Oleh pada 16 Mar 2018 kategori

Manusia mana di muka bumi ini tak mahu dilahirkan dengan fizikal sempurna? Namun, terdapat segelintir dari kita yang kurang bernasib baik kerana dilahirkan dengan anggota badan tambahan.

Biarpun seringkali dipandang pelik, namun keistimewaan ini mampu memberi daya penarik serta melimpahkan rezeki yang lebih kepada mereka.

Iluminasi.com kongsikan kepada anda 10 individu luar biasa dengan anggota badan atau organ tambahan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Deepak Paswan: Anggota badan di dada

deepak paswan

Kredit foto: barcroftimages.com

Deepak Paswan, 14 tahun, dari India melalui zaman kanak-kanak yang sukar. Dia dilahirkan dengan tangan dan kaki 'pasangan kembar'nya yang keluar dari bahagian dada. Paswan menjadi mangsa buli dengan panggilan seperti 'syaitan' dan 'si pelik'.

Penganut agama Hindu juga menyembahnya, kerana dianggap sebagai jelmaan semula tuhan Vishnu, yang sering digambarkan mempunyai anggota badan tambahan.

Pada tahun 2010, sebuah hospital di Bangalore menawarkan untuk membiayai kos pembedahan sebanyak $78,000. Pembedahan itu berjaya dilakukan dan memberi Deepak peluang untuk hidup secara normal.

Kini, Deepak bebas untuk bermain kriket dan berlari lebih laju daripada dua adik-beradiknya yang lain.

9. Hong Hong: 31 jari tangan dan kaki

hong hong

Kredit foto: dailymail.co.uk

Pada tahun 2016, seorang bayi lelaki bernama Hong Hong yang mempunyai 15 jari tangan dan 16 jari kaki dilahirkan di wilayah Hunan, China. Dia kini berusia hampir 3 tahun dan mewarisi kelainan fizikal "polidaktilisme" yang dialami kira-kira satu dalam setiap 1,000 kelahiran.

Ibunya mengalami keadaan serupa, namun mempunyai 6 jari tangan dan 6 jari kaki. Ketika hamil, dia mula bimbang bayinya itu akan mewarisi penyakitnya itu.

Setelah mengumpul sekitar $30,000 yang sebahagiannya adalah sumbangan online dari orang ramai, keluarga Hong Hong akhirnya mampu menampung kos perbelanjaan pembedahan yang diperlukan.

Bayi itu perlu menempuh pelbagai lagi pembedahan untuk mengeluarkan anggota tambahannya dengan membentuk semula tangannya dan membina semula ibu jarinya.

Namun, doktor yakin Hong Hong mampu hidup bahagia dan sihat sebaik memasuki alam persekolahan.

8. Zhang Ruifang: Tanduk

zhang ruifang 130

Kredit foto: Istimewa / strategidanbisnis.com

Tompokan keratin bukanlah sesuatu yang jarang didengar. Tompokan gelap yang terhasil daripada protein yang sama seperti rambut dan kuku ini cenderung berlaku pada golongan dewasa yang lebih berusia, berkulit cerah dan banyak terdedah kepada cahaya matahari.

Tetapi, ia mampu berkembang lebih dari sekadar tompokan kecil, seperti kes Zhang Ruifang, 103 tahun, dari China. Menurut anak lelakinya, Zhang Guozheng, mereka mulanya tidak begitu peduli terhadap tompok kasar pada kulit dahi ibunya itu.

Ia membesar menjadi tanduk sepanjang 6cm, namun tidak berbahaya. Ruifang cukup teruja melihat tompokan lain di kepalanya.

7. Myrtle Corbin: Empat kaki

myrtle corbin

Kredit foto: thehumanmarvels.com

Pada tahun 1868, seorang gadis dilahirkan dengan sejenis kecacatan teruk sejak lahir iaitu "dipigus". Myrtle Corbin mempunyai dua pelvis yang terpisah bersebelahan, menghasilkan sepasang kaki tambahan.

