Dua ratus rangka gajah gergasi purba (mammoth) telah ditemui di bawah sebuah tapak pembinaan lapangan terbang di utara Bandar Raya Mexico dan merupakan koleksi tulang terbesar gajah gergasi yang pernah ditemui.

Ahli arkeologi di Institut Antropologi dan Sejarah Nasional Mexico menyedari buat pertama kali bahawa kawasan itu mungkin merupakan lokasi bangkai gajah gergasi setelah mereka menemui dua perangkap haiwan yang digali manusia pada November 2019 sebagai sebahagian daripada penggalian rutin untuk membersihkan tanah untuk lokasi lapangan terbang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perangkap tersebut yang terletak di kawasan yang digunakan sebagai tempat pembuangan sampah di bandar Tultepec, mengandungi tulang-tulang sekitar 14 ekor gajah gergasi Colombia.

penemuan baru gajah gergasi purba mammoth

Tapak pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Felipe Ángeles terletak hanya 32 kilometer dari perangkap tersebut.

Pada Mei 2020, pasukan penggalian mendapati bahawa dasar Tasik Xaltocan yang telah kering itu menyimpan tulang rangka 60 ekor gajah raksasa.

Jumlah yang telah ditemui setakat ini mencapai 200 ekor dan masih terdapat banyak lagi tulang rangka di bawah tanah. 

tulang mammoth di tapak di mexico jfif

Pedro Sánchez Nava, seorang ahli arkeologi institut berkenaan berkata bahawa terdapat terlalu banyak tulang rangka, mungkin beratus-ratus ekor.

Penemuan mungkin dapat jelaskan mengapa gajah gergasi pupus

Gajah gergasi Colombia tiba di Amerika Utara sekitar 1 juta tahun yang lalu, dengan saiz yang tersangat besar setinggi 4.3 meter dan mempunyai jangka hayat seperti manusia iaitu 70 hingga 80 tahun.

Tidak seperti gajah gergasi berbulu di Eropah, spesis ini tidak berbulu yang merupakan satu penyesuaian terhadap iklim Amerika Utara yang lebih panas. 

Spesis ini menjangkau dari Kanada ke Nicaragua dan Honduras.

Gajah gergasi Colombia ini pupus di antara 13,000 dan 10,000 tahun yang lalu yang mana membuatkan ramai ahli paleontologi berpendapat bahawa pemburu manusia prasejarah memainkan peranan utama dalam kepupusan ini.

Ia merupakan salah satu aspek melibatkan lokasi ini yang mana para penyelidik berharap mereka dapat menyelidiknya.

Adalah jelas bahawa manusia membunuh gajah-gajah gergasi ini di dalam lubang yang ditemui di Tultepec, namun masih tidak jelas sama ada mereka memainkan peranan dalam mengumpan lebih daripada 200 ekor haiwan tersebut ke dasar Tasik Xaltocan.

Para penyelidik beranggapan bahawa haiwan gergasi ini mungkin terperangkap dalam lumpur di sepanjang tasik itu dan kemudiannya mati akibat kelaparan atau lemas.

ahli paleontologi memeriksa tulang gajah gergasi jfif

Ini boleh berlaku secara semulajadi kerana rumput dan lalang di tasik itu mungkin menarik perhatian gajah-gajah tersebut untuk makan.

Namun jumlah rangka yang sangat banyak juga mungkin menunjukkan bahawa manusia mengambil kesempatan ke atas kelekitan tasik tersebut untuk memerangkap haiwan itu.

"Terdapat kemungkinan bahawa manusia mengejar dan memerangkap gajah-gajah gergasi ke dalam lumpur tasik itu," kata Pedro Sánchez Nava.

Jika ini benar, ini bermakna manusia mampu membunuh lebih banyak gajah gergasi daripada yang diketahui sebelum ini.

Ia juga boleh menjadi bukti bahawa orang purba makan daging gajah gergasi sebagai sebahagian utama dalam diet mereka dan bukannya sekali-sekala seperti yang disangka oleh penyelidik sebelum ini.

Walau bagaimanapun, tulang-tulang yang ditemui di tapak lapangan terbang itu masih belum menunjukkan sebarang tanda yang menunjukkan manusia menyembelih haiwan tersebut.

Namun jika manusia terlibat dalam kematian makhluk ini, ia akan menguatkan lagi sokongan terhadap idea bahawa manusia menyumbang atau menyebabkan kepupusan gajah gergasi Colombia di Amerika.

Teori lain yang masih wujud menunjukkan bahawa haiwan itu mati kerana kehilangan habitat yang disebabkan oleh cuaca yang panas ketika zaman ais berakhir.

Atau ia mungkin disebabkan oleh kombinasi kedua-dua faktor ini, menurut ahli paleontologi Joaquin Arroyo-Cabrales.

Gigi dijadikan alatan 

ahli paleontologi memeriksa tulang gajah gergasi 2 jfif

Sekalipun manusia tidak membunuh gajah gergasi di dasar tasik tersebut secara langsung, terdapat bukti-bukti yang muncul bahawa peradaban kuno di sekitar kawasan itu menggunakan tulang binatang untuk dijadikan alat.

Setakat ini ahli arkeologi telah menemui berpuluh-puluh alatan di sekitar tapak ini yang sebahagiannya diperbuat daripada tulang gajah gergasi seperti pisau.

Namun mereka tidak pasti sama ada tulang pada alatan tersebut datang dari gajah gergasi yang ditemui di dasar tasik tersebut atau tidak. Ia mungkin berasal dari gajah gergasi lain, seperti dari gajah gergasi yang ditemui di lubang yang digali berdekatan tapak lapangan terbang Tultepec.

Ujian makmal lebih lanjut dapat membantu ahli paleontologi menentukan jika terdapat sebarang hubungan manusia dengan tulang-tulang gajah gergasi di dasar tasik itu, sama ada mereka membunuh haiwan itu, makan dagingnya, gunakan sebagai alatan atau kesemuanya. 

Rujukan:

1. Business Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)