Oleh pada 24 Aug 2020 kategori

Hampir semua daripada kita pernah mengalami situasi di mana bateri telefon pintar berada di bawah 10% ketika berada di lapangan terbang, kan? Ini sudah semestinya membuatkan anda tidak senang duduk dan cuba mencari stesen mengecaj peranti yang biasanya tersedia lokasi ini.

Setelah penat mencari, anda terjumpa slot USB di lapangan terbang dan terus mengecaj telefon pintar tanpa sebarang ragu. Dan dengan ini, anda sebenarnya mungkin menjadi salah seorang daripada mangsa serangan siber.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Hal ini dikenali sebagai "juice jacking" dan ia merupakan risiko yang benar-benar wujud di stesen pengecasan di tempat awam termasuklah pusat membeli-belah, lapangan terbang, hotel, medan makan serta pengangkutan awam.

Jadi, bagaimana ia berlaku? Para penggodam atau hacker memasang perisian khas di stesen pengecasan awam dan apabila anda menyambungkan peranti anda ke stesen tersebut, secara automatik perisian tersebut akan dimuatnaik ke peranti. 

Cuba lihat pada wayar pengecaj USB anda, di mana pengecaj biasa mempunyai 4 pin di dalamnya. Tahukah anda hanya 1 pin sahaja daripada 4 pin ini yang digunakan untuk pemindahan tenaga yang mengecaj telefon anda.

bahaya caj telefon di lapangan terbang

3 yang lainnya digunakan untuk pemindahan data atau maklumat.

Kebanyakan telefon moden mempunyai mod pemindahan data yang dinyahaktifkan secara automatik bermakna ia selamat, tetapi beberapa versi android yang lama terdedah kepada penggodaman.

Malah, ada yang mungkin mengaktifkan mod pemindahan data secara tidak sedar, mendedahkan diri terhadap risiko ini.

Apabila anda memasangkan wayar ke komputer, anda akan ditanyakan soalan sama ada untuk mempercayai peranti yang disambungkan, namun anda tidak akan sedar bahawa pemindahan data telahpun berlaku sebaik sahaja penyambungan dilakukan.

Terdapat 2 risiko utama dalam hal ini. Yang pertama adalah pencurian data, di mana apabila anda menyambungkan di stesen yang tidak diketahui tahap keselamatannya, penjenayah siber atau penggodam boleh menjangkiti peranti anda dan mencuri data.

jangan caj telefon di tempat awam

Program-program khas membolehkan mereka untuk memasuki fail-fail dan aplikasi, maklumat kad kredit anda, log masuk dan kata laluan serta maklumat peribadi yang lain.

Maklumat yang diperolehi ini sudah cukup untuk membolehkan penggodam mendapatkan akses penuh terhadap akaun-akaun kewangan anda.

Satu lagi bahaya adalah pemasangan perisian hasad atau malware. Ini adalah perisian yang boleh mengklon semua data dalam telefon anda ke peranti penggodam.

Aplikasi yang dipasang juga boleh mengumpulkan darata seperti pergerakan GPS, pembelian, aktiviti media sosial, gambar-gambar, mesej serta panggilan telefon.

Satu lagi risiko adalah perisian iklan atau adware, di mana anda akan melihat iklan-iklan yang tidak diingini di setiap laman yang anda buka melalui telefon pintar anda.

bahaya caj telefon di lapangan terbang 2

Jenis yang paling menatkutkan adalah yang dimuat turun ke komputer anda apabila anda menyambungkan telefon pintar anda ke komputer.

Jadi, jika anda berhadapan dengan masalah kehabisan bateri di tempat awam, perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah mengecaj menggunakan pengecaj asli, atau lebih baik, sediakan payung sebelum hujan dengan membawa powerbank.

Seboleh-bolehnya anda digalakkan untuk mengelakkan diri daripada menggunakan stesen pengecasan awam untuk keselamatan diri.

Rujukan:

1. WBUR

2. Forbes

3. Maxim




Hakcipta iluminasi.com (2017)