Dalam mengukur kekuatan ekonomi, biasanya perbandingan antara satu negara dengan negara lain dijadikan kaedah ukurannya. Walaupun demikian kemunculan bandar-bandar yang berkembang pesat sehingga mampu menjadi pusat ekonomi.
Keadaan ini menyebabkan banyak pakar berpendapat di masa akan datang kuasa ekonomi tidak lagi dipegang oleh sebuah organisasi berbentuk negara - sebaliknya mampu mengecil dan dipengaruhi oleh sebuah bandar atau negeri semata-mata. Adakah pandangan ini ada asasnya? Benar.
BESARKAN TEKS A- A+
Ketika ini sudah wujud banyak bandar layak dikategorikan kuasa ekonomi dunia yang besar pengaruhnya.
Berikut adalah lima bandar/negeri paling tinggi nilai keluaran dalam negara per kapita (KDNK per kapita), yang menyamai serta melebihi hampir keseluruhan majoriti negara dunia.
5. London, United Kingdom (populasi 8.98 juta)
Menyumbang hampir 22% daripada keseluruhan nilai KDNK United Kingdom, London merupakan antara pusat ekonomi terbesar dunia serta dianggap sebagai bandar paling berpengaruh dalam menentukan hala tuju dasar ekonomi dunia.
Negara manakah yang hampir setara dengan London? Belanda, Argentina, Filipina dan kita Malaysia paling dekat, tetapi terpaksa akur perlu duduk di belakang bandar tersebut secara keseluruhan.
Walaupun secara nilai KDNK yang dijadikan perbandingan hanya meletakkan London di tangga kelima, London diiystiharkan sebagai negeri/bandar paling berpengaruh dunia dalam kesemua pelbagai aspek jika budaya, pendidikan dan ekonomi dijadikan ukuran.
Berdasarkan kajian yang dijalankan London jauh meninggalkan pencabarnya seperti New York, Tokyo, Paris dan Singapura jika perbandingan lebih am digunakan.
4. Seoul, Korea Selatan (populasi 9.7 juta)
Lima tahun sebelum ini, ekonomi Seoul ibu negara Korea Selatan sebenarnya setanding dengan keseluruhan negara kita Malaysia.
Walaupun demikian selepas tahap ekonomi kita semakin menurun dan Seoul semakin meningkat, Seoul tidak lagi layak dibandingkan dengan kita. Kini, kuasa ekonomi Seoul lebih dekat dengan negara seperti Iran, Thailand, Mesir dan juga Poland, serta semakin menghampiri Australia.
Perubahan ekonomi Seoul jelas kelihatan dari aspek industri utamanya. Satu ketika dulu, industri pembuatan tekstil dan fabrik, mesin dan bahan kimia menjadi tunjang utama Seoul tetapi kini telah digantikan dengan industri berasaskan teknologi dan elektronik sebagai kekuatan paling penting.
3. Los Angeles, Amerika Syarikat (populasi 18.7 juta)
Negeri ekonomi kedua terpenting di Amerika Syarikat ini menjadi lokasi penting syarikat teknologi tinggi beroperasi, disokong kuat institusi pendidikan terkenal seperti Caltech, UCLA dan USC - menjadi tulang belakang pembangunan industri dan penyelidikan di sana.
Kekuatan ekonomi Los Angeles tidak dapat dinafikan lagi kerana jika diukur kadar KDNK-nya, Los Angeles setara dengan banyak negara seperti Belanda, Nigeria, Pakistan dan Iran. Power kan?
Lebih unik bagi Los Angeles, hasil daripada kegiatan pertanian yang telah diamalkan masyarakat mereka sejak dahulu lagi - Los Angeles merupakan negeri paling tinggi tahap pengeluarannya dalam bidang pertanian meliputi keluaran seperti sayur-sayuran, buah, kekacang, benih dan juga jerami.
2. New York, Amerika Syarikat (populasi 20.15 juta)
Jika anda orang Indonesia dan anda tahu hubungan New York dengan sejarah republik itu, pasti sukar untuk menggambarkan bagaimana New York telah berkembang menjadi bandar kedua terpenting dalam aspek ekonomi dunia.
Sebagai pusat ekonomi terbesar di Amerika Syarikat, negeri ini juga mempunyai reputasi sebagai pusat kegiatan kewangan paling penting dunia. Negara manakah yang hampir setara kekuatan ekonominya dengan New York?
Kanada, negara kedua terbesar di dunia dalam aspek keluasan tanah! Bagaimana New York melakukannya? Negeri ini menjadi lokasi dua pasaran saham terbesar dunia dan bandar Manhattan yang duduk di dalamnya, merupakan antara hab ekonomi dunia terpenting menjadi kawasan paling tinggi bilangan pejabat di Amerika Syarikat.
1. Tokyo, Jepun (populasi 37.35 juta)
Dalam tahun 2022, Korea Selatan secara statistiknya kekal memintas Jepun dari aspek KDNK per kapita selepas kali pertama berjaya melakukannya dalam tahun 2018. Situasi ini dijangkakan berpanjangan sehingga tahun 2026, disebabkan oleh kelembapan dan kelemahan ekonomi yang dialami Jepun.
Walaupun demikian jika nilai KDNK per kapita Tokyo sahaja dijadikan ukuran, keseluruhan ekonomi Korea Selatan ketika ini sebenarnya hampir setara dengan ibu negara Jepun itu; menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Tokyo dalam mendokong pembangunan negaranya.
Tokyo adalah bandar/negeri paling kuat dalam aspek ekonomi, ketika ini mempunyai nilai KDNK yang sebenarnya sangat mirip dengan keseluruhan Korea Selatan yang menduduki tangga ke 14 dalam perbandingan antara negara.
Manakala Jepun sebagai sebuah negara jika dikira dalam kiraan keseluruhan, duduk di tangga ke 4 berbanding semua negara-negara dunia.
Rujukan