Setiap kaki dalamannya yang lebih kecil telah berkongsi dengan salah satu kaki luarannya yang lebih kuat. Biarpun Myrtle mudah menggerakkan kaki dalamannya seperti kaki luarannya, tetapi ia tidak cukup kuat untuk digunakan sambil berjalan.

Ketika zaman remaja, Myrtle bergelar penghibur dalam persembahan berbentuk pengembaraan dipanggil ‘Four-Legged Girl From Texas’. Pada usia 19 tahun, dia meninggalkan kerjayanya itu untuk berkahwin.

Walaupun menghadapi beberapa komplikasi perubatan sepanjang perkahwinan, dia meneruskan untuk melahirkan empat anak perempuan dan seorang anak lelaki. Dia meninggal dunia pada tahun 1928, ketika berusia 60 tahun.

6. Yin Xin: Janin di bahagian belakang

yin xin

Kredit foto: Telegraph.co.uk

Seorang kanak-kanak perempuan dari China, Yin Xin telah menderita sepanjang hayatnya disebabkan pertumbuhan 'kembar'nya yang melekat pada tubuhnya. Ketika dilahirkan pada tahun 2007, Yin memiliki lengan kecil di bahagian belakang yang membesar seiring dengan usianya.

Semakin lama, ia mula kelihatan seperti bentuk seorang manusia yang mempunyai jari, perut dan payudara. Pada umur 11 tahun, sebahagian besar belakangnya terdiri daripada janin itu.

Sejak dilahirkan, ibu bapa Yin telah menabung untuk melakukan pembedahan dan akhirnya mempunyai wang yang mencukupi.

Mengikut laporan Jurnal Perubatan British, prosedur pembedahan yang sangat lama dan rumit itu telah berjaya dilakukan.

5. Puting ketiga di kaki

puting ketiga di kaki

Kredit foto: Youtube Healthy Fit

Menurut kajian, kira-kira 1 dalam 18 orang memiliki puting ketiga. Selepas tempoh sebulan kehamilan, janin itu mula menumbuhkan tisu payudara dalam rahim.

Perkembangan ini terjadi di sepanjang dua garis tebal kulit dikenali sebagai garis susu, yang meregang dari atas ketiak ke permulaan kedua-dua belah kaki.

Ia biasanya pudar pada minggu ke-8 kehamilan. Jika mengambil masa yang lebih lama, tisu payudara dapat tumbuh di tempat lain di sepanjang garis itu, maka timbullah puting tambahan.

Bagi seorang wanita, garis susu mestilah berterusan sangat jauh ke bawah kaki bagi membolehkan puting ketiga tumbuh pada sebelah kakinya.

Pada tahun 1827, seorang wanita Perancis mempunyai payudara ketiga pada paha kirinya. Bahkan, ia mula mengeluarkan susu setelah kelahiran anaknya dan digunakan bagi tujuan menyusu.

4. Brigham Nordstrom: Lima buah pinggang

brigham nordstrom

Kredit foto: Peter Drury / Waikato Times

Brigham Nordstrom, 30 tahun, merupakan seorang peguam dan pemain ragbi dari New Zealand yang memiliki kecergasan fizikal.

Dia tidak pernah menjangka tubuhnya sebenarnya luar biasa. Pada tahun 2009, Brigham berjumpa doktor kerana mengalami sakit belakang yang kemudiannya disahkan sebagai jangkitan buah pinggang.

Apa yang mengejutkan, dia sebenarnya mempunyai 5 buah pinggang yang berfungsi sepenuhnya. Namun, Brigham disahkan sihat. Doktor enggan membuang mana-mana organ itu, kerana dibimbangi berisiko mengganggu sistem sarafnya.

Sebelum Brigham, kisah individu yang senasib dengannya telah menjadi tajuk utama berita, termasuk seorang lelaki Serbia, seorang gadis Cina dan dua adik beradik Latvia, yang masing-masing mempunyai empat buah pinggang.

