Oleh pada 11 Mar 2017 kategori

Anak-anak kita sebenarnya sedang menhadapi masalah sakit belakang yang agak serius, kerana menggalas beg ke sekolah secara rutin, begitulah hasil kajian University of Granada, Sepanyol di mana 43% daripada kanak-kanak yang menggunakan beg galas, mengalami masalah tulang belakang.Mereka telah mengkaji 78 pelajar daripada lingkungan umur 6 hingga 12 tahun dalam makmal biomekanik. Pelajar pula dipilih daripada pelajar yang menggunakan beg galas dan pelajar yang menggunakan beg berbentuk troli setiap hari.Menurut dapatan kajian mereka, angka selamat untuk mengetahui berat beg yang selamat adalah 17 peratus daripada jumlah berat badan individu. Dengan menggunakan perisian yang merekod pergerakan, pengkaji merekod pergerakan pelajar di bahagian badan, khasnya di bahagian lutut, bahu dan tulang belakang.Pelajar yang menggunakan beg galas didapati mempunyai pergerakan tulang belakang yang berlebihan yang memberi tekanan kepada kesemua tulang belakang yang ada.

BESARKAN TEKS     A-  A+

dsc00891

Menurut ulasan ketua pengkaji, Eva Orantes-Gonzalez, mereka telah menemui beberapa data yang membimbangkan apabila 23% pelajar sebenarnya secara rutin mengangkut beban berlebihan melebihi 17% yang disyorkan. "Menggalas beg membuatkan badan kita membengkokkan tulang belakang dan ini akan memberikan tekanan lebih kepada cakera-cakrea yang terdapat dalam tulang belakang. Mengalami masalah tulang belakang semasa kecil mampu membawa kepada penyakit yang sama ketika dewasa kelak."

1

Dalam kajian tersebut yang dikeluarkan dalam jurnal Gait & Posture, 97% pelajar setuju yang beban beg mereka dikategorikan sebagai berat dan 85% merasa penat membawa beg. Dapat disimpulkan menggunakan beg troli adalah jauh lebih baik untuk pelajar.Sebagai ibu bapa, mungkin ini adalah masa yang baik untuk menukarkan beg sekolah anak anda kepada beg jenis troli?




Hakcipta iluminasi.com (2017)