Oleh pada 19 Aug 2018 kategori

Tidak ramai orang yang lebih tahu betapa hampirnya dunia dengan perang nuklear, melainkan Stanislav Petrov.

Pada 26 September 1983, Stanislav membantu mengelakkan perang nuklear di antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet daripada berlaku, menggunakan kata hatinya.

Ketika itu, Stanislav baru sahaja memasuki syifnya sebagai pegawai tugas di Serpukhov-15, pusat arahan rahsia di luar Moscow yang digunakan untuk memantau satelit tentera terhadap Amerika Syarikat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Amaran serangan peluru berpandu dikeluarkan

stanislav petrov selamatkan dunia perang nuklear 241

Tiba-tiba, penggera berbunyi, memberikan amaran bahawa lima unit peluru berpandu balistik antara benua, Minuteman, telah dilancarkan dari pangkalan Amerika Syarikat.

Menceritakan kembali, Stanislav mengambil beberapa ketika untuk menyedari apa yang sedang berlaku.

"Untuk tempoh 15 saat, kami berada dalam keadaan terkejut. Kami perlu memahami apa yang berlaku, tapi, apa yang harus dilakukan seterusnya?," jelas Stanislav.

stanislav petrov muda ketika berkhidmat

Ketika itu, Stanislav berusia 44 tahun dan berkhidmat di Angkatan Pertahanan Udara Soviet semasa salah satu tempoh yang paling tegang dalam Perang Dingin di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat.

Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan enggan membekukan perlumbaan senjata. Kesatuan Soviet telah diisytiharkan sebagai "empayar jahat" dan pemimpin mereka, Yuri Andropov sentiasa takut serangan oleh pihak AS.

Pihak atasan Stanislav bertanggungjawab melaporkan sebarang serangan kepada tentera umum, yang kemudian akan melaporkan kepada Andropov mengenai tindakan balas.

Terpaksa buat keputusan besar di saat detik cemas

Stanislav terpaksa membuat keputusan sama ada untuk melaporkan peluru berpandu ini kepada atasan dan berisiko mencetuskan rangkaian tindak balas yang tidak akan dapat dipulihkan di antara kedua-dua pihak.

perang dingin antara kesatuan soviet dan amerika syarikat

Akhirnya, beliau memutuskan bahawa laporan tersebut mungkin palsu, walaupun beliau kemudiannya teringat tekaannya itu hanya 50% benar. Stanislav mendakwa bahawa beliau tidak pernah mempercayai sistem amaran awal.

Sebelum berkhidmat ketika Perang Dingin, Stanislav Petrov belajar dalam jurusan kejuruteraan diKolej Tinggi Kejuruteraan Teknikal Radio Kiev Tentera Udara Soviet.

Beliau kemudian menyertai Angkatan Pertahanan Udara dan dengan cepat dinaikkan pangkat untuk menjadi Kolonel.

Mereka yang mengenali Stanislav dan peranannya menyifatkan sikap tenang beliau untuk menghindarkan apa yang mungkin menjadi bencana.

bilik kawalan di pangkalan peluru berpandu nuklear di moscow serupa seperti tempat bertugas stanislav petrov

Walaupun komputer menegaskan bahawa ancaman tersebut berada pada tahap tertinggi, namun Stanislav kekal tenang dan memutuskan bertentangan dengan apa yang dilaporkan komputer.

Anggaran tersebut memberitahu bahawa sebaik sahaja peluru berpandu dilancarkan, hanya terdapat masa 25 minit sebelum letupan berlaku.

"Tidak ada peraturan tentang berapa lama kita dibenarkan untuk berfikir sebelum melaporkan serangan. Tetapi kita tahu bahawa setiap saat penangguhan membuatkan masa berharga lenyap, dan kepimpinan tentera dan politik Kesatuan Soviet perlu diberitahu tanpa berlengah-lengah. Apa yang saya harus lakukan adalah mengangkat gagang telefon dan menyambungkan talian dengan komander atasan, namun saya tak mampu bergerak. Saya rasa seperti saya sedang duduk di atas kuali yang sangat panas," kata Stanislav .

Walaupun beliau memutuskan untuk tidak melaporkan peluru berpandu itu, Stanislav melaporkan amaran itu sebagai kerosakan sistem.

"Saya berasa tidak sedap perut. Saya tak mahu melakukan kesilapan. Saya telah membuat keputusan, dan saya tak akan mengubahnya," tambahnya lagi.

Stanislav mengakui bahawa beliau percaya bahawa sekiranya Amerika memulakan perang, ia akan menjadi lebih parah.

"Apabila satu pihak memulakan perang, mereka tak mulakan dengan hanya 5 unit peluru berpandu," kata Stanislav.

Akhirnya, mereka mendapati bahawa terdapat kesilapan pada sistem itu. Sistem tersebut pada mulanya telah dihasilkan lebih cepat daripada yang sepatutnya kerana Amerika Syarikat memperkenalkan produk yang sama.

Itulah sebabnya Stanislav Petrov berkata dia tidak mempercayainya.

Terima anugerah sebagai penghargaan

stanislav petrov

Kolonel Stanislav Petrov menerima anugerah dari Persatuan Warga Dunia untuk perkhidmatannya di Serpukhov-15 dan dianugerahkan Hadiah Keamanan Dresden.

Pada tahun 2014, sebuah dokumentari dihasilkan mengenai beliau bertajuk "The Man Who Saved the World." Walaupun perkara ini membuatkan beliau terkenal, Stanislav Petrov berpendapat bahawa dia tidak layak mendapat perhatian.

"Saya hanya berada di tempat yang betul pada masa yang tepat," katanya. Stanislav Petrov meninggal pada usia 77 tahun di Fryazino, Rusia pada bulan Mei 2017.

Jika Stanislav tidak mengikut kata hatinya dan terus melaporkan bahawa Amerika Syarikat telah melancarkan 5 unit peluru berpandu menyerang Kesatuan Soviet, mungkin sejarah akan berubah dan dunia tak seperti yang kita diami sekarang ini.

Wallahualam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)