8 fakta brutal yang ramai tak tahu mengenai perang dunia pertama

Apabila bercakap mengenai perang yang menghancurkan dan kejam, maka Perang Dunia Pertama adalah calon terbaik.

Walaupun Perang Dunia Kedua mencetuskan insiden ngeri iaitu Holocaust dan perang terkemudian seperti Perang Vietnam melihatkan cara baru untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai, namun WW1 juga menyaksikan perkara yang sama.

Banyak negara terlibat sibuk memperluaskan empayar mereka dengan membentuk pakatan dengan negara lain di Eropah pada tahun sebelumnya. Ini bermakna, dari segi bilangan populasi terlibat, banyak negara yang telah diseret ke dalam perang ini melebihi apa yang sepatutnya.

iluminasi.com ingin kongsikan 8 fakta dahsyat yang ramai tak tahu mengenai Perang Dunia Pertama.

1. Watak utama diperintah oleh 3 bersaudara

3 watak utama perang adalah bersaudara 8 fakta brutal yang ramai tak tahu mengenai perang dunia pertama

Walaupun banyak negara-negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama, namun 3 watak utama adalah Jerman, Rusia dan England. Dan apa yang lebih menariknya adalah Raja ketiga-tiga negara ini adalah sepupu! 

Malangnya ia tidak menghalang perang daripada berlaku. Raja George V dari England, Tsar Nicholas II dari Rusia dan Kaiser Willhelm II dari Jerman berasal dari keturunan yang sama, iaitu melalui Ratu Victoria dari England.

Sebenarnya ketiga-tiga pemerintah ini tidak mahu berperang kerana mengetahui betapa buruk kesannya terhadap negara-negara terlibat. Namun, ketika mana semunya sudah berada di luar kawalan, mereka sudah tidak berkuasa untuk menghalang perang ini.

Pengedar senjata yang tamak dan ketua tentera mengambil kira pendapat umum dan tanpa ragu-ragu menentukan nasib Eropah dalam perang ini. Pelbagai pakatan juga membuatkan mustahil bagi mereka untuk mengelak daripada berperang.

2. Memberi kesan kepada produk Jerman

german shepard 8 fakta brutal yang ramai tak tahu mengenai perang dunia pertama

Amerika Syarikat menyertai perang ini pada tahun 1917 apabila mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Ketika itu, bahasa Jerman digunakan secara meluas di AS dan juga diajarkan di sekolah. Namun ia telah dihentikan serta-merta.

Pengunaan bahasa Jerman diharamkan dan ia tidak lagi diajar di sekolah. Baka anjing Jerman yang terkenal seperti Daschound dan German Shepherd diubah namanya untuk melenyapkan segala kaitan dengan Jerman. Malah, makanan Jerman seperti Saur Kraut juga diberikan nama berlainan bagi menghapuskan asal-usul Jerman.

3. Membawa kepada kejatuhan beberapa empayar purba

kejatuhan empayar purba 8 fakta brutal yang ramai tak tahu mengenai perang dunia pertama

Satu masa dulu terdapat beberapa empayar yang sangat terkenal dan berkuasa di dunia seperti Empayah Uthmaniyyah, Rusia dan Jerman yang paling teruk terjejas. Ketika penghujung WW1, perjanjian telah dilakukan yang melihatkan empayar-empayar ini hilang kawasan dan sempadan yang luas di seluruh Eropah. Empayar Uthmaniyyah dikatakan mendapat kesan yang paling buruk.

Kebanyakan tanah-tanah  mereka dirampas seperti Algeria, Albania, Croatia, Greece, Hungary, Iraq, Romania dan Turki. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada senarai yang dirampas dari mereka untuk membentuk negara-negara moden.

Rusia kehilangan Poland daripada empayarnya dan menjadi negara merdeka manakala German melihat tanah di bawahnya iaitu Austria-Hungary berpecah kepada Austria, Hungar, Czechoslovakia dan Yugoslavia.

4. Kereta kebal dicipta untuk WW1

kereta kebal dicipta pada ww1 8 fakta brutal yang ramai tak tahu mengenai perang dunia pertama

Apabila bercakap mengenai kekejaman perang, cara yang dihasilkan untuk membunuh pihak musuh adalah yang paling menonjol. Antara salah satu perkakasan perang yang wajib ada pada ketika ini iaitu kereta kebal dihasilkan ketika WW1. 

Ia dihasilkan untuk membunuh pihak musuh di medan perang dalam masa yang sama menjamin keselamatan tentera. Ia juga diharapkan akan menamatkan pembunuhan besar-besaran dan kebuntuan yang dilihatkan dalam peperangan parit.

