Oleh pada 24 Feb 2018 kategori

anime bleach yang sangat popular di malaysia

Jangan berani gelarkan anda seorang die-hard-fans anime dan manga jika tak tahu pasal Bleach.

Namun bagi yang tak tahu, Bleach merupakan siri televisyen anime Jepun berdasarkan manga yang dihasilkan oleh Tite Kubo.

tite kubo

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sehingga tahun 2018, sebanyak 120 juta salinan manga Bleach telah terjual di seluruh dunia termasuklah dalam bahasa Sepanyol, Jerman, Brazil, Portugis dan Tagalog.

Dan berita baik untuk peminat-peminat Bleach, sebuah trailer filem live-action Bleach kini telah dikeluarkan dan hasilnya adalah sangat menakjubkan!

Walaupun agak pendek, namun trailer yang berdurasi 30 saat itu memberikan sedikit gambaran kepada pertemuan di antara Ichigo Kurosaki dengan roh jahat yang dikenali sebagai Hollow. Situasi dimana Ichigo kelihatan bertarung dengan Hollow yang diambil daripada permulaan kisah Ichigo.

Namun, tak banyak yang diketahui daripada trailer ini tetapi anda dapat melihat Rukia Kuchiki, seorang Soul Reaper yang memindahkan kuasanya kepada Ichigo ketika cedera dalam pertarungan menentang Hollow.

pertarungan antara rukia dan roh jahat hollow

Rukia yang menyedari bahawa beliau harus menyembuhkan kekuatannya selepas pemindahan kuasa itu, dan mengambil peranan panduan Ichigo dalam Soul Reaping.

Bleach menceritakan pengembaraan Ichigo Kurosaki selepas mendapat kuasa Soul Reaper, atau Shinigami dalam bahasa Jepun yang bermaksud Tuhan Kematian.

ichigo kurosaki membawa tugas soul reaper

Kuasa yang dimilikinya itu memaksa Ichigo untuk menjalankan tanggungjawab sebagai penyelamat manusia daripada kuasa jahat dan membimbing roh-roh ke alam akhirat.

Filem ini bakal ditayangkan oleh Warner Bros di Jepun pada 20 Julai. Tiada pengumuman bahawa ia akan ditayangkan di Malaysia namun disebabkan ia tersangat popular, kebarangkalian ia akan ditayangkan di negara kita adalah tinggi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)