kanibal

Bagi yang tidak tahu, maksud kanibal adalah manusia yang suka memakan daging manusia atau orang lain. Bagi masyarakat kuno seperti kaum yang tinggal di Pulau North Sentinel, India, kanibalisme tidaklah dianggap pelik sangat. Ya lah sebab kaum yang tak terdedah langsung dengan dunia luar. 

Yang peliknya adalah masyarakat moden, berpakaian seperti kita, makan menggunakan pinggan, juga masih ada yang memilih jalan hidup kanibalisme. Seganas-ganas kes pembunuhan, ganas lagi kes yang melibatkan kanibalisma. Pelaku kanibal dilabelkan kejam dan seperti binatang kerana sanggup makan daging manusia sendiri. iluminasi.com kongsikan 5 di antara kes kanibalisma terganas dalam sejarah.

1. Li Zhenghua 

li zhenghua mengigit tangan bayi yang baru dilahirkannya1

Seorang ibu berusia 24 tahun, Li Zhenghua telah mengigit tangan bayinya sendiri sejurus selepas melahirkan bayi itu. Melihatkan keadaan itu seorang jururawat cuba untuk membantu menyelamatkan bayi tersebut namun Li semakin kuat mengigit bayinya.

Ia membuatkan beberapa orang diperlukan bagi melepaskan gigitan tersebut. Gigitan tersebut kemudian berjaya dilepaskan dengan bantuan kakitangan hospital yang lain. Lengan bayi tersebut mengalami bengkak teruk dan berdarah. Li diberikan suntikan pelali manakala anaknya dibawa ke bilik yang lebih selamat.

li zhenghua mengigit tangan bayi yang baru dilahirkannya 2

Pihak hospital tak dapat tentukan apa yang berlaku namun mengetahui bahawa Li tinggal di tepi jalan untuk beberapa minggu selepas dihalau ibu mertuanya disebabkan tingkahlaku yang pelik.

Tiada siapa yang tahu Li hamil sehinggalah beliau dikejarkan ke hospital selepas dijumpai oleh orang yang tak dikenali ketika cuba melahirkan bayinya.

2. Matthew Williams

matthew williams membunuh dan memakan wajah wanita 2

Matthew William, 34, baru sahaja dibebaskan daripada penjara untuk beberapa minggu selepas menjalani hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan menyerang pasangannya dengan kejam.

Ketika berada di hotel yang juga hostel ikat jamin, William telah memikat seorang wanita dan membawa ke biliknya walaupun ia melanggar peraturan hotel itu. Dan ketika seorang staf datang ke biliknya untuk memberitahu akan polisi hotel tersebut, Matthew kelihatan sedang memakan wajah wanita tersebut.

matthew williams membunuh dan memakan wajah wanita

Jill Edwards yang juga penduduk tempatan yang menggambarkan Mathew sebagai "binatang" memberitahu mereka memasuki biliknya selepas tidak mendapat respon. Matthew kemudiannya di tembak menggunakan taser bervoltan tinggi oleh pihak polis. 

Matthew yang tidak sedarkan diri utuk seketika akibat tembakan itu kemudiannya mati ditempat kejadian.

3. Albert Fish

albert fish mencabul membunuh dan memakan mangsanya

Hamilton Howard Fish yang diberi gelaran "Serigala Jadian" merupakan seorang anak yatim sejak kecil. Beliau yang memilih sendiri nama Albert Fish, menghabiskan masa mudanya dengan meminum air kencing dan makan tahi. 

Ketika berusia 20 tahun, Albert tinggal di New York City dan menjadi pelacur lelaki yang mana dia mula merogol kanak-kanak di bawah usia 6 tahun. Albert mula obses dengan pengasian selepas melihat biseksasi zakar di mana zakar dipotong kepada dua bahagian.

albert fish mencabul membunuh dan memakan mangsanya 4

Dia kemudiannya mencuba ke atas beberapa mangsanya. Albert berbangga dengan tindakannya mencabul, menyeksa, malah melakukan tindakan kanibal seorang kanak-kanak di setiap negeri di Amerika Syarikat namun hanya disyaki dan disabitkan kesalahan terhadap 8 daripada mangsanya.

albert fish mencabul membunuh dan memakan mangsanya 5

Kes yang membuatkan Albert menjad populai adalah penculikan dan pembunuhan Grace Budd. Ibu bapa Grace membenarkan Albert yang berpura-pura ingin membawa Grace ke majlis hari lahir anak saudaranya, dan tidak membawa pulang kanak-kanak tersebut.

albert fish mencabul membunuh dan memakan mangsanya 3

Albert kemudiannya menghantar surat kepada ibu bapa Grace memberitahu bagaimana dia membunuh kanak-kanak itu dan memakan dagingnya. Albert dihukum mati menggunakan kerusi elektrik pada tahun 1936.

Kenyataan terakhir sebelum Albert dihukum mati tidak didedahkan peguamnya kerana dikatakan "terlalu keji dan kotor".

4. Vince Weiguang Li

vince weiguang li membunuh dan memakan mangsanya di dalam bas awam

8 tahun sebelum kejadian, Vince Weiguang Li mendakwa mula bercakap dengan tuhan yang memberitahunya dia Nabi Isa kedua yang ditakdirkan untuk melawan pencerobohan makhluk asing. 

Pada tahun 2012, ketika sedang berada dalam bas, Vince tiba-tiba seperti dirasuk dan mula menikam seorang penumpang, Tim McLean yang disangka sebagai makhluk asing.

vince weiguang li membunuh dan memakan mangsanya di dalam bas awam 3

Dia kemudiannya memotong bahagian badan lelaki itu dihadapan orang ramai dan mula memakan daging dan menjilat darah lelaki malang itu.

Bas kemudiannya dihentikan dan orang ramai lari bertempiaran, meninggalkan Vince keseorangan sambil memotong daging Tim kepada bahagian kecil.

vince weiguang li membunuh dan memakan mangsanya di dalam bas awam 2

Vince kemudiannya diberkas pihak polis dan didiagnos mengalami skizofrenia selepas kejadian itu.

5. Issei Sagawa

issei sagawa membunuh rakan sekelasnya renee hartevelt dan memakan mayat

Issei Sagawa adalah satu-satunya pelaku yang melakukan kesalahan kanibal dalam senarai ini yang masih bebas. Issei menjadi popular di Jepun pada tahun 1981 selepas membunuh dan memakan seorang pelajar pertukaran dari Belanda, Renee Hartevelt.

Ketika kejadian, Issei telah menjemput Renee ke apartmentnya yang terletak di Paris atas alasan mengulangkaji pelajaran.

issei sagawa membunuh rakan sekelasnya renee hartevelt dan memakan mayat 4

Ketika Renee berada di rumahnya, Issei menembak leher Renee sehingga mati, bersetubuh dengan mayat dan menghabiskan masa 2 hari memotong serta makan mayat wanita malang itu.

Issei memberitahu dia berharap dapat menyerap tenaga yang sihat selepas makan mayat Renee yang cantik itu.

issei sagawa membunuh rakan sekelasnya renee hartevelt dan memakan mayat 2

issei sagawa membunuh rakan sekelasnya renee hartevelt dan memakan mayat 7

Issei kemudiannya disabitkan kesalahan membunuh dan dipenjarakan di Perancis namun diekstradisi ke Jepun di mana jenayahnya menjadi tarikan oleh orang awam.

Kini Issei bebas hidup di Tokyo dan bekerja sebagai penulis, pengulas restoran dan penceramah jemputan. 

Rujukan :

1. The 13th Floor

2. Mirror

3. Ranker


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)