Bagi kebanyakan kita, Nintendo telah menjadi sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak kita. Sekalipun tidak pernah memilikinya, kita mungkin pernah bermain permainan video dengannya dengan meminjam daripada rakan-rakan yang berkemampuan.

Menariknya, sebelum berjaya sebagai syarikat pengeluar permainan video, Nintenndo pada awalnya telah mengeluarkan pelbagai produk yang tidak mempunyai perkaitan dengan permainan video. Perkara inni pernah kami tulis dalam artikel 5 Produk Nintendo Sebelum Mendominasi Dunia Permainan Video

Anda fikirkan tentang semua konsol permainan yang mereka hasilkan dan anda hanya mahu kembali ke zaman dahulu. Apabila anda melihat foto lama konsol Nintendo, anda pasti akan berasa nostalgia.

5. Super Nintendo Entertainment System

super nintendo entertainment system

Sistem Hiburan Super Nintendo (juga dipanggil Super NES, Super Famicom dan Super Comboy) dilengkapi dengan keupayaan bunyi dan grafik lebih baik. Konsol SNES secara rasminya mula dijual pada 21 November 1990 dan dihentikan jualannya pada 25 September (pasaran Jepun) dan 23 Mei 2003 pasaran UK).

Semasa zaman Super NES, Super Mario Bros telah menjadi permainan video paling popular di dunia. Oleh itu, tidak hairanlah karakter si tukang paip yang kita semua sayangi ini menjadi ikon dan maskot Nintendo sehingga hari ini.

Konsol permainan generasi seterusnya telah pun bermula dengan pengenalan Sega Genesis. Menariknya, Nintendo tidak tergesa-gesa untuk menyelami perang konsol 16-bit. Ia menunggu sehingga 1990 sebelum Nintendo mengeluarkan SNES yang mengatasi semua pesaingnya dari segi jualan. Ia dianggap sebagai konsol permainan paling berjaya dalam era 16-bit.

4. Game Boy

game boy

Game Boy mungkin merupakan konsol permainan mudah yang paling sinonim dengan jenama Nintendo. Siapa sangka sudah lebih 30 tahun berlalu sejak Game Boy mula dijual dan menjadi begitu popular di seluruh dunia?

Bagi kebanyakan pemain permainan video moden, Game Boy mungkin merupakan pengalaman pertama mereka tentang permainann video sebenar. Dengan peluang bermain permainan yang berbeza pada satu konsol dan bermain dengan berbilang pemain, tidak ramai Game boy cukup popular.

Dengan paparan, kawalan dan ciri yang lebih baik, Game Boy menawarkan permainan video sebenar yang dinikmati oleh golongan muda dan tua selama berjam-jam. Game Boy secara rasminya mula dijual pada 21 April 1989 dan dihentikan jualannya pada 23 Mac 2003.

3. Nintendo Entertainment System

nintendo entertainment system

Nintendo Entertainment System (NES) dikeluarkan di Jepun sebagai Family Computer (FC) atau lebih dikenali sebagai Famicom. Ia adalah hit komersial besar yang terjual lebih daripada 60 juta unit di seluruh dunia.

NES masuk ke pasaran sejurus selepas keruntuhan pasaran permainan video di Amerika Syarikat. Sebelum dikeluarkan, ramai pakar meragui bahawa ia akan diterima ramai dalam ekonomi lemah, terutamanya sebagai konsol permainan video.

Bertentangan dengan jangkaan ramai, NES telah diterima secara meluas oleh ramai orang malah ia membantu menggiatkan semula industri permainan video. Hasilnya, NES menjadi konsol terlaris semasa zaman kegemilangannya. Mula dijual secara rasmi pada 15 Julai 1983, jualannya dihentikan pada 1995 (seluruh dunia) dan 2003  (Jepun).

2. Game & Watch

game watch 671

The Game & Watch (juga dikenali sebagai Tricotronic di Eropah) ialah konsol permainan kedua yang dibangunkan oleh Nintendo pada tahun 1980. Ia merupakan konsol permainan mudah alih yang menyaksikan lebih banyak kejayaan daripada Color TV-Game.

Ia telah terjual lebih daripada 40 juta unit, jauh lebih tinggi daripada konsol pertama Nintendo kerana Game & Watch telah dijual di pasara luar Jepun. Konsol Game & Watch datang dengan hanya satu permainan. Walau bagaimanapun, anda boleh bermain dalam dua mod, "Permainan A" dan "Permainan B." Permainan B biasanya lebih sukar.

Game & Watch bukan sahaja mempunyai permainan, tetapi juga mempunyai jam dan jam penggera. Itulah sebabnya ia dipanggil Permainan dan "Watch" merujuk kepada jam. Konsol ini dijual secara rasmi pada 28 April 1980 dan dihentikan jualan pada 1991. Namun versi keluaran semula telah dijual pada 2010 dan 2020 - 2021 (skrin warna).

1. Color TV-Game

color tv game 945

Color TV-Game ialah konsol Nintendo tertua dalam sejarah. Dari 1977 hingga 1980, Color TV-Game hanya dijual untuk pasaran di Jepun. Dalam sejarahnya, Color TV-Game hadir dalam empat model.

Pengenalan Color TV-Game mendapat sambutan hebat dan disebabkan itu, Nintendo berasa lebih yakin untuk terus mengeluarkan lebih banyak konsol permaina. Tarikh rasmi konsol ini dikeluarkan adalah pada 1 Jun 1977 dan lebih 3 juta unit terjual. Jualannya dihentikan secara rasmi pada tahu 1983.

Diilhamkan oleh kejayaan besar permainan Space Invaders dan krisis minyak pada tahun 1973 yang membawa kepada peningkatan kos membuat mainan, Nintendo memulakan langkah awal menjadi pemain besar dalam industri permainan video dengan Color TV-Game.

Kredit:



Hakcipta iluminasi.com (2017)