Oleh pada 03 Oct 2017 kategori

Bermain permainan  secara online melalui telefon pintar merupakan salah satu trend terkini untuk kebanyakan golongan remaja dan dewasa. Hobi bermain game merupakan suatu kebiasaan normal bagi kaum lelaki. Sebenarnya, ramai mengatakan bahawa bermain game dapat menghilangkan stress serta mengisi ruang waktu yang kosong dalam kehidupan harian. Tidak dinafikan memang betul bahawa bermain game dapat memberikan satu kepuasan setelah selesai menghabiskan game tersebut. Namun, terdapat keburukan saat ketika bermain game online itu sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Salah satu sebab yang menjadikan permainan  online ini buruk adalah disebabkan oleh keseronakan dan keasyikan ketika saat bermain game tersebut bersama rakan-rakan gamers yang lain secara serentak. Terdapat banyak permainan game online sekarang yang tidak boleh diberhentikan(pause) sesuka yang kita mahu. Sebagai contoh permainan game online tersebut adalah Mobile Legends yang boleh dimuat turun pada versi Android dan IOS. Untuk game jenis ini memang memerlukan seramai 10 orang bermain secara berkumpulan iaitu 5 lawan 5 secara serentak sehingga salah pasukan menang. Bayangkan apabila anda tengah seronok bermain anak menangis meminta susu. Apa yang harus anda lakukan? Teruskan bermain atau berhenti seketika untuk membuat susu?. Jawapan ada di tangan anda.

Kebaikan bermain games online

suami suka bermain game online coc mobile legend

Terdapat juga banyak kebaikan dalam bermain games, di antaranya adalah boleh menghilangkan tekanan. Dengan keseronakan bermain games, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama insan. Ada juga yang menjana pendapatan melalui games seperti memasuki pertandingan pada peringkat antarabangsa. Selain itu juga ia dapat meningkatkan gaya pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif.

Keburukan bermain games online

keburukan bermain games online handphone

Antara keburukan bermain games online adalah ia amat melalaikan. Banyak perkara yang terabai seperti solat,kerja rumah dan juga waktu belajar. Salah satu perkara yang sering terjadi adalah kerosakan mata jika bermain dengan kadar yang berlebihan.  Sudah pasti kalau bermain game online tanpa had batasan hidup tak terurus dan tidak kemas. Anak-anak berkemungkinan akan mengikut jejak langkah ayah mereka dengan bermain permainan online yang pasti merugikan masa.

Pertama, kita perlu sedar bahawa ada sesetengah lelaki memerlukan masa yang santai yang tidak melibatkan orang lain selepas seharian bekerja. Ini menyebabkan wanita menjadi kecewa kerana mereka memerlukan perbualan dan masa bersama untuk mengeratkan hubungan mereka.Berikut ada beberapa tips untuk suami yang suka bermian games online.

Komunikasi dan Berbincang

elak ketagih bermain handphone dengan melakukan komunikasi yang baik bersama suami isteri

Bercakap tentang perkara ini, biarkan dia tahu yang anda sedar dia suka permainan video dan perlu santai. Beritahu si dia bahawa anda boleh terima hobi mereka itu tetapi dengan syarat. Nyatakan bahawa anda juga mempunyai keperluan yang dia perlu menerima dan memenuhi seperti melayani isteri, anak-anak dan keluarga. Beterus teranglah  tentang perasaan anda seperti rasa diabaikan atau dianggap tidak penting. Gunakan ayat yang jelas dan tidak menyerang suami anda.

Membuat perjanjian

membuat perjanjian antara suami isteri berhubung permainan games online

Jangan terus melarang untuk suami anda tidak bermain games online. Kemungkinan boleh berlaku pertengkaran disebabkan hal ini. Apa yang diperlukan adalah perbincangan antara kedua pihak secara baik. Bincang mengenai waktu dan tempoh yang sesuai untuk bermain games online. Sebagai contoh boleh main ketika anak-anak sudah tidur dan tempoh bermain hanya satu jam. Ini sebagai langkah untuk mengelak diri daripada menjadi ketagih bermain game online dan mengabaikan tanggungjawab. Bersepakat dalam membuat keputusan supaya ada give and take.

 

Kongsi minat bersama

suami isteri berkongsi minat yang sama 112

Cuba untuk minat bermain game online bersama dengan suami ketika waktu lapang. Ini akan mengeratkan lagi perhubungan antara suami isteri. Jika anda tidak berminat untuk bermain game online, lakukan beberapa aktiviti yang lain. Ketika suami sedang sibuk bermain game online anda boleh memasak,mengemas rumah,bermain dengan anak,membaca buku dan melakukan sebarang aktiviti untuk mengelakkan diri daripada mencemburui aktiviti suami. Pujuk suami untuk lakukan aktiviti kekeluargaan seperti keluar makan,mendengar ceramah dan lain-lain lagi.

Sentiasa memahami

keluarga bahagia kerana saling memahami

Perlu sentiasa mendampingi suami dengan melakukan aktiviti bersama dengannya. Jangan marahkan suami anda jika dia asyik bermain game online ketika itu anda sedang sibuk membuat kerja rumah. Sebaliknya minta tolong suami anda secara sopan untuk menyiapkan kerja rumah. Setelah selesai membuat kerja rumah anda boleh memberi keizinan supaya dia bermain game tersebut ketika waktu lapang. Jangan buang masa untuk memarahi suami sebaliknya pastikan anda berbicara dengan penuh kasih sayang untuk mengelak sebarang pergaduhan.

Para suami yang suka bermain games online pastikan anda memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga. Jangan asyik bermain sehingga lupa melakukan ibadah, tidak makan bersama, tidak mandi dan kurang meluangkan masa untuk keluarga. Isteri sebagai teman hidup anda juga berhak untuk bercakap dengan cara yang baik dan betul. Pastikan si isteri memastikan suami anda mendapat layanan yang lebih baik dari permainan games online tersebut.  




Hakcipta iluminasi.com (2017)