Roller coaster ialah antara tarikan terbaik di mana-mana taman hiburan malah ramai orang mengembara ke seluruh dunia untuk menaiki setiap coaster yang ada. Kebanyakan rekabentuk roller coaster pada hari ini memberikan pengalaman yang "menakutkan" buat pengunjung yang menaikinya.

Sementara itu, pada peringkat awal rekabentuk roller coaster sebenarnya lebih santai dan perlahan. Kebanyakan roller coaster tertua dan terawal diperbuat daripada kayu dan mencapai kelajuan tidak lebih daripada 72 km/j.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kesemua roller coaster ini bermula pada awal abad ke-20 dan kebanyakannya telah beroperasi secara berterusan sejak itu. Selain itu, walaupun semua roller coaster ini telah diubahsuai, semuanya masih mengekalkan pengalaman yang sama ketika menaikinya. 

5. Jack Rabbit - 1920

jack rabbit 935

Roller coaster Jack Rabbit pertama kali dibina oleh John A. Miller dan Harry C. Baker pada tahun 1920 di Kennywood Park di Pennsylvania. Roller coaster ini dibina tidak lama selepas Miller mempatenkan reka bentuk trek baharu dimana semua roller coaster kayu yang dibina sejak itu telah menggunakan rekabentuk yang sama.

Reka bentuk Miller membenarkan dia meletakkan jatuhan 70 kaki (21 meter) pada Jack Rabbit, yang merupakan kejatuhan tertinggi di dunia pada masa itu. Roller coaster Jack Rabbit yang digunakan kini hanya bermula pada tahun 1951 dan telah direka oleh Edward Vettel, Sr.

Apabila kereta api yang lebih baharu mula-mula ditambah, terowong popular Jack Rabbit terpaksa dialihkan, tetapi ia telah ditambah kembali pada 1991 namun kepanjangannya telah dikurangkan.

4. The Wild One - 1917

the wild one

The Wild One di taman tema Six Flags America sebenarnya tidak diperkenalkan ke taman tema itu sehingga 1986. Walau bagaimanapun, Wild One pada asalnya dibuka pada tahun 1917 sebagai Giant Coaster di Paragon Park di Hull, Massachusetts.

Paragon Park ditutup pada tahun 1985, tetapi berjaya menjual Giant Coaster kepada Wild World, yang kini menjadi Six Flags America. Menurut ahli sejarah taman hiburan, satu-satunya bahagian Wild One yang mungkin asli ialah kereta api, motor dan rantai lif.

Paragon Park juga telah menyerahkan pelan rekabentuk asal, jadi Six Flags membina semula roller coaster terrsebut mengikut spesifikasi asal. Walan roller coaster kayu lama mahal dan sukar untuk diselenggara, taman itu tidak merancang untuk membuat sebarang perubahan kepada "sekeping sejarah klasik yang hidup".

3. Rutschebanen - 1914

rutschebanen

Rutschebanen, biasanya dipanggil "Roller Coaster oleh Tivoli Gardena" ialah roller coaster tertua di Eropah sejak tahun 1914. Walaupun usia Rutschebanen mungkin mengagumkan, Tivoli Gardens telah beroperasi selama lebih tujuh dekad sebelum Rutschebanen membuat kemunculannya — Tivoli Gardens dibuka pada tahun 1843 dan merupakan taman hiburan kedua tertua di dunia yang masih beroperasi.

Bagi pelawat asing, Rutschebanen mungkin kelihatan sangat mirip dengan roller coaster Matterhorn yang terkenal di Disney. Ini bukan kebetulan kerana Disney mengambil inspirasi dari Tivoli Gardens. Rutschebanen masih dikendalikan secara manual oleh seorang pengawal (brakeman).

2. The Great Scenic Railway - 1912

the great scenic railway

Walaupun Leap-the-Dips lebih lama, The Great Scenic Railway  di Luna Park di Melbourne, Australia menganggap dirinya sebagai roller coaster yang beroperasi secara berterusan tertua di dunia. The Great Scenic Railway hanya ditutup buat sementara waktu berikutan tergelincir pada 1989 yang mencederakan 20 orang.

The Great Scenic Railway bukan sahaja salah satu roller coaster tertua di dunia, ia juga merupakan salah satu tarikan tertua di Luna Park — roller coaster dibuka bersama-sama dengan taman itu pada Disember 1912.

Bersama-sama dengan beberapa tunggangan roller coaster lain, Great Scenic Railway merupakan satu-satunya roller coaster yang masih memerlukan pengawal (brakeman) untuk berdiri di tengah-tengah kereta api. The Great Scenic Railway dibina menggunakan kayu pine Oregon Kanada dan treknya sepanjang 967 meter.

1. Leap-the-Dips - 1902

leap the dips

Mula dibina pada tahun 1902 di Lakemont Park berhampiran Altoona, Pennsylvania, Leap-the-Dips ialah roller coaster tertua di dunia. Leap-the-Dips telah direka oleh Edward Joy Morris dan dibina oleh syarikat Federal Construction Company.

Walaupun Leap-the-Dips adalah yang tertua, ia tidak beroperasi secara berterusan. Pada tahun 1985, Leap-the-Dips telah ditutup kerana kebimbangan terhadap integriti struktur coaster lama dan kekurangan dana penyelenggaraan.

Berikutan penutupan dan hampir perobohan Leap-the-Dips, organisasi American Coaster Enthusiasts (ACE) membentuk Yayasan Leap The Dips, yang berusaha untuk membuka semula/memulihkan roller coaster ini. Pemulihan Leap-the-Dips bermula pada tahun 1997 dan ia dibuka semula kepada orang ramai pada tahun 1999.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. USA Today
  3. Ello Coaster
  4. Coasterpedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)