Perasan tak di antara 195 buah negara yang ada, wujud beberapa persamaan antara nama negara-negara yang ada sehingga mampu menimbulkan kekeliruan.

Nama seperti ROC dan PRC, Austria dan Australia atau Iran dan Iraq, seringkali dikelirukan kerana mempunyai ejaan yang serupa atau hanya ada sedikit perbezaan.

Pasti ada sebab kenapa negara-negara ini mempunyai nama yang hampir serupa kan? Ya, memang ada.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Turki dan Turkmenistan

turki dan turkmenistan asal etnik sama

Turki merupakan negara pertama di dunia mengiktiraf Turkmenistan. Ini kerana sejarah panjang dua negara tersebut datang dari susur galur yang sama iaitu etnik Turkmen.

Bagaimanapun penghijarahan orang Turk membentuk dua keturunan berbeza, yang dibezakan melalui pembukaan dua empayar utama iaitu Empayar Seljuk yang kini lokasinya di Turkmenistan dan Empayar Uthmaniyah yang dibuka di bahagian Turki kini.

2. Republik China dan Republik Rakyat China

kenapa ada roc dan prc china

Sehingga kini wujud dua buah negara yang mengakui mereka negara orang China. Satu di Taiwan, dikenali dengan nama Republik China (ROC) sementara satu lagi di China, yang menggunakan nama Republik Rakyat China atau PRC.

PRC tidak mengiktiraf kewujudan ROC, sementara ROC pula mahu PRC mengiktiraf kewujudan mereka.

Taiwan ditubuhkan selepas kerajaan pada ketika itu kalah dalam perang saudara, bertindak melarikan diri ke Pulau Taiwan dan berjaya membangunkan pulau kecil itu menjadi salah satu pusat ekonomi dunia yang sangat penting.

3. Republik Congo dan Republik Demokratik Congo

congo dan drc congo berlainan

Ekoran campur tangan penjajah, masyarakat Congo akhirnya terpecah dua. Pada awalnya Kongo merupakan sebuah empayar yang menakluki kesemua kawasan.

Perebutan jajahan antara penjajah Perancis dan Belgium yang berlaku, membahagikan Kongo kepada dua.

Sehingga kini sempadan itu kekal dan Republik Congo dibentuk daripada kawasan yang dijajah Perancis sementara Republik Demokratik Congo dibentuk oleh bekas jajahan Belgium.

4. Australia dan Austria

australia austria jauh benua berbeza

Nama Austria dan Australia walaupun hampir serupa, saling tidak berkait. Austria dinamakan sebegitu kerana kedudukannya yang terletak di bahagian timur Bavaria, yang pada ketika itu menguasai kawasan tersebut.

'Ostrerrreich' dalam bahasa Jerman digunakan bagi merujuk Austria yang membawa makna 'jajahan dibelah timur,' sebelum ejaannya diubah kepada ejaan sekarang.

Nama 'Australia' pula diambil daripada istilah Latin gelaran yang digunakan pengkaji Eropah zaman dahulu, dalam mewakili benua yang terletak di bahagian selatan ekuator bumi 'Terra Australis Incognita'.

Nama 'Australia' digunakan semasa pentadbiran Gabenor Lachlan Macquarie, dimulakan penggunaannya pada tahun 1817.

5. Slovenia dan Slovakia

nama slovenia slovakia

Kedua-dua negara ini mempunyai nama, bahasa dan bendera yang hampir sama - kerana kedua-duanya berkongsi sejarah yang sama walaupun terletak jauh antara satu sama lain.

Slovenia merdeka daripada Yugoslavia pada tahun 1991 sementara Slovakia pula berjaya bebas daripada Czechoslovakia pada tahun 1993.

Kedua-dua negara yang kini berbeza, mempunyai perkongsian sejarah panjang sejak dahulu lagi tetapi mempunyai satu persamaan ketara - etnik Slavs menjadi majoriti penduduk asal kedua-dua negara.

Orang Slovakia memanggil negara mereka Slovensko sementara di Slovenia, negara mereka digelarkan Slovenija.

6. Niger dan Nigeria

nigeria niger dua negara berbeza

Niger dan Nigeria berkongsi sempadan, dengan Niger merupakan negara yang lebih besar berbanding kedua-duanya. Bagaimanapun dari segi ekonomi, Nigeria jauh mendahului Niger.

Kedua-duanya dinamakan sempena nama Sungai Niger yang merentasi kedua-dua negara, jadi penduduk di situ di namakan sebagai 'Niger' (sebutannya 'neejair').

Apa yang membezakan kedua-dua negara adalah bahasa sebutannya. Niger yang dijajah mempunyai pengaruh Perancis, sementara Nigeria pula dijajah Britain.

Niger berjaya mengekalkan nama asal mereka. Sementara wakil Britain yang menakluki bahagian Niger di selatan, Royal Niger Company memperkenalkan istilah 'Nigeria Utara' dan 'Nigeria Selatan' bagi memudahkan urusan pentadbiran mereka dan Perancis di situ.

7. Iran dan Iraq

nama iran iraq serupa

Sesuatu yang perlu kita fahami tentang nama kedua-dua negara ini, sebenarnya jauh berbeza antara satu sama lain dari segi sebutan bahasa asalnya.

Hanya kerana dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, ejaannya kelihatan serupa membuatkan kita sering terkeliru dengan nama keduanya.

Nama 'Iran' dipercayai datang daripada perkataan 'airyanam', diambil daripada bahasa lama orang Iran yang telah dimodenkan semasa pemerintahan Raja Ardashir I sekitar abad ke 3.

Nama 'Iraq' pula dipercayai datang daripada nama lama bandar Uruk atau istilah 'Araqa', yang membawa makna 'bandar yang subur.'

Perbezaan cara sebutan asalnya menjadi perbezaan utama. 'Iran' disebut 'ee-rohn' sementara Iraq pula disebut 'eh-raq.'




Hakcipta iluminasi.com (2017)