Kecoh di seluruh Malaysia berikutan kejadian di Aeon Tebrau di mana berlakunya huru-hara disebabkan oleh tindakan baik hati Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail yang memperuntukan RM1 juta bagi mereka yang berbelanja di pasaraya itu.

Setiap individu diberikan RM3,000 untuk membeli di pasaraya yang telah menyebabkan berlakunya kucar-kacir di pasaraya tersebut yang mana menerima kritikan daripada netizen di seluruh Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tindakan TMJ dipuji namun ada juga yang menyuarakan pendapat bahawa aktiviti menderma atau menyumbang boleh dilakukan dengan cara yang lebih teratur dan efisyen. Bercakap tentang dermawan, iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 10 individu paling murah hati di dunia, dalam dunia moden.

10. Bill Gates

bill gates individu paling dermawan di dunia

Jumlah derma setakat ini: RM104.7 bilion 

Nilai kekayaan: RM351 bilion

Indeks kedermawanan: 32%

Di kala beliau terkenal dengan peranannya sebagai pengasas bersama syarikat gergasi Microsoft, Bill Gates juga terkenal dengan sikapnya yang merupakan seorang dermawan. Beliau bersama isteri menumpukan dan menghabiskan banyak masa dan perhatian terhadap aktiviti kedermawanan dengan menubuhkan Yayasan Bill & Melinda Gates.

Yayasan ini memberikan geran untuk inisiatif dan program di seluruh dunia yang fokus dalam pembangunan pertanian, bantuan kecemasan, perpustakaan global, kemiskinan bandar, kesihatan global dan juga pendidikan.

Sejak penubuhan Yayasan Bill & Melinda Gates, ia telah mendermakan berbilion-bilion ringgit kepada organisasi-organisasi besar termasuklah Perikatan GAVI, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Yayasan Rotary, Dana Global untuk melawan AIDS, Tuberculosis dan Malaria, serta UNICEF.

9. George Soros

george soros individu paling dermawan di dunia

Jumlah derma setakat ini: RM31.1 bilion

Nilai kekayaan: RM94.6 bilion 

Indeks kemurahan hati: 33% 

George Soros, pengasas Soros Fund Management yang telah bersara kini bertugas sebagai pengerusi Opeh Society Foundations, sebuah rangkaian yayasan yang ditubuhkannya pada tahun 1979 yang menyumbang kepada kepada pembangunan masyarakat, perkhidmatan sosial, kesihatan dan pendidikan secara global.

Rangkaian yayasan ini terkenal dengan fokus mereka terhadap hak asasi manusia. Tindakan pertama George Soros bersama organisasi ini adalah melibatkan pemberian biasiswa kepada orang Afrika Selatan berkulit hitam di bawah apartheid.

8. Warren Buffett

warren buffett individu paling dermawan di dunia

Jumlah derma setakat ini: RM83.3 bilion

Nilai kekayaan: RM325.6 bilion 

Indeks kedermawanan: 35% 

Pengerusi dan ketua pegawai eksekutif syarikat induk Berkshire Hathaway, Warren Buffet bukan sahaja antara manusia terkaya di dunia malah antara salah seorang yang paling banyak menderma.

Pada tahun 2006, individu ke-3 terkaya di dunia ini bersumpah untuk mendermakan 85% daripada kekayaannya kepada Yayasan Bill & Melinda Gates, serta beberapa lagi yayasan yang ditubuhkan oleh ahli keluarganya.

Dan pada tahun 2011, Oracle of Omaha bekerjasama dengan Bill Gates dalam menghasilkan Giving Pledge, sebuah program yang memberikan individu kaya untuk menderma sebahagian besar daripada kekayaan mereka untuk tujuan amal.

7. Eli Broad

eli broad individu paling dermawan di dunia

Jumlah derma setakat ini: RM12.8 bilion

Nilai kekayaan: RM28.3 bilion  

Indeks kedermawanan: 45% 

Namanya mungkin tidak terlalu terkenal, namun Eli Broad yang juga pengasas kepada Yayasan Broad, pengasas bersama KB Home serta pengasas SunAmerica adalah manusia ke-65 terkaya di dunia.

Beliau adalah satu-satunya individu yang berjaya membina dua syarikat yang disenaraikan dalam Fortune 500, dalam dua industri yang berbeza. Pada tahun 2010, Eli Broad mengumumkan penyertaan dalam "The Giving Pledge" dan bersetuju memberikan 75% daripada kekayaannya setelah mati.

Pada tahun 2010, Broads mengumumkan penyertaan mereka dalam "The Giving Pledge," komitmen bagi individu kaya untuk memberikan sekurang-kurangnya separuh daripada kekayaan mereka kepada amal. [14] The Broads secara peribadi komited untuk memberi 75% kekayaan mereka.

Misi yang dinyatakan oleh Foundation Eli dan Edythe Broad adalah untuk memastikan setiap pelajar di sekolah awam bandar berpeluang untuk berjaya. 

6. Azim Premji

azim premji individu paling dermawan di dunia

Jumlah derma setakat ini: RM31 bilion

Nilai kekayaan: RM61.6 bilion 

Indeks kedermawanan: 50% 

Selain daripada berkhidmat sebagai pengerusi perundingan India dan syarikat IT Wipro, Azim Premji juga merupakan pengasas dan pengerusi Yayasan Azim Prenji. Yayasan ini ditubuhkan dalam usaha memperbaharui sistem sekolah dan peperiksaan di India.

