Pemimpin kerajaan memegang tanggungjawab yang sangat besar dalam menentukan keberkesanan urusan pentadbiran dan juga hala tuju pembentukan sosial masyarakat yang dipimpinnya.

Kita semua sudah menyedari ketika ini dunia seakan-akan mahu kita lebih terbuka menerima kewujudan golongan individu yang mempunyai kecenderungan seksualiti songsang. Pelbagai kempen serta undang-undang diperkenalkan bagi memastikan individu songsang tidak lagi dikecam secara terbuka malahan diterima pula sebagai sesuatu normaliti.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tidak dapat dinafikan, di beberapa negara di seluruh dunia kempen normalisasi seksualiti songsang sangat berjaya; sehinggakan masyarakat negara tersebut menerima pemimpin tertinggi kerajaan yang berstatus LGBT secara terbuka. Persoalannya - di negara mana telah sampai ke tahap tersebut?

1. Leo Varadkar (Ireland)

bettel luxembourg gay lgbt

Dianggap salah seorang ahli politik muda paling berketrampilan bakal menjawat jawatan tertinggi negaranya, Leo Varadkar mempunyai masalah tentang kecenderungan seksualitinya sejak muda lagi namun mendiamkannya. Walaupun begitu karier politiknya mula naik selepas dilantik menjadi Menteri pada 2011.

Varadkar menjadi antara watak utama meluluskan rang perkahwinan sama jenis di Ireland, sebelum memegang beberapa portfolio lain dalam kerajaan. Pada tahun 2015, Varadkar mengumumkan dia sebenarnya seorang gay melalui sebuah siaran langsung rancangan radio. Walaupun mewakili parti yang konservatif ideologinya, Leo Varadkar akhirnya dipilih sebagai Perdana Menteri Ireland pada 14 Jun 2017 dan masih berkhidmat.

2. Ana Brnabic (Serbia)

ana brnabic serbia

Dilantik sebagai Perdana Menteri Serbia pada tahun 2017, Ana Brnabic mencatatkan sejarah menjadi pemimpin dunia pertama berseksualiti songsang yang mempunyai pasangan yang berjaya melahirkan anak, ketika memegang kuasa. Aneh kan? Bagaimanapun, anaknya lahir dari perut pasangannya hasil persenyawaan dengan benih lelaki lain.

Apa yang lebih aneh, Brnabic aangat terbuka dengan seksualitinya sementara negara Serbia pula merupakan sebuah negara yang agak konservatif serta tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis. Jadi kedudukan Ana dalam Parlimen negara tersebut merupakan satu situasi yang unik.

Bergelar lesbian serta memegang kuasa, Ana setakat ini belum menggunakan kedudukannya bagi membolehkan perkahwinan sejenis. Mungkin takut hilang sokongan agaknya. Beliau masih lagi memerintah setakat artikel ini ditulis.

3. Elio Di Rupo (Belgium)

elio di rupo gay

Dipilih sebagai Perdana Menteri negara Belgium selepas tergantungnya kerajaan rasmi Belgium selama lebih 535 hari, Elio Di Rupo mencatat sejarah sebagai pemimpin tertinggi negara Eropah pertama yang terbuka dengan seksualiti songsangnya. Mengakui dirinya seorang homoseksual sejak tahun 1996, Di Rupo mempunyai perwatakan yang agak unik serta mengamalkan cara hidup yang  'flamboyant.'

Berideologi sosialis, Di Rupo naik menjadi Perdana Menteri Belgium pada 6 Disember 2011 - dikreditkan berjaya membawa Belgium mengharungi kemelesetan ekonomi dengan baik. 

Walaupun demikian, dia turut dikritik gagal berasimilasi dengan baik dalam masyarakatnya, ekoran gagal bertutur dalam bahasa Belanda yang menjadi bahasa rasmi negaranya sendiri. Bagaimanapun, Di Rupo tetap berjaya mempertahankan kedudukannya sehingga 2014.

4. Johanna Siguroardottir (Iceland)

perdana menteri iceland iceland

Johanna Siguroardottir memulakan karier politiknya sejak tahun 1978, dilantik memegang beberapa jawatan Menteri bagi kerajaan Iceland dalam tempoh hampir 3 dekad lamanya. Johanna memegang tampuk Perdana Menteri Iceland bermula pada 1 Februari 2009 sehingga 23 Mei 2013 - menjadikan dirinya Perdana Menteri Iceland wanita pertama serta ketua kerajaan pertama berorientasikan seksualiti lesbian.

Pernah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki pada tahun 1970 dan dikurniakan dua cahaya mata, Johanna beralih arah mengumumkan hubungan dia dan pasangan sejantinanya pada tahun 2002. Selepas Iceland membenarkan perkahwinan sejenis, Johanna menjadi antara pasangan terawal mengisytiharkan perkahwinan mereka pada tahun 2010.

5. Xavier Bettel (Luxembourg)

luxembourg perkahwinan perdana menteri

Xavier Bettel memulakan karier sebagai ahli politik selepas terpilih sebagai Datuk Bandar kepada Luxembourg City pada tahun 2011, memudahkan karier politiknya berkembang lebih pantas.

Dua tahun berikutnya, Bettel terpilih mengetuai partinya dalam pilihanraya, seterusnya terpilih menjadi Perdana Menteri Luxembourg ke 22 pada 4 Disember 2013.

Di bawah pemerintahan beliau, Luxembourg meminda undang-undang meluluskan perkahwinan sejenis pada Jun 2014 sebelum dikuatkuasakan pada 1 Januari 2015.

5 bulan berikutnya, Bettel mengumumkan perkahwinannya dengan pasangannya, seorang lelaki bernama Gauthier Destenay. XavierBettel masih memegang kuasa sehingga kini, menjadi pemimpin tertinggi negara berseksualiti songsang pertama terpilih semula untuk penggal kedua.

Haru biru negara luar sebenarnya, kan? Sama-samalah kita doakan agar perkara sama tidak berlaku di negara kita. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)