Bolehkah kejutan elektrik berpunca dari telefon pintar membunuh anda?

Persoalan itu bermain di minda orang ramai berikutan siasatan Apple terhadap kematian seorang wanita di China. Menurut keluarga mangsa, mangsa terkena kejutan elektrik ketika menjawab panggilan telefon menggunakan iPhone, ketika telefon tersebut sedang dicas.

Ma Ailun berusia 23 tahun dilaporkan rebah ke lantai selepas menggunakan iPhone 5 miliknya yang sedang dicas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, butiran tentang kematian Ma Ailun kekal samar. Pihak polis tempatan mengesahkan punca kematian adalah daripada kejutan elektrik namun tiada pengesahan tentang penglibatan telefon pintar tersebut dalam insiden ini.

ma ailun yang didakwa mati akibat kejutan elektrik dari telefon bimbit yang sedang dicas

(Ma Ailun)

Tetapi berita itu menimbulkan persoalan mengenai potensi bahaya elektrik melalui peranti hampir semua daripada kita bawa setiap hari. 

Pakar mengatakan bahawa kemungkinan seseorang itu untuk terkena kejutan elektrik darippada telefon pintar walaupun ia sedang dicas adalah tersangat rendah.

Antara sebab utamanya adalah telefon yang dicas menggunakan wayar USB mempunyai bekalan voltan kira-kira 5 volt sahaja yang mana tidak cukup untuk membahayakan manusia.

"Kami melihat begitu sedikit insiden berkaitan dengan kejutan elektrik (melibatkan telefon bimbit). Kebanyakan perhatian kami adalah pada telefon bimbit terlalu panas, asap atau kebakaran," kata Scott Wolfson, pengarah komunikasi untuk Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna A.S..

Tetapi risiko akan meningkat apabila seseorang mengecas telefon menggunakan pengecas yang tidak bermutu atau tidak sepadan.

Sesetengah pengecas tiruan tidak mempunyai penebat yang betul dan berpotensi mendedahkan penggunakan kepada telefon yang terlalu panas, kebakaran atau kejutan elektrik.

Dalam satu muat naik dalam talian, Persatuan Pengguna China memberi amaran tentang pasaran negara dibanjiri dengan pengecas palsu yang berpotensi menjadikan telefon bimbit kepada "bom tangan".

bolehkah kejutan elektrik dari telefon bimbit membunuh

Akan tetapi, jenis pengecas yang digunakan Ma Ailun tidak dapat dipastikan.

Namun kakak mangsa memberitahu bahawa Ma Ailun membeli telefonnya di kedai Apple rasmi dan menggunakan pengecas telefon asli untuk ketika insiden tersebut berlaku.

Mendedahkan telefon pintar kepada air juga adalah satu lagi kebimbangan keselamatan. Keluarga Ma Ailun memberitahu bahawa mangsa keluar daripada bilik mandi untuk menjawab telefon.

Air adalah konduktor elektrik yang sangat baik dan menurut pakar, kelembapan pada kulit boleh merendahkan ringtangan semulajadi seseorang terhadap kejutan elektrik.

Juga, kejutan elektrik melibatkan alat elektrik pengguna sering kali tiada kena-mengena dengan peranti tersebut.

Sebaliknya, pakar memberitahu bahawa ia boleh berlaku disebabkan oleh bekalan tenaga berlebihan daripada sumber soket, wayar sambungan yang terurai atau pendawaian yang rosak di rumah.

Scott Wolfson berkata bahawa pengguna di Amerika Syarikat telah melaporkan beberapa kes terpencil melibatkan telefon yang berasap atau terbkar semasa mengecas.

Apabila ia melibatkan telefon bimbit dan keselamatan, majoriti masalah melibatkan bateri telefon yang meletup atau terbakar di bawah tekanan atau panas.

Itulah sebabnya telefon bimbit tidak disarankan ditinggalkan di dalam kereta. Namun, ia sangat jarang berlaku untuk membahayakan pengguna.

Rujukan:

1. CNN

2. Verge

3. HCA Lawyers




Hakcipta iluminasi.com (2017)