Bilakah kali terakhir anda ke kedai buku?

Kedai buku pada masa kini bukan hanya menjual buku, tetapi juga majalah, alat tulis dan pelbagai barangan lain. Kini, anda juga boleh membeli buku secara dalam talian sahaja atau beli buku digital yang boleh dimua turun ke peranti anda untuk dibaca  mana-mana sahaja. 

Ia adalah satu proses yang sangat asing dan belum wujud kepada peminat buku berabad-abad yang lalu. Satu-satunya pilihan mereka ialah meneliti rak buku dan membeli buku fizikal daripada kedai buku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun buku dalam bentuk tanpa kertas telah menghasilkan kira-kira 3.2 bilion dolar dalam jualan, buku fizikal masih banyak dicetak dan diminati pembaca buku tegar. Malah, terdapat lebih banyak kedai buku di dunia sekarang berbanding tahun 1930. Di Amerika Syarikat sahaja, terdapat lebih 10,000 kedai buku wujud.

Kali ini, mari lihat 5 kedai buku terawal dunia. Menariknya, 4 daripadanya masih lagi beroperasi dan menjalankan perniagaan hingga ke saat ini. Pasti banyak buku nadir yang dijual ke kedai-kedai buku ini yang sukar ditemui di mana-mana tempat lain di dunia ini.

5. Morpurgo - 1860

morpurgo

Morpurgo membuka pintunya yang sederhana pada Julai 1860. Ia adalah cetusan idea pemimpin intelektual Croatia, Vid Morpurgo. Kedai buku ini dibuka dengan misi untuk menjadikannya sebagai "dataran rakyat" Split, bandar asalnya.

Vid Morpurgo adalah seorang pemimpin intelektual, jadi adalah wajar baginya untuk mengasaskan pusat intelektual bandarnya. Morpurgo bukan sahaja mengumpul dan menjual teks dari seluruh Eropah, malah beliau mengadakan mesyuarat setiap hari di kedai tempat semua cendekiawan bandar itu berkumpul untuk membincangkan hal ehwal semasa kawasan itu.

Suasana mesra Morpurgo termasuk bilik bacaannya adalah penting kerana tiada perpustakaan di Croatia pada masa itu. Pada tahun 1862, Vid Morpurgo menggunakan kedai bukunya untuk melancarkan akhbar, "Il Nazionale". Ini mengukuhkan reputasinya sebagai penjaga sastera wilayah Dalmacia.

Selepas kematian Vid Morpurgo pada tahun 1911, beberapa ahli keluarga mengambil alih penyimpanan kedai bukunya. Kedai itu telah dirampas oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1947. Selepas kemerdekaan Croatia daripada negara komunis, kedai buku ini diswastakan sekali lagi dan berdiri di bawah nama Luka Botic. Pada 2017, kedai itu terpaksa ditutup, keputusan yang ditangisi oleh pencinta sastera di bandar itu.

4. Librairie Galignani - 1801

librairie galignani

Librairie Galignani ialah kedai buku Inggeris tertua di negara Eropah di luar UK. Dimulakan oleh keluarga Galignani sebagai sebahagian daripada empayar penerbitan mereka, kedai buku ini merupakan pengembangan kepada rumah penerbitan di Rrue Vivienne.

Seni bina yang mewah dan perkhidmatan bahasa Inggeris menarik ramai ekspatriat Amerika dan Inggeris serta intelektual dan artis Paris. Keda buku ini menjadi lokasi tetap para elit sastera bertemu di salah satu daripada dua bilik mesyuarat di dalam kedai.

Keluarga Galinani mula menerbitkan akhbar harian yang membawa lebih banyak trafik ke kedai buku mereka. Pada tahun 1856, kedai buku ini telah dipindahkan buat kali pertama ke lokasi sekarang di rue de Rivoli. Ia terletak di antara Muzium Louver dan La Place de la Concorde.

