Walaupun Microsoft merupakan syarikat yang kukuh pada masa kini dalam bisnes sistem operasi komputer, mereka turut mengalami kesukaran dan kegagalan pada peringkat awal. Microsoft membangun dan melancarkan sistem pengendalian pertamanya bernama Windows, mencabar sistem operasi sedia ada di pasaran.

Microsoft Windows, juga dipanggil Windows OS, dibangunkan untuk dijalankan pada komputer peribadi dan menampilkan antara muka pengguna grafik (GUI) pertama sebelum syarikat itu berkembang ke pasaran dan sektor industri pengkomputeran yang berbeza.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menariknya mereka adalah syarikat perisian pertama yang mencapai pendapatan $1  bilion. Kali ini, mari lihat 7 sistem operasi Windows terawal yang dikeluarkan oleh pihak Microsoft. Kami percaya, rata-rata pembaca Iluminasi tidak pernah mengetahui kewujudan sistem operassi WIndows versi-versi awal ini.

7. Windows XP

windows xp

Windows XP mungkin merupakan sistem operasi dari Microsoft yang paling ikonik, dengan enam nama kod dan enam keluaran berbeza. Yang pertama, Whistler, pada Oktober 2001, dan yang terakhir, Anvil, pada Mac 2005. Ia dibangunkan berdasarkan Windows 2000 dengan membperkenalkan elemen lebih mesra pengguna.

Windows XP adalah sistem operasi paling lama dikeluarkan Microsoft dengan hampir 14 tahun sokongan rasmi diberikan untuknya. Windows XP ialah singkatan untuk “experience" (pengalaman) kerana Microsoft menggunakan kesilapan dan pengetahuan sebelumnya untuk mencipta program mereka yang paling dikenali ini.

Masih terdapat lebih 5,000,000 salinan Windows XP dalam penggunaan, termasuk kebanyakan ATM (mesin juruwang automatik) yang masih berjalan pada XP.

6. Windows 2000/ME

windows 2000

Windows 2000 mempunyai empat edisi: Professional, Server, Advanced Serves dan Datacenter Server, menyasarkan pasaran yang berbeza. Microsoft mempromosikan Windows 2000 sebagai "versi Windows yang paling selamat," tetapi sistem itu diserang virus sepanjang masa sehingga mencapai penghujung sokongan pada Julai 2010.

Windows ME dikeluarkan pada tahun yang sama dengan '2000 dengan ciri yang hampir sama. Mereka adalah sistem pertama yang menyertakan fungsi hibernasi dan sokongan bahasa yang dipertingkatkan. Pakej profesional menyulitkan data sensitif dalam program yang lebih selamat.

5. Windows 98

windows 98

Tiada apa-apa perubahan besar dengan Windows 98 berbanding pendahulunya '95, selain daripada penambahan baharu dan boot terus ke Windows. Sokongan USB pada versi adalah lebih baik, serta penambahan program pemain DVD. Untuk Windows 98. Microsoft menumpukan pada membetulkan pepijat berkaitan prestasi dan menambah baik visualnya.

Windows 98 tidak dipasarkan sebagai versi dipertingkatkan melainkan versi lebih baik bagi Windows 95. Edisi Kedua dikeluarkan pada tahun 1999 sehingga sokongan rasmi terhadapnya tamat pada Julai 2006. Outlook Express dan bar alamat dalam Windows Explorers adalah antara tambahan yang paling ketara dalam versi Windows 98 ini.

4. Windows 95

windows 95 screenshot

Walaupun Windows NT 3.5 sudah menggunakan sistem 32-bit, Windows 95 dianggap sebagai sistem penting pertama daripada keluarga Windows 9x yang mempunyai seni bina 32-bit. Sistem ini telah mereka bentuk semula antara muka penggunanya, menambah "Start Menu" dan "Taskbar"/

Windows 95 juga merupakan sistem pertama yang "boot" komputer terus ke dalam Windows, dan bukannya memuatkan dalam MS-DOS. Sistem '95 mempunyai kemas kini setahun kemudian dalam versi Windows NT 4.0 sebelum digantikan pada tahun 1998 oleh Windows 98.

Windows 95 secara rasminya diperkenalkan pada tahun 24 Ogos 1995 namun sokongan rasmi terhadapnya telah dihentikan pada 31 Disember 2001.

3. Window 3

window 3

Windows 3.0 ialah versi pertama dengan dua Edisi: Windows 3.00a dan 3.0 dengan Sambungan Multimedia. Versi ini termasuk antara muka pengguna grafik baharu dengan ikon boleh klik dan sokongan multimedia untuk rakaman bunyi dan main semula. Microsoft mula mendapat perhatian ramai selepas keluaran ini.

Microsoft mempunyai kejayaan dengan Windows 3.0, berjaya menjual 10 juta salinan dalam masa dua tahun sahaja. Mereka dipuji kerana dapat melakukan banyak tugas pada satu-satu masa dengan lebih baik dan memori komputer yang diperluaskan, yang memanjangkan memori 1MB yang terhad. Permainan bergerak kad Solitaire telah diperkenalkan melalui versi ini juga.

Tarikh keluaran rasmi Windows 3.0 adalah 22 Mei 1990 dan sokongan terhadapnya telah dihenikan secara rasmi pada 31 Disember 2001. 

2. Windows 2

windows 2

Windows 2.0 ialah versi utama kedua yang dikeluarkan oleh Microsoft pada Disember 1987. Tiada apa-apa perubahan yang ketara daripada versi Windows asal kerana syarikat itu masih berusaha untuk menyempurnakan program tersebut. Ia merupakan platform pertama yang menyertakan fungsi tingkap bertindih, seperti yang dilihat dalam gambar di atas.

Versi ini mempunyai empat keluaran sehingga 1990, apabila Windows 3.0 keluar. Selain program bertindih, Microsoft memperkenalkan ikon desktop, pintasan papan kekunci dan mengubah saiz aplikasi. Microsoft juga menambah Microsoft Word dan Excel pada versi ini.

Windows 2.0 dikeluarkan secara rasmi pada tarikjh 9 DIsember 1987 dan dihentikan sokongan pada 31 Disember 1987.

1. Windows 1

windows 1 0

Windows 1.0 ialah versi Windows tertua dan keluaran utama pertama Microsoft. Microsoft mengumumkan versi Windows pertama bernama Interface Manager pada tahun 1983 tetapi menukar namanya kepada Windows 1.0 sebelum dilancarkan pada November 1985. Pada tahun berikutnya, versi ini tiba di pasaran Eropah.

Windows 1.0 dikeluarkan secara rasmi pada 20 November 1985 dan dihentikan sokong pada 31 Disember 2001. Windows 1.0 menyertakan beberapa program yang masih digunakan hari ini, seperti Calculator, MS Paint, Notepad, Clipboard dan Control Panel.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Hongkiat
  3. The Verge



Hakcipta iluminasi.com (2017)