Dikenali sebagai kapal darat, penciptaan kereta kebal berjaya mencapai sasaran walaupun terpaksa berhadapan masalah kerosakan yang kerap di medan perang.

5. Letupan di Perancis boleh didengari di London

letupan yang sangat dahsyat 8 fakta brutal yang ramai tak tahu mengenai perang dunia pertama

Ketika bergelut dalam peperangan ini, pelbagai teknologi baru digunakan daripada kereta kebal sehinggalah perang kimia. Kemajuan dan perkembengan pesat dalam persenjataan ketenteraan membawa kepada cara-cara baru yang pintar dalam bertempur dengan musuh.

Salaah satunya adalah sesetengah tentera menggali terowong sedalam 100 kaki di bawah sistem parit secara rahsia. Sebaik sahaja mereka menemui parit musuh di atas parit dalam mereka, tentera tersebut akan meletakkan sebanyak bahan letupan yang boleh dimuatkan.

Apabila ia diletupkan, kesannya adalah mencetuskan malapetakan bagi pihak musuh. Salah satu letupan dahsyat adalah seperti yang berlaku di Messines Ridge di Belgium, di mana bahan letupan lebih daripada 400,000 kilogram diletupkan yang membuatkan bunyi yang tersangat kuat sehinggakan ia boleh didengari oleh penduduk di London sejauh 320 kilometer.

Ini bermakna jika letupan berlaku di Selangor, ia boleh sampai ke telinga penduduk di Pulau Pinang.

6. Tiada siapa yang memanggil perang ini sebagai "Perang Dunia Pertama"

ww1 dipanggil dengan nama lain 8 fakta brutal yang ramai tak tahu mengenai perang dunia pertama

Sebelum perang ini meletus, tiada apa-apa perang dunia pernah berlaku dalam sejarah. Ini bermakna tiada siapa yang tahu untuk menggelarkan perang tersebut sebagai perang apa ketika ia berlaku.

Mereka hanya memberikan nama lain seperti yang mereka lakukan dalam peperangan terdahulu, seperti perang Boer atau Crimea. Ketika itu, "Great War" adalah yang paling popular walaupun di Amerikaa Syarikat ia dikenali sebagai Perang Eropah.

Nama "Perang Dunia Pertama" mula menjadi popular pada tahun 1917 apabila media Amerika Syarikat menggunakannya secara meluas.

7. Negara-negara terlibat berhutang dengan Amerika Syarikat

amerika syarikat sebagai pembekal senjata api 8 fakta brutal yang ramai tak tahu mengenai perang dunia pertama

Apa yang menarik adalah sebelum WW1 bermula, Amerika Syarikat bukanlah kuasa yang terbesar di dunia. Dan ketika perang ini tamat, semuanya telah berubah. Masalah yang timbul adalah kos peperangan ini merosakkan ekonomi negara-negara terlibat.

Walaupun AS juga terlibat, namun kos terhadap ekonomi dan industri mereka tidaklah begitu teruk. Malah, AS adalah pembekal utama senjata dan peluru kepada kuasa-kuasa utama Eropah yang melihatkan mereka menjana ekonomi dengan pesat sekali.

Di penghujung perang, negara-negara yang tak mampu membayar apa yang mereka telah gunakan menyebabkan mereka berhutang dengan Amerika Syarikat.

8. Pencetus awal Perang Dunia Kedua

menyebabkan kebangkitan adolf hitler 8 fakta brutal yang ramai tak tahu mengenai perang dunia pertama

Mungkin apa yang paling sedih dan kejam mengenai WW1 adalah ia menjadi asas kepada Perang Dunia Kedua. Pada akhir Perang Dunia Pertama, Jerman tewas dan diarahkan menandatangani Perjanjian Versailles oleh negara-negara yang menang.

Ia bukan sahaja membuatkan mereka bersetuju membayar wang yang banyak untuk membantu membina semula Eropah (terlalu luas dan Jerman hanya melangsaikannya sehingga tahun 2010), tetapi juga menerima tanggungjawab penuh terhadap perang tersebut.

Sekutu tersebut percaya hukuman ini sangat keras sehingga mereka tidak berani untuk berperang lagi. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Perkara itu membuatkan Jerman mengalami kemelesetan ekonomi yang menyebabkan kebangkitan Adolf Hitler.

Beliau menekankan kebencian orang Jerman terhadap layanan terhadap mereka pada penghujung Perang Dunia Pertama dan orang ramai sukakan cara Hitler menentang ketidakadilan terhadap mereka.

Akhirnya, Hitler telah mencetuskan Perang Dunia Kedua dengan menceroboh dan menyerang Poland pada 1 September 1939.

Rujukan:

1. History

2. Britannica

3. Themo

4. BBC


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)