara itu, sebuah pasukan polis rahsia akan ditubuhkan di Pennsylvania, yang akan mengintip para pengacau untuk memastikan mereka bersedia untuk menghentikannya.

Mereka juga mula merancang untuk menggubal undang-undang yang membolehken mereka menembak orang awam Amerika, bila ia dapat dilaksanakan dan sejauh mana mereka boleh laksanakannya.

Dan seiring berjalannya waktu, mereka mengusahakannya semula untuk era baru. Pelan terbaru yang telah dibocorkan adalah tentera AS bakal melawan pemberontakan orang kulit hitam yang menginginkan hak-hak sivil mereka.

Rujukan:

1. Daily

2. Liverse

3. Alternate History


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)