Abad ke-19 adalah masa yang sangat menarik buat inovasi dan teknologi. Pada era inilah Thomas Edison, seorang pencipta yang prolifik memperkenalkan manusia dengan mentol lampu. Ketika era yang sama, adik beradik Wright berjaya menghasilkan kapal terbang enjin yang pertama, dan tidak lupa juga sumbangan Alexander Graham Bell yang mencipta telefon. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Alexander Graham Bell Menggunakan Perkataan 'Ahoy' Ketika Menjawab Telefon

alexander graham bell pencipta telefon

Perkataan 'Hello' sebenarnya sudah lama digunakan sebelum telefon dicipta lagi. Menurut kamus Merriam-Webster, perkataan seperti 'hail' dan 'hollo' digunakan sebagai isyarat memberi salam, dan terdapat bukti yang direkodkan mengenai penggunaannya sejak Zaman Pertengahan (abad ke-5 hingga ke-15) lagi. 

Menurut kamus bahasa Inggeris Oxford, perkataan 'hullo' mula muncul pada awal tahun 1800an, dan digunakan untuk menarik perhatian atau sebagai seruan kejutan, contohnya, "Oh, hullo, apa yang kita tengah buat ni?".

Setibanya 1874, iaitu tahun telefon dicipta, teknologi tersebut tidak mengambil masa yang lama untuk popular dalam kalangan masyarakat. Sehingga tahun 1878, salah satu daripada direktori telefon telah dicetak di New Haven, Connecticut. 

Walaupun Graham Bell telah dikreditkan dengan penciptaan telefon, sebenarnya George Coy lah yang bertanggungjawab mengadaptasikan teknologi tersebut kepada umum, dengan menghasilkan rangkaian telefon di beberapa lokasi bagi membolehkan panggilan dibuat merentasi kawasan. Sebelumnya, telefon hanya digunakan secara peribadi melalui talian terus.

rangkaian telefon oleh george coy

Direktori telefon yang pertama, yang diterbitkan oleh District Telephone Company of New Haven, hanya mempunyai nama 50 orang pelanggan yang direkodkan di dalamnya, di mana mereka lebih suka bercakap dengan operator telefon dahulu, yang kemudiannya akan menyambungkan panggilan tersebut. 

Apabila penggunaan telefon semakin popular, cara untuk menjawab panggilan kini menjadikan persoalan. Bell memilih untuk menggunakan terma pelayaran iaitu 'Ahoy', dan menurut laporan Wired, perkataan ini sebenarnya memang digunakan pada awalnya.

Antara lain yang digunakan adalah 'Adakah saya mendapat anda' dan 'Awak di sanakah', namun menurut laporan New York Public Library, sambungan telefon pada awalnya diletakkan di tempat terbuka dan sedikit bising, jadi penggunanya perlu menjerit ke satu sama lain untuk bercakap. 

Siapa Individu Yang Memperkenalkan Penggunaan Hello Dalam Komunikasi Telefon?

thomas edison memperkenalkan hello tutur cara telefon

Beberapa sumber memberi kredit kepada Thomas Edison, sebagai individu yang mencadangkan penggunaan perkataan 'Hello' bagi ucapan menjawab telefon. Edison menulis kepada Presiden Central District and Printing Telegraph Company of Pittsburgh iaitu David, "Rakanku David, saya rasa tidak perlu kita gunakan loceng panggilan kerana Hello! boleh didengari sehingga 10 ke 20 kaki jauhnya. Apa pendapat kamu?"

Ianya tidak mengambil masa yang lama untuk perkataan hello menjadi kebiasaan ramai. New York Times melaporkan bahawa manual tahun 1878 untuk penggunaan telefon awam (seperti yang dihasilkan oleh George Coy) memberi 2 pilihan menjawab telefon, yang lebih formal adalah 'Apa yang dikehendaki?', dan yang lebih ringkas, sekadar 'Hello'.

Sehingga tahun 1880, hello menjadi pilihan ramai dan sangat popular sehinggakan Mark Twain (penulis terkenal) menggunakan terma tersebut di dalam komik jalurnya yang dipanggil 'A Telephonic Conversation'. Komik tersebut merupakan rekod pertama penggunaan perkataan hello dalam bentuk penulisan.

Pada tahun 1877, seperti yang disebut di dalam laporan New York Times, Edison berjaya menemui prinsip rakaman bunyi apabila beliau menyebut 'Halloo!' ke dalam corong fonograf (rakaman tersebut masih wujud sehingga hari ini). Beliau amat menggemari perkataan hello, yang digunakan untuk setiap eksperimen bunyinya.

Kesimpulan

penggunaan hello ketika jawab telefon

Perkataan hello sudah lama wujud dalam bahasa Inggeris, malah sebelum ianya digunakan oleh Edison untuk eksperimen bunyi lagi. Namun, kita perlu memberi kredit kepada Edison kerana melazimkan terma tersebut kepada umum bagi tujuan memberi salam melalui telefon. Alexander Graham Bell tidak menyukai konsep tersebut dan terus menggunakan 'Ahoy' untuk seumur hidupnya. 

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. npr.org
  2. thevintagenews.com
  3. m.dailyhunt.in
  4. wonderopolis.org
  5. todayifoundout.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)