Disebalik setiap ujian, ada hikmah dan kebaikannya. Namun dalam kes ini, hikmah dan kebaikannya berlaku dalam masa singkat dan mampu dilihat dengan mata kasar.
Kisah Spiderman digigit labah-labah dan mendapat kuasa ajaib adalah fiksyen, namun kisah-kisah ini benar-benar berlaku.
iluminasi.com kongsikan 5 kes pelik di mana individu-individu ini tiba-tiba menjadi genius selepas mengalami kemalangan.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Derek Amato
Derek Amato dari Colorado, Amerika Syarikat mengalami kecederaan di kepala ketika terjun ke dalam kolam renang pada tahun 2016. Beliau hanya sedarkan diri ketika di hospital dalam keadaan ketakutan dan bercelaru. Kemalangan itu sangat berbahaya memungkinkan kelumpuhan.
Kecederaan itu membuatkan Derek mengalami masalah pendengaran teruk, sakit kepala krnoik dan masalah ingatan sehingga hari ini. Namun bagi beliau, kemalangan itu adalah perkara terbaik yang pernah belaku dalam dirinya kerana beliau tiba-tiba membuatkan beliau genius dalam bidang muzik.
Beberapa hari selepas kemalangan itu Derek mula nampak bentuk-bentuk berwarna hitam dan putih yang bergerak ketika memejamkan matanya. Beliau tiba-tiba pandai bermain piano, termasuklah nota-nota yang sangat rumit dan sukar yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dikuasai.
2. Jason Padgett
Seorang jurujual, Jason Padgett telah diserang oleh dua orang perompak ketika meninggalkan sebuah bar pada malam tahun 2002. Jason dipukul hingga jatuh ke tanah dan kepalanya ditendang beberapa kali.
Ketika dipukul, beliau terlihat cahaya putih dan apa yang terjadi kemudian yang diingatinya adalah terbaring di atas lantai dipenuhi darah.
Jason mengalami gegaran teruk pada otaknya dan penglihatannya terjejas. Namun, kecederaan pada Jason yang juga tidak menghabiskan sekolah, memberikannya kebolehan yang tak pernah beliau jangkakan iaitu matematik.
Apabila saintis-saintis menjalankan ujian terhadap otak Jason dengan mengimbas otaknya dan menunjukkan beberapa persamaan matematik, pusat pemproses visual pada otaknya memberikan respon. Otaknya menukarkan nombor-nombor yang dilihat, kepada gambar.
Sejak itu Jason menyambungkan pelajaran di kolej untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaannya dan teori nombor di sebalik penglihatannya yang tak dapat dijelaskan.
3. Jon Sarkin
Jon Sarkin merupakan seorang lelaki normal menjalani hidup seperti orang biasa. Beliau mempunyai seorang isteri dan anak, serta bekerja sebagai tukang urut. Beliau juga gemar bermain golf.
Pada tahun 1988 ketika bermain golf, Jon telah mengalami pendarahan otak yang melemahkan lalu dikejarkan ke hospital. Keadaannya semakin memburuk sehinggakan doktor terpaksa membuang sebahagian daripada otaknya.
Dan apabila beliau bangun, kariernya sebagai seorang tukang urut telah lenyap, dan digantikan dengan seorang pelukis. Jon berhenti kerja dan mula menjadi seorang pelukis dan pembuat arca sepenuh masa. Perkara ini mendapat liputan media dengan cepat sekali.
Kini setelah hampir 30 tahun perkara itu berlaku, Jon masih melukis dan lukisannya dipaparkan di galeri di seluruh dunia.
4. Franco Magnani
Franco Magnani, seorang imigran Itali yang tinggal di San Francisco mengalami masalah kesihatan yang tiba-tiba dan sangat pelik. Beliau mengalami demam yang yang memaksanya terbaring dan bercelaru.
Ketika menderita, Franco bermimpi mengenai rumahnya ketika kecil di Pontito, Itali yang ditinggalkannya hampir 10 tahun. Dan apabila beliau bangun, beliau lukis kembali mimpinya yang mana semua lukisannya adalah daripada episod zaman kanak-kanaknya.
Lukisan yang dilukis sangat terperinci dan serupa seperti apa yang berlaku. Kerosakkan pada otaknya disebabkan demam telah membentuk epilepsi yang mengaktifkan sesuatu dalam otaknya membuatkan beliau mampu untuk mengingati segala perkara ketika beliau kecil.
Selepas 20 tahun, seorang jurugambar telah terbang ke Pontito dan mengambil gambar seperti mana yang dilukis oleh Franco.
5. Jim Carollo
Ketika berusia 14 tahun, hidup Jim Carollo seakan-akan musnah apabila kemalangan kereta yang dialaminya telah mengorbankan ibunya dan menyebabkan beliau koma. Doktor menganggarkan Jim hanya mampu hidup 5 minggu disebabkan kecederaan otak yang dialaminya.
Namun keajaiban berlaku dan beliau masih hidup. Selepas 6 minggu berada dalam keadaan koma, Jim menjalani proses pemulihan fizikal secara perlahan, dan kemudiannya mampu ke sekolah kembali.
Sebelum kemalangan, Jim langsung tak meminati matematik, namun kini matematik menjadi sangat mudah baginya. Jim berjaya mendapat markah yang tinggi dalam ujian geometri, walaupun tidak mengulangkaji.
Setiap ujian matematik yang diambil mudah dilalui oleh Jim, malah mampu mengingati nombor dengan hanya melihat. 200 nombor yang terdapat dalam pi dihafal oleh Jim dalam masa beberapa hari.
Kini Jim berusia 39 tahun dan beliau masih mengingati nombor-nombor tersebut.
1. LS
3. Vanity Fair
4. Popsci