Manusia memang mempunyai bermacam jenis idea. Ada kalanya idea itu bernas, baik, munasabah. Ada kalanya seseorang itu punya idea gila.

Daripada idea-idea gila itulah wujud individu-individu unik yang membawa perwatakan serta kebolehan aneh, ganjil atau luar biasa yang dipersembahkan, sebagai bukti kepada bakat yang mereka ada. Namun ada juga individu yang mempunyai bakat yang baik tetapi boleh dikategorikan agak mengganggu keharmonian masyarakat di sekeliling mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

alain robert malaysia klcc petronas tower

Sama ada mereka ini melakukan jenayah atau sekadar mencipta nama, berikut adalah lima orang individu berbakat unik yang mempunyai kebolehan hebat tetapi dalam masa yang sama - mampu membuatkan orang lain mengamuk dengan mereka.

1. Banksy

lukisan banksy di dinding

Sebut saja nama Banksy, besar kemungkinan ramai pernah mendengar nama gelarannya itu. Seorang pelukis berbakat yang gemar menjadikan dinding-dinding di England sebagai kanvas beliau, sehingga kini tidak diketahui dengan tepat siapakah identiti sebenar pelukis ini.

Memilih untuk menyembunyikan identitinya, berikutan aktiviti grafiti yang menjadi hobinya merupakan satu jenayah, Banksy menjadi terkenal berikutan salah satu mural besarnya memaparkan sebuah patung beruang bertempur dengan tiga orang anggota polis.

banksy exhibition lukisan paling terkenal

Banksy gemar memaparkan semangat aktivismenya dalam karyanya serta gemar melakar aktiviti masyarakat setempat. Dalam acara jualan karya beliau yang berjudul 'Girl with balloon' - selepas selesai saja karya itu dijual, lukisan itu kemudiannya dicarikkan oleh sebuah mesin pemotong kertas yang disembunyikan dalam bingkai lukisan tersebut. Ini menyebabkan harga lukisan itu yang dijual pada harga RM5.7 juta meningkat kepada RM10.9 juta.

2. Mark Roberts

mark roberts streaker padang

Kita bernasib baik Mark tidak pernah datang ke negara kita. Ini kerana Mark mempunyai kebolehan (atau minat atau keberanian maksima) yang nyata sukar untuk diterima kita. Mark gemar berbogel lalu berlari ketika acara sukan berlangsung, tak kiralah acara larian, perlawanan tenis, perlawanan bola sepak dan pelbagai lagi jenis acara lain.

Memulakan 'karier' unik itu sejak tahun 1993, nama dan wajah Mark terkenal di serata dunia serta kerap menjadi ancaman pada penganjur-penganjur acara sukan. Berikutan tabiatnya itu, Mark kerap kali dihalang daripada masuk ke stadium kerana takut dia akan bertindak liar.

mark robert diusung keluar stadium

Sehingga kini, Marks sudah melakukan tindakan sama sebanyak 565 kali di 23 buah negara. Beberapa kali mengumumkan persaraannya, Mark tetap kembali meneruskan kariernya sebagai 'individu yang akan berlari bogel di tengah stadium' dan kali terakhir beliau 'bertugas', adalah ketika kejohanan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Korea Selatan.

3. Princess Hijab

princess hijab lukisan grafiti

Tidak ada apa yang diketahui berkenaan artis yang dikenali dengan nama gelaran 'Princess Hijab' ini ataupun 'Puteri Hijab,' melainkan dia seorang wanita yang menjadikan bandar Paris di Perancis, sebagai tempat dia bertugas.

Dikatakan membawa elemen pro-hijab sebagai protes kepada pemerintahan kerajaan Perancis yang menekan wanita Muslim berhijab, lukisan-lukisan Princess Hijab unik kerana temanya hanya satu sahaja.

princess hijab perancis

Dia akan mencari mana-mana papan iklan yang ada, khasnya di bahagian stesen keretapi bawah tanah dan menambahkan tudung atau hijab pada model yang dipaparkan - tak kiralah lelaki atau wanita. Hanya bersenjatakan sebatang pena hitam, Princess Hijab akan mencari mana-mana iklan yang tidak bernasib baik untuk ditutupi.

4. Alain Robert

alain robert spiderman petronas twin towers malaysia 7

Terkenal dengan nama jolokannya - Spiderman Perancis, Alain menjadikan kebolehannya memanjat sebagai satu cara dia berkarya. Bagaimanapun, apa yang membuatkan Alain terkenal di seluruh dunia adalah kerana Alain memanjat tanpa menggunakan peralatan keselamatan. Dia akan memanjat mana-mana bangunan yang dia mahu sendirian dengan hanya kapur, sedikit tali bantuan dan kasut.

Keberaniannya itu membolehkan Alain menakluki beberapa bangunan ikonik dunia seperti Burj Khalifa, Menara Eiffel, rumah opera Sydney dan banyak lagi bangunan lain. Alain juga pernah cuba memanjat menara berkembar KLCC dan berjaya memanjat ke tingkat 60 sebelum ditahan pihak berkuasa.

alain robert spiderman petronas twin towers malaysia 8

kerjaya membuat kacau

Berikutan kebolehannya itu, Alain turut sama dibenarkan untuk memanjat beberapa bangunan atas permintaan kerajaan-kerajaan negara lain, sebagai salah satu usaha promosi. Pada 2009, dia akhirnya berjaya memanjat sehingga ke atas KLCC sebelum ditahan dan pada 2012, dia mencatatkan sejarah memanjat bangunan menara Aspire di Doha, Qatar dengan catatan masa 1 jam 33 minit dan 47 saat - berketinggian 300 meter.

5. Remi Gaillard

remi gaillard prank seluruh perancis

Salah seorang 'prankster' terkenal di dunia, Remi Gaillard terkenal sebagai seorang yang berani melakukan perkara di luar kebiasaan. Memulakan karier sebagai seorang penghibur selepas berhenti menjadi penjual kasut, komedi Remi yang bermacam jenis telah pun menghiburkan ramai peminat selama lebih 17 tahun.

Nama Remi mula menjadi sebutan masyarakat Perancis selepas dia berjaya masuk ke padang di stadium, semasa sambutan kemenangan perlawanan akhir Piala Perancis bersama-sama pemain. Remi juga pernah dua kali meletakkan dirinya sebagai 'pemain tambahan' dalam perlawanan bola tampar professional dan berjaya masuk ke dalam sesi fotografi pasukan bola keranjang Perancis yang bergelar juara dunia pada tahun 2015.

remi gaillard komedi prankster perancis

Terkenal dengan skil bola sepak yang mengagumkan serta mampu melakukan hantaran-hantaran yang tepat, Remi kini meneruskan kariernya dengan mencipta prank atau sketsa lucu untuk tayangan di Youtube.




Hakcipta iluminasi.com (2017)