Oleh pada 26 Mar 2018 kategori

Bagi penggemar dan peminat tegar filem Hollywood, artikel kali ini adalah tentang senarai filem 2018 yang sangat ditunggu-tunggu oleh anda. Teruskan membaca.

10. Aquaman

BESARKAN TEKS     A-  A+

Aquaman adalah sebuah filem superhero berdasarkan watak di dalam DC comics. Aquaman yang merupakan Raja Atlantis adalah seorang lelaki yang bernama Arthur Curry. Bapa beliau, Tom adalah seorang penjaga rumah api manakala ibu beliau Atlanna adalah Ratu Atlantis yang hidup dalam buangan. Arthur yang berdarah campuran mempunyai kebolehan bergerak pantas di dalam air dan darat. Sebagai Raja Tujuh Lautan waris kerajaan Atlantis, beliau bertanggungjawab memimpin dan melindungi rakyatnya.

Pelakon Utama: Jason Momoa, Amber Heard & Patrick Wilson.

Tayangan: Disember 2018.

Pengarah: James Wan.

Syarikat Produksi: DC Films, etc.

Syarikat Pengedar: Warner Bros. Pictures.

9. Ready Player One

Pada tahun 2045, dunia sudah berubah. Bandar-bandar menjadi lubuk kemiskinan disebabkan oleh populasi berlebihan, rasuah, dan perubahan cuaca. Bagi mengelakkan kehidupan yang menyeksakan ini, penduduk bumi mula terlibat ke dalam dunia maya (virtual reality) iaitu OASIS (Ontologically Anthropogenic Sensory Immersive Simualtion) dan meluangkan masa seharian menggunakannya.

Dalam dunia OASIS, seseorang boleh ke mana sahaja yang dimahukan, melakukan apa sahaja yang disukai, dan menjadi sesiapa sahaja, hadnya adalah imaginasi dirinya sahaja. Pencipta OASIS iaitu James Halliday tidak mempunyai waris dan beliau mencipta sebuah game di dalam OASIS iaitu Anorak's Quest bagi mewariskan kekayaan dan dunia OASIS kepada pemenang game tersebut. Wade Watts adalah watak utama menjadi peserta game berkenaan yang terpaksa melalui banyak cabaran bagi menjadi juara. 

Pelakon Utama: Tye Sheridan, Olivia Cooke, Ben Mendelsohn , T.J. Miller. 

Tayangan: Mac 2018.

Pengarah: Steven Spielberg.

Syarikat Produksi: Warner Bros. Pictures, etc.

Syarikat Pengedar: Warner Bros. Pictures.

8. Pacific Rim Uprising

10 tahun selepas Battle of the Breach, lautan kini menjadi tidak tenang kembali. Namun, program Jaeger (robot kawalan manusia) telah berkembang menjadi sebuah generasi baharu yang lebih mantap. Walaubagaimanapun, sebuah organisasi misteri telah membuka semula the Breach menyebabkan pertempuran dan keganasan antara Kaiju (raksasa) dan Jaeger. Jake Pentecost, anak kepada Stacker Pentecost, bangun menentang ancaman Kaiju dan sebuah Jaeger misteri lain bagi mengelakkan kepupusan manusia dan sebagai meneruskan legacy bapa beliau sebagai seorang 'pilot'. 

Pelakon Utama: John Boyega , Scott Eastwood, Cailee Spaeny, Rinko Kikuchi.

Tayangan: Mac 2018.

Pengarah: Steven S. DeKnight.

Syarikat Produksi: Legendary Pictures, etc. 

Syarikat Pengedar:  Universal Pictures.

7. Solo: A Star Wars Story

Menaiki kapal angkasa Millennium Falcon, Han Solo mengembara ke galaksi yang sangat jauh ke dunia yang penuh mencabar di mana beliau bertemu dengan copilot nya iaitu Chewbacca. Dalam pengembaraan tersebut, Solo turut bertemu dengan seorang penjudi terkenal iaitu Lando Calrissian. Solo: A Star Wars Story mengisahkan tentang pengembaraan mereka. 

Pelakon Utama: Alden Ehrenreich , Woody Harrelson, Emilia Clarke, Donald Glover.

Tayangan: May 2018.

Pengarah: Phil Lord Christopher Miller.

Syarikat Produksi: Lucasfilm Ltd.

Syarikat Pengedar:  Walt Disney Studios Motion Pictures.

6. Ant-Man and the Wasp

Selepas 'Captain America: Civil War', Scott Lang (Ant-Man) bergelut dengan tanggungjawab dan tugas sebagai seorang superhero dan seorang bapa. Pada ketika cuba untuk menyeimbangkan kehidupan keluarga dan tanggungjawab sebagai Ant-Man, beliau bersama Hope van Dyne dan Dr. Hank Pym mempunyai sebuah misi baru yang penting. Scott sekali lagi terpaksa memakai sut Ant-Man dan belajar bertarung di samping The Wasp sebagai sebuah pasukan bagi mencari kebenaran rahsia lalu mereka. 

Pelakon Utama: Paul Rudd , Evangeline Lilly, Michael Peña, Walton Goggins.

Tayangan: Julai 2018.

Pengarah: Peyton Reed.

Syarikat Produksi: Marvel Studios.

Syarikat Pengedar: Walt Disney Studios Motion Pictures.

