Oleh pada 08 Feb 2018 kategori

Terdapat percanggahan pendapat tentang galeri buku yang manakah yang tertua di dunia. Tempat-tempat yang bersejarah ini adalah lokasi yang perlu dilawati oleh pengumpul-pengumpul buku. Rekod Dunia Guiness telah mengiktiraf Bertrand Bookstore di Lisbon, Portugal sebagai yang tertua tetapi Moravian Book Shop di Bethlehem, Pennsylvania mungkin boleh menyangkal pengiktirafan tersebut.

galeri bertrand

Bertrand Bookstore di Lisbon, Portugal dibuka pada tahun 1732 oleh Peter Faure. Terletak di nadi Lisbon, bersebelahan dengan Opera, galeri buku ini dianggap sebagai yang tertua di dunia dan diberi pengiktirafan tersebut oleh Rekod Dunia Guiness pada tahun 2011.

Gempa bumi dahsyat di Lisbon pada tahun 1755 telah memusnahkan hampir keseluruhan bandar tersebut termasuk binaan asal galeri ini. Galeri ini terpaksa berpindah ke lokasi baru, tetapi selepas 18 tahun, pada tahun 1733, Joseph Bertrand telah membeli semula galeri ini yang kini dibina semula sebagai Lisbon Baixa. Kemudian lahir pula The Livraria Bertrand Bookstore sebagai premis sokongan kepada Bertrand Bookstore dengan lebih 50 cawangan di seluruh Portugal. Premis sokongan ini memiliki media cetaknya sendiri, bengkel untuk cetakan dan penulisan, malah turut memiliki jenis tulisannya yang tersendiri. Tulisan ini dipamerkan dengan jelas pada papan tanda di hadapan galeri tersebut.

suasana di dalam galeri bertrand

Pada hari ini, lokasi kegemaran pelancong tersebut telah menambah kafe dan ruang untuk sebarang aktiviti kebudayaan. The Bertrand Bookstore menjual buku dalam bahasa Inggeris, Portugal, Sepanyol dan Perancis. Sebagai tambahan, servis ebooks turut disediakan dalam bahasa Portugal dan bahasa Inggeris.

Walaupun diiktiraf oleh Rekod Dunia Guiness, gempa bumi yang telah menghentikan operasi galeri Bertrand untuk satu tempoh telah mencetuskan beberapa debat tentang fakta ini.

Moravian Bookshop di Bethlehem, Pennsylvania yang dibuka pada 1745 adalah galeri buku tertua di Amerika Syarikat. Menurut laporan The Guardian, lokasi ini boleh dianggap sebagai galeri tertua di dunia yang beroperasi secara berterusan. Diasaskan oleh Samuel Powell, galeri asalnya banyak menempatkan teks-teks keagamaan. Galeri tersebut telah bertukar lokasi beberapa kali, termasuk di Philadelphia dimana mereka menjual dan mencetak buku-buku.

moravian book shop

Galeri ini yang satu ketika hanya sebuah kedai buku yang kecil telah berkembang sehingga 15,000 meter persegi dan membuka cawangan kedua di Allentown.

Jika anda sedang meneliti satu lorong yang mengandungi lebih dari 10,000 buah buku, dan anda berasa lapar ketika sedang menyemak helaian-helaian buku-buku tersebut, terdapat kaunter makanan dengan makanan-makanan yang berkualiti tinggi disediakan di dalam Moravian. Galeri tersebut juga terkenal dengan penjualan dekorasi tradisional untuk sambutan Krismas di Jerman yang digelar Moravian Star. Setiap tahun galeri tersebut menjual beratus-ratus hiasan bintang yang mempunyai 26 bucu ini yang turut dipanggil sebagai Advent Stars. 

galeri buku moravian

Jadi, galeri buku manakah yang tertua? Dalam situasi ini, apa yang boleh dilakukan adalah pergi melawat kedua-duanya. Sementara itu, anda juga boleh melawat galeri Korn & Berg di Jerman. Ia adalah galeri buku tertua di Jerman yang mempunyai sekumpulan penyokong setia yang tegas menyatakan bahawa ia adalah galeri yang tertua di dunia. Diasaskan pada tahun 1531 oleh Johann Ott, 39 tahun selepas Colombus menjumpai Amerika, sebuah laman sesawang mendedahkan penerangan terperinci tentang sejarah kedai tersebut dan peristiwa utama yang berlaku di Jerman dari semasa ke semasa.

galeri korn berg

Samada anda memilih Bertrand, Moravian ataupun Korn & Berg, mungkin tidak salah untuk mengatakan banyak francais-francais galeri atau kedai buku yang terkenal pada hari ini masih berjuang untuk kekal dalam dunia perniagaan, adalah sesuatu yang menakjubkan untuk melihat ketiga-tiga galeri yang penuh bersejarah ini masih kekal utuh beroperasi. 

Rujukan : www.completeset.com


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)