Kadang-kala syarikat-syarikat ternama hilang begitu sahaja tanpa kita langsung menyedarinya, dan salah satu daripadanya adalah gergasi teknologi Taiwan iaitu HTC (High Tech Computer Corporation).
Syarikat ini telah meninggalkan kesan yang sangat besar kepada dunia teknologi sebelum pudar dan hilang. Malah, anda sendiri mungkin pernah memiliki produk HTC seperti model One, Dream dan EVO 4G.
BESARKAN TEKS A- A+
HTC adalah pelopor kepada banyak teknologi telefon pintar yang kita gunakan pada hari ini, yang mana sentiasa memperkenalkan idea-idea baru yang bernas.
Dan walaupun masih kekal sebagai sebuah syarikat, HTC tidak lagi memberikan pengaruh dalam dunia teknologi seperti dahulu.
Idea hebat menjangkaui masa
(HTC One X)
Kita kini berada di zaman di mana telefon pintar mengikut trend, namun kebanyakan dari trend-trend satu ketika dahulu adalah dipelopori oleh HTC.
HTC membawakan dunia telefon pintar berbadan logam pertama iaitu HTC One di mana pada ketika itu iPhone masih menggunakan kaca.
HTC bekerjasama dengan Beats Audio untuk memperkenalkan dua pembesar suara menghadap ke hadapan untuk para pengguna pada tahun 2013 dan salah satu telefon pintar pertama yang menampilkan headphone jack 3.55mm dengan HTC Hero.
Dua kamera dengan mod potrait menjadi kegilaan pada hari ini, namun ia telah lama ada pada HTC One pada tahun 2014. Ia mungkin tidak sehebat kamera kini namun HTC jauh melangkau masa.
Mangsa pemasaran yang lemah
Jadi, jika Apple dan Samsung bukannya gergasi teknologi yang memperkenalkan ciri-ciri inovatif yang terbukti sangat penting pada hari ini, mengapa HTC tidak menjadi raja telefon pintar dunia?
Kisah HTC membuktikan satu perkara, iaitu idea hebat adalah sia-sia jika tidak digunakan dengan betul. Ini kerana teknologi adalah satu permainan pemasaran.
Sejarah menunjukkan bahawa kelemahan terbesar HTC adalah pemasaran.
Sebagai contoh, mereka mempunyai slogan yang agak tidak menarik iaitu "Quietly Brilliant", di mana ia tidak menyampaikan rasa cita-cita atau inovasi yang memberikan menyamai produk mereka yang menarik.
Malah, sesetengah daripada kita mungkin mengingati kempen iklan pelik HTC satu ketika dahulu.
(Iklan HTC Cellami yang sangat hambar)
Iklan HTC Cellami cuba untuk menghentam Samsung dan Apple, di mana HTC memaparkan ubat mereka iaitu "Cellami", sebagai penawar kepada penderitaan masalah pilihan lama yang sama untuk telefon pintar.
Juga terdapat iklan HTC M9 menampilkan Robert Downey Jr. dalam siri lukisan teruk yang mana langsung tidak ada kaitan dengan telefon.
Produk yang tepu
Di puncak kehebatan HTC, syarikat ini mengeluarkan lebih daripada 100 telefon pada tahun 2009. Pada mulanya perkara ini dilihatkan seperti satu kemajuan yang baik dalam mempelopori setiap pasaran telefon yang ada.
Namun, ia juga menjadikan mustahil untuk pengguna mengetahui yang mana satu telefon premium, pertengahan dan bajet.
Berbeza bagi pesaing seperti Apple, syarikat ini hanya melancarkan satu peranti telefon pintar setiap tahun iaitu iPhone dan memudahkan bagi pengguna yang mencari peranti premium, tanpa perlu bimbang tentang spesifikasinya.
Malah, nama-nama model telefon HTC yang agak pelik seperti Salsa, Pyramid, Sensation dan ChaCHa (tiada kena-mengena dengan Chacha Maembong) juga menyumbang kepada semua "kehambaran" ini.
(HTC ChaCha)
Sebaliknya, Samsung bijak dalam membezakan julat produknya menggunakan huruf, di mana siri Galaxy "S" adalah telefon premium, "A" adalah telefon pertengahan dan sebagainya.
Hal ini menjadikan Samsung satu pilihan mudah bagi mereka yang tidak begitu memahami spefikasi telefon untuk mencari peranti yang sesuai dengan mereka.
Ini membuktikan bahawa penamaan memberikan impak yang sangat kuat dan membantu dalam kejayaan sesuatu produk.
Kehilangan sokongan penjual
Walaupun penjual adalah cara yang paling berkesan bagi pembuat telefon untuk menjual produk mereka, namun penjual juga perlu cenderung untuk mendapatkan keuntungan mereka sendiri.
Dengan ini, penjual tidak mahu menjual apa yang tidak laku. Malangnya bagi HTC, ini bermakna sesetengah penjual tidak mahu menjadi pengedar telefon mereka.
Walaupun menerima pujian melambung dari para pengkritik, HTC U11 hanya tersedia melalu syarikat telekomunikasi Sprint, atau boleh dibeli secara ala-carte melalui Amazon atau HTC.
Selain itu, strategi penjualan HTC pada tahun-tahun terakhir bagi mengedarkan telefon mereka secara eksklusif kepada pengedar tertentu juga tidak produktif, dan tidak ada kredibiliti untuk menarik orang ramai ke pengedar berbeza.
Akibatnya, produk HTC tidak dapat menjangkau lebih ramai pengguna.
Campur tangan Google
Selepas menunjukkan prestasi bagus selama sedekad, saham HTC menjunam lebih daripada 75% hanya dalam tempoh 5 tahun yang mana menunjukkan bahawa ia bakal berakhir.
Pada tahun 2017, Google "membeli" kakitangan HTC, terdiri daripada lebih dari 2,000 jurutera iaitu 20% daripada pasukan jurutera HTC. Malah, Google juga menerima lesen bukan eksklusif untuk harta intelek HTC.
HTC mungkin lemah dalam pemasaran, namun Google tahu kekuatan syarikat ini iaitu inovasi. Kakitangan Google baharu dari HTC ini diberikan tugas dalam membina telefon pintar Google Pixel.
Kejayaan besar yang dicapai Google Pixel hanya dalam tempoh tiga tahun menunjukkan bahawa betapa jauh dan dominannya boleh dicapai HTC jika mereka mempunyai pasukan pemasaran yang lebih baik.
HTC hari ini: Realiti Maya terkemuka
(HTC Vive)
Mungkin HTC telah tersungkur sebagai pengeluar telefon, namun masa depan syarikat ini masih belum berakhir. Pengeluar Taiwan ini telah bertukar arah tujuan mereka kepada Realiti Maya atau Virtual Reality (VR).
Dan sama seperti mereka menerajui dunia telefon pintar satu ketika dahulu, HTC melakukan perkara yang sama dengan VR.
Produk mereka iaitu HTC Vive, dianggap sebagai peranti yang dipercayai bagi pengalaman VR premium pada hari ini.
Sebagai perintis di wilayah yang baharu, Vive telah memberikan keuntungan besar dan menguasai pasaran VR dengan lebih dari 35.7% pada tahun 2018.
Rujukan:
1. Phone Arena
2. Wired
3. Medium