5. Incredibles 2

Plot Incredibles 2 adalah sambungan terus daripada filem pertama, di mana pada pengakhiran cerita diperkenalkan seorang watak baharu iaitu The Underminer. Keluarga Parr menghadapi kesukaran untuk mengekalkan kehidupan yang normal pada ketika Helen Parr (Elastigirl) terpaksa memerangi jenayah. Bob Parr (Mr. Incredible) terpaksa menggalas tugas menjaga anak-anak (Violet, Dash & Jack-Jack). Kemunculan seorang penjahat baharu memaksa keluarga ini untuk bersama Frozone bagi menentang rancangan jahatnya. 

Pelakon Utama: Holly Hunter, Craig T. Nelson, Sarah Vowell, Huck Milner, Samuel L. Jackson.

Tayangan: Jun 2018. 

Pengarah: Brad Bird.

Syarikat Produksi: Walt Disney Pictures & Pixar Animation Studios.

Syarikat Pengedar: Walt Disney Studios Motion Pictures.

4. Jurassic World: Fallen Kingdom

Filem ini adalah sekuel kepada Jurassic World (2015). Selepas kehancuran taman tema Jurassic World di Isla Nublar, dinosaur-dinosaur berkeliaran dengan bebas di pulau berkenaan selama 4 tahun sehinggalah tercetusnya letusan gunung berapi yang mengancam kepupusan haiwan berkenaan. Claire Dearing, bekas pengurus taman tema berkenaan, kini telah mengasaskan sebuah organisasi iaitu Dinasour Protection Group bagi menyelamatkan haiwan-haiwan berkenaan. 

Beliau merekrut Owen Grady, seorang bekas jurulatih dinasour di taman tema tersebut bagi menyelamatkan dinasour yang masih hidup di pulau berkenaan. Owen juga cuba untuk mencari Blue, salah seekor daripada 4 ekor raptor yang dilatih beliau. Namun, terdapat konspirasi jahat untuk menjadikan dinasour kembali dominan di Bumi membuatkan Claire dan Owen terpaksa mengubah rancangan mereka dan melakukan sesuatu.

Pelakon Utama: Chris Pratt , Bryce Dallas Howard, B. D. Wong, James Cromwell.

Tayangan: Jun 2018.

Pengarah: J. A. Bayona.

Syarikat Produksi: Universal Pictures, etc. 

Syarikat Pengedar: Universal Pictures

3. The Untitled Deadpool Sequel (Deadpool 2)

Filem berdasarkan komik Marvel ini adalah sekuel daripada filem Deadpool. Selepas terselamat daripada serangan maut bovine, seorang tukang masak, Wade Wilson yang kini cacat dari segi wajah dan keseluruhan badan menghadapi kesukaran untuk memenuhi impiannya sebagai kekasih Vanessa. Bagi mendapatkan kehidupannya semula, dia mengembara ke seluruh dunia bagi mencari nilai kekeluargaan dan persahabatan. Dalam pengembaraannya, Wade melalui pelbagai halangan termasuklah pertempuran dengan ninja dan yakuza. 

Pelakon Utama: Ryan Reynolds , Josh Brolin, Morena Baccarin, Julian Dennison.

Tayangan: May 2018.

Pengarah: David Leitch.

Syarikat Produksi: Marvel Entertainment, etc. 

Syarikat Pengedar: 20th Century Fox.

2. Ralph Breaks the Internet: Wreck-It Ralph 2

Plot filem ini berlaku 6 tahun selepas kejadian di dalam filem pertama di mana Ralph menyelamatkan arked Sugar Rush daripada dendam kesumat Turbo. Sekuel ini mengisahkan tentang pengembaraan Ralph ke dunia ruang data Internet apabila sebuah router Wi-Fi disambungkan ke permainan arked oleh Mr. Litwak bagi mencari bahagian gantian untuk memperbaiki Sugar Rush. Dalam pengembaraan tersebut, Ralph dan rakan karibnya Vanellope von Schweetz bertemu dengan dunia dan watak-watak baharu seperti Disney Princess. 

Pelakon Utama: John C. Reilly, Sarah Silverman, Jack McBrayer, Jane Lynch.

Tayangan: November 2018.

Pengarah: Rich Moore & Phil Johnston.

Syarikat Produksi: Walt Disney Animation Studios.

Syarikat Pengedar:  Walt Disney Studios Motion Pictures.

1. Avengers: Infinity War

Plot ini berlaku 2 tahun selepas perpecahan Avengers ketika kejadian 'Captain America: Civil War'. Pada ketika Avengers dan sekutu mereka terus melindungi bumi daripada ancaman luar, sebuah kuasa jahat muncul daripada bayangan kosmik, iaitu Thanos. Pengganas daripada galaksi luar ini mempunyai misi untuk mengumpul keenam-enam Infinity Stones agar segala realiti mengikut kehendak nafsunya. Avengers bersama Guardians of the Galaxy harus bersatu bagi menghalang Thanos daripada menghancurkan seluruh alam semesta. 

Pelakon Utama: Robert Downey Jr. , Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch, Don Cheadle, Tom Holland.

Tayangan: April 2018. 

Pengarah: Anthony Russo & Joe Russo.

Syarikat Produksi: Marvel Studios.

Syarikat Pengedar: Walt Disney Studios Motion Pictures.

EKSTRA

11. Annihilation - Mac 2018

12. Black Panther - Februari 2018

13. Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald - November 2018

14. Mowgli - Oktober 2018

15. Venom - Oktober 2018

16. X-Men: Dark Phoenix - November 2018

17. Sicario 2: Soldado - Jun 2018

18. A Quiet Place - April 2018

19. The Nutcracker and the Four Realms - November 2018

20. Disenchanted 

Sumber:

  1. imdb.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)