Oleh pada 24 Jul 2017 kategori

Setiap negara mempunyai undang-undang mereka yang tersendiri yang wajib dipatuhi oleh penduduk yang berada di negara tersebut. Undang-undang ini dicipta bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat agar mereka berasa selesa dan selamat untuk berada di negara masing-masing. Namun, tahukah anda bahawa terdapat segelintir negara yang memiliki undang-undang yang pelik?

1. Burundi : Jogging

jogging berkumpulan

burundi merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan timur Afrika. Pada bulan Mac 2014, presiden negara tersebut, Pierre Nkurunziza, telah mengharamkan aktiviti berjoging secara berkumpulan kerana beliau mendakwa bahawa aktiviti tersebut merupakan satu rancangan subversive atau ingin menimbulkan kekacauan dan masalah.

2. Romania : Scrabble

scrabble

Sudah tentu anda pernah mendengar permainan scrabble, satu permainan yang terkenal suatu ketika dahulu. Pada era 80-an, presiden negara Romania, Nicolae Ceausescu, telah mengharamkan permainan ini di negara tersebut. Hal ini demikian kerana beliau mendakwa permainan tersebut "terlebih intilektual". Namun, kini negara tersebut tidak lagi mengharamkan permainan scrabble dan mereka bermain Russian Scrabble dan telah menjadi tuan rumah untuk permainan tersebut pada tahun 2014.

3. Amerika Syarikat : Coklat yang mempunyai hadiah di dalamnya 

kinder surprise

makanan ringan kanak-kanak seperti Kinder Joy yang terdapat di Malaysia merupakan salah satu daripada makanan yang telah diharamkan di negara Amerika Syarikat. Undang-undang ini telah dilaksanakan kerana kebimbangan mereka bahawa kanak-kanak akan mudah tercekik kerana mereka akan menyangka bahawa mainan yang mereka dapat bersama-sama dengan coklat tersebut merupakansesuatu yang boleh dimakan.

4. Iran : rambut "ponytails" untuk lelaki

ponytail

Di negara Iran, gaya rambut yang panjang dan diikat di bahagian belakang (ponytail) adalah satu gaya rambut yang diharamkan di negara tersebut. Pada tahun 2010, negara tersebut juga telah mengharamkan gaya rambut yang terlalu berduri dan gaya rambut Mullet.

5. Korea Utara : Seluar jeans bewarna biru

jeans bewarna biru

seluar jeans merupakan salah satu pakaian kegemaran bagi lelaki mahupun wanita. Namun di negara Korea Utara, seluar jeans yang bewarna biru adalah diharamkan kerana ia menyerupai budaya warga Amerika Syarikat, iaitu negara musuh mereka. Oleh hal yang demikin, pemerintah mereka telah mengharamkan warna pakaian tersebut untuk digunakan oleh penduduk di negara tersebut.

6. Korea Selatan : Permainan video online selepas tengah malam

permainan video

satu undang-undang yang digelar "The Shutdown Law" merupakan undang-undang yang dilaksanakan sejak tahun 2011 yang melarang penduduk Korea Selatan yang berumur 16 tahun dan ke bawah untuk bermainan permainan video online bermula tengah malam sehingga jam 6 pagi. Namun, pihak berkuasa telah memutuskan untuk bertolak ansur dengan peraturan ini sekiranya diminta oleh ibu bapa. Peraturan ini bertujuan untuk mengelakkan ketagihan kanak-kanak di negara tersebut terhadap permainan video.

Sekiranya salah satu undang-undang di atas dilaksanakan di negara kita, undang-undang yang manakah yang akan menyebabkan anda berasa tidak gembira? 

Sumber rujukan :

buzzfeed.com


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)