Gambar : Utusan
Membaca jambatan ilmu. Kita sering mendengar pepatah itu ketika berada di sekolah. Sememangnya tak dapat dinafikan adalah cara terbaik menambah ilmu dan mengembangkan minda. Orang yang kerap membaca biasanya mempunyai
Antara individu terkenal dan berjaya yang menjadikan membaca sebagai tabiat adalah manusia terkaya di dunia, Bill Gates. Beliau akan membaca sekurang-kurangnya 50 buah buku setahun. Mark Zuckerberg pula akan memaksa diri membaca 1 buku dalam 2 minggu.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com ingin berkongsi 5 negara dengan rakyat yang paling rajin membaca yang dikeluarkan oleh laporan Indeks Skor Kebudayaan Dunia.
5. Mesir
Negara timur tengah ini berada di tangga ke-5 negara paling rajin membaca, dengan purata 7 jam 30 minit seminggu bagi setiap seorang. Antara perkara yang menggalakkan budaya membaca di Egypt adalah penganjuran pesta buku yang dianjurkan setiap tahun.
Buku-buku yang paling laris di Mesir adalah ‘The Forty Rules Of Love’ oleh Elif Shafik, The Alchemist’ oleh Paulo Coelho dan The Fault In Our Stars’ oleh John Green.
4. Filipina
Filipina berada di tangga ke-4 dengan purata jam membaca sebanyak 7 jam 36 minit seminggu. Banci di Filipina menunjukkan daripada 71.5 juta rakyatnya yang berusia 10 tahun dan ke atas, 69.8 juta atau 97.5% boleh membaca dan menulis. Peratusan ini adalah sangat tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembacaan yang meningkat di kalangan rakyat Filipina.
3. China
Dengan populasi tertinggi di dunia mencecah 1.4 billion orang, China berada di tangga ke-3 dengan purata 8 jam seminggu. Jika dihitung, sebanyak 11.2 billion jam dihabiskan oleh rakyat China dalam seminggu untuk membaca.
Penjual buku atas talian terbesar di China iaitu Amazon China telah mengeluarkan Laporan Bacaan 2017 menunjukkan rakyat China minat yang berterusan dalam membaca dan terdapat trend baru dalam kalangan pembaca. Daripada 14,000 survey yang dijalankan, 56% daripadanya membaca lebih daripada 10 buah buku dalam setahun.
Ahli falsafah yang paling terkenal di China tidak lain tidak bukan adalah Confucius.
2. Thailand
Berada di tangga ke-2 negara paling banyak membaca dengan purata jam bacaan dalam seminggu sebanyak 9 jam 24 minit adalah jiran negara kita iaitu Thailand. Rakyat Thailand sememangnya rajin membaca, membuatkan ramai yang berpusu-pusu mencari buku baru dan membeli terus daripada penerbit. Mereka juga sentiasa bertemu dengan penulis dan mendapatkan tandatangan ketika berlangsungnya pesta buku Bangkok International Book Fair.
Industri ini semakin berkembang dan daripada 65 juta populasi Thailand, seramai 2.6 juta daripadanya hadir pada tahun 2013 dan 2.8 juta hadir pada tahun 2014. Trend ini semakin meningkat saban tahun membuktikan budaya membaca Thailand semakin meningkat.
1. India
Juara dunia dalam bidang membaca jatuh kepada negara dengan populasi kedua tertinggi di dunia, iaitu India. Rakyat India secara purata menghabiskan masa 10 jam 42 minit seminggu untuk membaca. Ia bersamaan 1 jam 31 minit sehari bagi setiap individu.
Menurut Menteri Pertahanan India, Manohar Parrikar, budaya membaca di kalangan rakyat India telah meningkat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun yang lalu. Walaupun kewujudan aplikasi seperti Kindle, Whatsapp dan televisyen, namun budaya membaca masih menjadi pilihan.
Rujukan :
3. Edutopia
4. China Daily
5. India Today