  

3. Dan Aziere: 298 tulang

dan aziere

Sumber foto: howghana.com

Rangka manusia dewasa biasanya terdiri daripada 206 tulang. Bagaimanapun, seorang rakyat Amerika Syarikat, Dan Aziere mempunyai 298 tulang.

"Multiple hereditary exostoses" sangat jarang berlaku, dimana terdapat kira-kira 92 tulang tambahan di seluruh tubuh penghidap, khususnya di sekeliling sendi dan sangkar rusuk.

Sejak berumur 5 tahun, Dan telah melalui pelbagai proses pembedahan. Dia juga telah menjalani 19 operasi untuk menghilangkan 42 tulang pelbagai saiz, dari yang lebih kecil dari pemadam hinggalah sepanjang 10 sentimeter.

Memandangkan ia masalah keturunan, Dan mewariskannya kepada ketiga-tiga anaknya. Untungnya, mereka tidak melalui keadaan seteruk ayahnya.

Meskipun masih tiada penawar, para saintis telah mengenalpasti gen yang menjadi penyebab penyakit ini. Ini bermakna, kondisi itu mungkin dapat dihapuskan secara menyeluruh tidak lama lagi.

2. Hazel Jones: Dua faraj

hazel jones

Kredit foto: Twitter @FaznurFs

Hazel Jones dari England sering mengalami kekejangan dan haid berat semasa akil baligh. Mencecah usia 18 tahun, dia didiagnos mempunyai dua faraj.

Kondisi dikenali sebagai "uterus didelphys" ini biasanya berlaku kepada seorang dalam 2000 wanita, tanpa disedari. Dalam majoriti kes, ia wujud sebagai dua rahim dengan dua serviks berasingan. Malah, penghidap juga kadangkala mempunyai dua faraj.

Seorang lagi penghidap dikenali dengan nama pengguna ‘nurseryRN’, membuka topik di ‘Ask Me Anything’ menerusi laman web diskusi, Reddit. Dia menjawab soalan tentang kehidupan seksnya dan pilihan faraj mana satu yang mahu digunakan.

Antara soalan umum yang dibangkitkan di forum itu ialah kebarangkalian seorang wanita dengan kondisi ini hamil di kedua-dua rahim pada masa yang sama.

Pada tahun 2011, soalan ini terjawab apabila seorang wanita dari Florida melahirkan anak kembar dari dua rahim. Kelahiran itu berlaku tanpa komplikasi dan kedua-dua bayi tersebut berada dalam keadaan sihat.

Kes ini adalah 1 dalam 5 juta, dimana dia mungkin harus mengeluarkan 2 telur sekaligus, menjadikan kedua-duanya disenyawakan secara berasingan, dan kemudian diimplan dalam rahim berasingan. 

1. Lelaki mempunyai dua zakar

lelaki mempunyai 2 zakar

Kredit foto: inquisitr.com (Gambar sekadar hiasan)

Lelaki juga ada yang mempunyai 2 organ seksual. "Diphallia" adalah keadaan genetik yang jarang berlaku, iaitu 1 dalam 5 juta lelaki.

Kebanyakan penghidap membuang zakar tambahan melalui pembedahan sewaktu mereka masih muda. Namun, terdapat seorang penghidap di usia pertengahan 20-an  yang masih mengekalkan dua zakar yang berfungsi sepenuhnya.

Dia juga membincangkan isu ini menerusi ruangan ‘Ask Me Anything’ di Reddit, yang telah menjadi salah satu topik paling popular di laman web berkenaan.

Buat masa ini, dia tidak berfikir untuk membuang salah satu daripadanya. Forum itu juga membincangkan komplikasi buang air kecil dan mencari jodoh buat si penghidap.

Rujukan: Youtube Alltime10s




Hakcipta iluminasi.com (2017)