Organisasi ini beroperasi melalui saham Wipro yang diperuntukkan oleh Azim dan telah memperkenalkan inisiatif seperti progam Pembelajaran Berbantukan Komputer, yang menyediakan latihan komputer dalam 18 bahasa.

Malah, beliau menubuhkan Universiti Azim Premji, sebuah universiti tak berkeuntungan yang memberikan ijazah dalam pendidikan perguruan.

5. Ted Turner

ted turner individu paling dermawan di dunia

Jumlah derma setakat ini: RM4.65 bilion

Nilai kekayaan: RM8.14 bilion  

Indeks kedermawanan: 57% 

Ted Turner adalah pengasas kepada rangkaian saluran televisyen terkenal iaitu Cable News Network (CNN). Pada tahun 1990, beliau telah menubuhkan Yayasan Turner yang memfokuskan kepada alam sekitar dan pencemaran. Pada tahun yang sama beliau menghasilkan Captain Planet, seorang adiwira alam sekitar dalam usaha memupuk kanak-kanak supaya menjaga alam sekitar.

Sebagai seorang yang dermawan, Ted telah mendermakan RM3.87 bilion kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah menghasilkan Yayasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebuah badan amal awam untuk memperluaskan sokongan domestik untuk PBB.

4. Gordon Moore

gordon moore individu paling dermawan di dunia

Jumlah derma setakat ini: RM19.5 bilion

Nilai kekayaan: RM25.2 bilion

Indeks kedermawanan: 77% 

Pada tahun 1968, Gordon Moore menjalinkan kerjasama dengan Intel, namun hari ini beliau memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti kedermawanan. Godron bersara dari jawatan korporatnya pad tahun 2006 dan mula mengendalikan Yayasan Gordon dan Betty Moore bersama-sama isterinya.

Yayasan ini bertujuan memberikan kesan kepada pemuliharaan alam sekitar, penjagaan pesakit, sains, dan masyarakat San Francisco. Ia juga termasuk program luas yang merangkumi segala-galanya dari Inisiatif Pemuliharaan Marin ke Teleskop Tiga Puluh Meter.

3. Jon Huntsman Sr.

jon huntsman sr individu paling dermawan di dunia

Jumlah derma setakat ini: RM4.65 bilion

Nilai kekayaan: RM3.64 bilion 

Indeks kedermawanan: 128% 

Jon Huntsman Sr. adalah pengasas kepada Huntsman Chemical Corporation, pengeluar polistirena terbesar di Amerika Syarikat. Huntsman diiktiraf secara meluas dalam aktiviti menderma di atas pemberiannya termasuk sumbangan kepada mereka yang tiada tempat tinggal, yang sakit dan yang kurang bernasib baik, melebihi RM5.81 bilion dan telah membantu ribuan orang baik di dalam dan di luar negara

Pada tahun 2015, beliau telah dianugerahkan Anugerah Pingat Dermawan Carnegie oleh Philanthropy Roundtable (NGO). Antara aktiviti amal lain oleh Jon termasuklah memberi tumpuan kepada bidang penyelidikan kanser, program di pelbagai universiti, dan bantuan ke Armenia.

2. Charles Francis Feeney

charles francis feeney individu paling dermawan di dunia

Jumlah derma setakat ini: RM24.4 bilion

Nilai kekayaan: RM5.8 bilion

Indeks kedermawanan: 420% 

Dikenali sebagai "James Bond of philantrophy", ahli perniagaan runcit Chuck Feeney ketika ini dalam misi untuk memberikan seluruh kekayaannya. Dengan kekayaannya yang ketika ini bernilai RM5.8 bilion, ia kelihatan seperti beliau sudah berjaya dalam misinya.

Yayasan yang ditubuhkan oleh Chuck iaitu The Atlantic Philantrophies memfokuskan kepada bantuan pendidikan, sains, penjagaan kesihatan, dan hak sivil di beberapa buah negara termasuklah Amerika Syarikat, Vietnam dan Bermuda.

1. Sulaiman bin Abdul Aziz Al Rajhi

sulaiman bin abdul aziz al rajhi individu paling dermawan di dunia

Jumlah derma setakat ini: RM22.1 bilion

Nilai kekayaan: RM2.29 bilion 

Indeks kedermawanan: 966% 

Pada tahun 1957, Sulaiman bin Abdul Aziz Al Rajhi mengasaskan Bank Al Rajhi bersama tiga saudara lelakinya. Dan kini ia berkembang menjadi salah satu bank Islam terbesar di dunia dan bank ini memperoleh nilai kekayaan bersih mencecah 10 angka.

Naun, pada tahun 2013, Sulaiman telah beralih fokus kepada aktiviti menderma dan mengagihkan kepemilikannya dalam bank tersebut kepada Sulaiman bin Abdul Aziz Al Rajhi Holding Company yang membantu dari segi pendidikan, agama, kesihatan dan sosial.

Ia termasuklah Institut Arab untuk Bahasa Arab, Hal Ehwal Kesihatan Pengawal Kebangsaan dan juga Masjid Sheikh Sulaiman bin Abdul Aziz Al Rajhi di Riyadh, Arab Saudi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)