Oleh pada 28 Nov 2021 kategori

Kredit foto: Instagram @astrogempak

 

1. Konsert dibuka dengan persembahan memukau oleh dua vokalis hebat iaitu juara AF Megastar, Idayu dan juara All Together Now Malaysia, Idris Brown menyanyikan lagu Malam Bulan Dipagar Bintang dendangan asal P Ramlee dan Saloma.

 

2. Persembahan pembuka tirai oleh Nikki Palikat menampilkan anak saudara kepada penyanyi, Jimmy Palikat itu menari lincah menerusi lagu hitsnya, Caramu sehinggakan rantai yang dipakainya tercabut di atas pentas!

 

3. Hetty Koes Endang sempat 'belanja' kemantapan vokalnya ketika memberi komen sebelum nyanyiannya itu disambung oleh peserta Nikki (Without You-Mariah Carey) dan Adibah (All I Ask-Adele). Malangnya, Adibah Noor memohon maaf kerana tidak mengingati lirik lagu Adele itu.

 

4. Nama Fazley Yaakob yang disebut tanpa didahului dengan panggilan hormat Dato' rupanya merupakan atas permintaan bekas juara Masterchef Selebriti itu sendiri. Malah, beliau juga tidak kisah jika dipanggil dengan gelaran yang begitu sinonim dengan dirinya iaitu Abang Asmara.

  

 

5. Ketiadaan Jihan semasa sesi komen oleh pihak juri bagi kumpulan Nico menimbulkan tanda tanya. Rupanya ianya kerana SOP yang hanya membenarkan maksimum 4 orang sahaja berada di atas pentas. Nabil sempat mengusik juri tetap baru, Syafinaz yang sememangnya dikenali sebagai konduktor koir yang mempunyai ramai ahli.

 

6. Pereka fesyen Suki Low mendapat teguran Hetty Koes Endang yang merasakan bajunya mengganggu persembahan beliau sehingga ia terpaksa dipegang. Hetty juga menyarankan supaya baju tersebut dipotong!

 

7.' Mengejutkan dan membingitkan', itulah komen ikhlas Syafinaz terhadap jeritan atau nyanyian tinggi Upiak Isil dalam satu bahagian dalam persembahan beliau. Perlu beritahu 'sound engineer' dahulu katanya!

 

 

8. Siapa boleh lupa adegan filem malar hijau awal 2000-an, Lagi-Lagi Senario yang menampilkan dialog 'sedap bang' oleh Ani Mayuni kepada Saiful Apek dimana kedua-dua mereka merupakan peserta GV kali ini. Nabil sempat menggamit memori adegan tersebut bersama Ani Mayuni.

 

9. Peserta kontroversi yang menjadi sebutan ramai dalam musim kali ini sudah tentulah Aliff Aziz. Tidak banyak yang diperkatakan para juri melainkan kata-kata semangat buat beliau yang kini sudah berhijrah. Tidak hairanlah kenapa beliau juga menduduki kedudukan pertama minggu ini.

 

10. Siapa sangka peserta terakhir yang juga dinanti ramai pada malam itu, Adibah Noor didedahkan pernah menjadi penyanyi latar Hetty Koes Endang suatu ketika dahulu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)