Sukan bola sepak adalah sukan yang paling terkenal di atas muka bumi ini. Untuk seseorang itu menjadi yang terbaik dalam sukan apa sekalipun, pastinya ia harus dimulakan sejak awal dan dilatih ketika masih kanak-kanak. Dengan ini, mereka mempunyai masa yang panjang untuk membina kemahiran.

Selain itu, infrastruktur juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan melahirkan pemain bola sepak bertaraf antarabangsa. Ya memang betul terdapat pemain-pemain terbaik dunia seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang tidak dimanjakan dengan prasarana lengkap ketika kecil namun masih mampu berjaya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 031

Tetapi, bagaimana jika mereka mempunyai peluang berlatih dengan kelengkapan dan alatan yang serba canggih sejak kecil? Pastinya bakat mereka lebih cepat berkembang.

Dan dengan mengambil kira 2 perkara penting ini, sekolah bola sepak menjadi satu taruhan bagi merealisasikan impian ini. Dan di China pada ketika ini, wujudnya Akademi Remaja Guangzhou Evergrande, iaitu akademi bola sepak terbesar di dunia.

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 2

iluminasi.com kongsikan fakta menarik mengenai akademi ini.

1. Ditubuhkan pada tahun 2012 dengan kos RM1.23 billion, akademi bola sepak ini diiktiraf sebagai yang terbesar di atas muka bumi ini dari segi saiz. Ia merekrut pelajar melalui 3 fasa.

Pada fasa pertama seramai 1,150 pelajar diterima masuk dan sebanyak 435 ahli fakulti dan jurulatih bagi sekolah rendah, menengah rendah dan menengah. Kini ia mempunyai hampir 2,500 orang pelajar.

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 9

2. Dengan saiz kampus seluas 300 ekar, kawasan pembelajaran iaitu sekolah akademik memuatkan bangunan pengajaran sekolah rendah (3,900m² ) dan menengah (4,400m²), bangunan makmal (8.700m²), perpustakaan (1,500m²) dan auditorium (1,800m²).

3. Bagi kemudahan berkaitan dengan latihan bola sepak pula, ia seperti sebuah syurga bagi peminat sukan ini iaitu menempatkan padang latihan boleh sepak terbesar di dunia berkeluasan 6,000 meter persegi yang memuatkan 50 buah padang bola bersaiz standard.

akademi dan padang bola terbesar di dunia 254

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 4

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia r

Stadium bola sepak di akademi ini bersaiz 3,000 meter persegi.

3. Bagi tempat tinggal pula, terdapat bangunan asrama pelajar (21,000m²), bangunan asrama guru dan jurulatih (16,000m²) , 6 buah kantin (5,000m²) dan pasaraya serta pusat hiburan.

4. Pelajar di akademi ini berlatih 6 hari seminggu yang dilatih oleh 24 orang jurulatih dari Sepanyol yang datang dari usahasama bersama Real Madrid untuk merevolusikan sukan bola sepak di kampus ini.

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 01

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 6

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 12

Walaupun terdapat kekangan bahasa, namun itu tidak menjadi masalah kerana setiap arahan yang diberikan oleh jurulatih berbahasa Sepanyol akan diterjemah serta merta di atas padang oleh penterjemah China.

5. Terdapat replica trofi Fifa World Cup setinggi 12 meter di pagar hadapan sekolah yang menjadi peringatan terhadap apa yang ingin dicapai oleh akademi iaitu untuk memenangi World Cup. Ia juga bertujuan memberikan semangat kepada pelajar-pelajar ini untuk berusaha gigih.

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 5

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 11

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 05

China mensasarkan akan menjadi negara bola sepak di antara yang terbaik dunia dalam masa 20 hingga 30 tahun akan datang.

6. Dengan cita-cita yang tinggi untuk memperbaiki mutu bola sepak China, akademi ini telah mengubah Guangzhou daripada tanah luar bandar kepada sekolah bola sepak terbesar di dunia dalam masa 10 bulan sahaja.

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 7

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 8

7. Akademi ini telah menerima lawatan daripada nama-nama besar bola sepak termasuklah oleh Cristiano Ronaldo, Marcelo dan Sergio Ramos serta presiden Real Madrid, Florentino Perez.

8. Ibu bapa pelajar akademi ini membayar sehingga RM36,700 setahun untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah ini. Jumlah ini adalah lebih tinggi daripada purata gaji tahunan di China.

Bagi yang tak mampu, biasaswa akan diberikan bagi mereka yang layak.

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 10

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 04

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 06

9. 1 daripada setiap 5 kelas adalah sesi latihan bola sepak, manakala 4 lagi adalah subjek tradisional yang diajarkan di sekolah ini. Akademi ini tidak hanya memfokuskan kepada bola sepak sahaja malah kepada subjek-subjek lain juga untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan asas.

10. Walaupun ia merupakan akademi bola sepak, namun terdapat gelanggang bola keranjang, tenis, bola tampar dan kolam renang. 

11. Di beberapa buah kantin akademi ini mempunyai chef istimewa yang dibawa jauh dari selatan wilayah Xinjiang untuk memantau diet yang ketat bagi pelajar Islam.

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 14 302

guangzhou evergrande akademi bola sepak terbesar di dunia 06 317

Rujukan :

1. Irish Mirror

2. Time

3. Sport Bible




Hakcipta iluminasi.com (2017)