3. Hatchards - 1797

hatchards

Hatchards ialah kedai buku tertua di United Kingdom. Diasaskan di jalan Piccadilly yang terkenal di London oleh ahli perniagaan John Hatchard, kedai buku ini bertahan di dua lokasi dan banyak pemilik berprofil tinggi. Hatchard berkembang daripada koleksi buku yang kecil daripada penjual buku abad ke-18 yang terkenal, Simon Vandenbergh.

Ia menyimpan p

elbagai jenis kesusasteraan British dan asing, daripada klasik hingga buku terlaris moden. Kredit kepada pilihannya yang luas, Hatchards ialah institusi British yang digemari oleh pihak Diraja UK. Pengesahan unik Hatchards oleh kerabat Diraja British ini dibuktikan oleh tiga waran Diraja yang kini dipegang oleh kedai buku ini.

Selama lebih dua abad, Hatchards menikmati jualan dan kejayaan yang berkembang pesat di salah satu jalan paling terkenal di London. Ia hanya berpindah sekali ke lokasi tetapnya di jalan 187 Piccadilly. Pada tahun 1956, kedai buku ini telah dibeli oleh William Collins, Sons. Kemudian, Pedagang sastera yang dikenali sebagai Pentos membelinya pada tahun 1991.

Pentos pulah telah diambil alih oleh Waterstones. Oleh itu, Hatchard kini secara rasminya dimiliki dan dikendalikan oleh Waterstones.

2. Moravian - 1745

moravian

Kedai Buku Moravian, terletak di tengah-tengah Bethlehem, Pennsylvania ialah kedai buku tertua yang beroperasi secara berterusan di Amerika Syarikat. Ia terselamat daripada dua pemindahan lokasi termasuk berpindah ke lokasi asalnya.

Pada tahun 1745, Samuel Powell, pemilik Crown Inn telah dilantik untuk menjalankan perniagaan kedai buku baru untuk Gereja Moravian. Walaupun pada mulanya kedai itu hanya menjual teks agama, ia dengan cepat berkembang menjual teks sekular juga.

Gereja Moravian juga mempunyai bangunan penerbitan di Bethlehem. Kedai buku itu telah dipindahkan ke lokasi itu pada tahun 1871. Semasa di sana, ia lebih rapat dengan gereja berbanding sebelmnya. Apabila kedai buku itu diambil alih oleh Kolej Moravian, lokasinya berubah sekali lagi.

Walaupun kolej itu masih memiliki Kedai Buku Moravian, ia baru-baru ini memindahkan pengurusan kepada Barnes & Noble, rangkaian kedai buku utama di AS. Tindakan ini menimbulkan beberapa kontroversi dalam kalangan penduduk tempatan yang percaya bahawa kedai buku itu akan kehilangan identiti sejarahnya.

1.   Bertrand - 1732

bertrand

Terletak di tengah-tengah Lisbon, Portugal ialah kedai buku Bertrand, juga dikenali sebagai Livraria Bertrand. Ia dibuka oleh Pedro Faure, seorng usahawan Portugis yang kemudiannya menjual kedai itu kepada keluarga Bertrand. Bertrand memegang gelaran kedai buku tertua di dunia dalam Guinness Book of World Records.

Kedai buku yang berusia lebih dua abad telah berkembang menjadi syarikat penerbitan dan mesin cetak sendiri. Hari ini, Bertrand ialah rangkaian kedai buku popular di seluruh Portugal. Kedai ini bermula sebagai sebuah kedai kecil di tengah-tengah Rua Direito do Loreto.

Seni bina dalaman yang rumit dan koleksi kesusasteraani yang luas menarik pengarang paling terkemuka di Portugal, seperti Alexandre Herculano, Eca de Queiros, dan Oliveira Martins. Pada tahun 1755, lokasi asal Kedai Buku Bertrand telah musnah akibat gempa bumi.

Lapan belas tahun selepas membina semula kedai buku ini, adik-beradik Bertrand memindahkannya sekali lagi ke Rua Garrett, di mana ia masih berdiri sehingga kini.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)