Dengan terdapat lebih daripada 7 bilion populasi dunia, pastinya setiap seorang daripada kita mempunyai bakat yang luar biasa. Dan selain daripada bakat, terdapat beberapa individu di atas muka bumi dikurniakan dengan anggota badan yang agak pelik, lain dari yang lain.

Ada yang sangat tinggi, ada yang sangat kenit, ada yang mampu bertahan dalam air berjam-jam dan macam-macam lagi. Kali ini, iluminasi.com ingin berkongsi 7 manusia di atas muka bumi ini yang memegang rekod memiliki anggota badan paling panjang di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Louise Hollis – kuku kaki

louise hollis kuku kaki paling panjang di dunia 946

Louise Hollis memegang rekod dunia bagi kuku kaki paling panjang, selepas "membela" kukunya itu sehingga mencecah panjang 15.24 sentimeter. Louise bernasib baik kerana tinggal di California di mana cuaca di kawasan tersebut membenarkannya memakai kasut yang terbuka, disebabkan tidak boleh memakai kasut biasa.

Dia memberitahu bahawa kukunya dibersihkan 2 kali seminggu, memastikan semua kuku tersebut digilap dengan sempurna agar ia bertahan dan sihat.

2. Lee Redmond – kuku tangan (wanita)

lee redmond kuku tangan paling panjang di dunia

Lee Redmond dari Utah, Amerika Syarikat tidak pernah memotong kuku jari tangannya selama 30 tahun memberikan panjang keseluruhan kukunya kepada 8.65 meter, terpanjang di dunia. Malangnya, Lee terlibat dalam kemalangan kereta pada Februari 2008 dan kecederaannya membuatkan kuku-kukunya terpaksa dipotong.

Menurutnya, dia tidak merancang untuk menyimpan kukunya lagi dan berkata ia merupakan sesuatu yang dilakukan sekali seumur hidup.

3. Nick Stoeberl – lidah

nick stoeberl lidah paling panjang di dunia

Cuba keluarkan lidah anda, dan lihat berapa panjang lidah anda. Sudah tentu tak melepasi paras dagu. Namun bagi Nick Stoeberi, dia mempunyai lidah berukuran 10.1 sentimeter, terpanjang di dunia. Nick pernah menjalani ujibakat America's Got Talent musim ke-11 di mana dia melukis sekuntum bunga menggunakan lidahnya.

Malangnya, kesemua juri tidak menyukainya membuatkan Nick gagal ke peringkat seterusnya.

4. Suku kaum Padaung – leher

suku kaum padaung leher paling panjang di dunia

Suku kaum Padaung di Myanmar ini sangat terkenal dengan wanita-wanita yang berleher panjang. Wanita Padaung memakai gelang tembaga pada leher mereka sebagai simbol kekayaan, kedudukan dan keindahan.

Gelang tersebut mencipta ilusi bahawa wanita Padaung mempunyai leher yang sangat panjang kerana ia menolak tulang rusuk dan tulang selangka ke bawah. Namun hakikatnya, leher mereka tidak meregang.

5. Svetlana Pankratova – kaki

svetlana pankratova kaki paling panjang di dunia

Svetlana Pankratova bukanlah wanita paling tinggi di dunia tetapi dia memegang rekod sebagai wanita yang mempunyai kaki terpanjang di dunia, berukuran 132 sentimeter. Bahagian atas badan wanita Rusia ini adalah seperti wanita biasa, menyebabkan kakinya begitu menonjol.

Svetlana sangat berbangga dengan kakinya yang panjang namun mengadu akan kesukaran yang dialami kerana tidak mempunyai ruang yang cukup ketika berada di dalam kereta atau pesawat, dan juga sukar untuk mencari seluar yang sepadan.

6. You Jianxia – bulu mata

you jianxia bulu mata paling panjang di dunia

Wanita dari China ini, You Jinxia adalah pemegang rekod bagi bulu mata paling panjang di dunia yang berkuran 12.4 sentimeter pada tahun 2016. Rekod ini memecahkan rekod Gillian Criminisi dari Kanada dengan ukuran 8.07 sentimeter.

You menyedari bahawa bulu matanya memanjang buat pertama kali ketika bertapa pada tahun 2013. Menurut You, tiada teknik istimewa untuk menjaga bulu matanya yang panjang, hanya dengan membersihkannya ketika mencuci wajahnya setiap hari.

7. Xie Qiuping – rambut

xie qiuping rambut paling panjang di dunia

Bagi wanita yang melihat Xie Qiuping, tak tahu sama ada mereka akan teruja atau ternganga. Xie Qiuping adalah pemegang rekod dunia bagi pemilik rambut paling panjang. Pada tahun 2004, rambut Xie berukuran 5.627 meter.

Xie mula menyimpan rambutnya pada tahun 1973, ketika berusia 13 tahun. Dengan panjang ini, ia hampir menyamai ketinggian seekor zirafah. Xie mendakwa memiliki rambut yang tersangat panjang memerlukan kesabaran yang tinggi, terutamanya kerana ia memerlukan masa dan tenaga untuk mencuci dan memberusnya.

Sumber: Guinness World Records




Hakcipta iluminasi.com (2017)